30 May 2009

Segerakan Penubuhan Persatuan Penduduk PPR Pantai Ria

Kebanyakkan dari penduduk2 PPR Pantai Ria mengetahui tentang ketiadaan Persatuan Penduduk untuk membela kebajikan dan kepentingan penduduk secara keseluruhan. Malangnya, selepas 2 tahun kita tinggal disini, bayang2 Persatuan Penduduk pun masih belum muncul. Sudah banyak kali mesyuarat antara wakil2 penduduk dengan pihak DBKL diadakan sejak 2 tahun lepas. Tapi pi mai pi mai tang tu juga - kata P Ramlee. Cuma akhir2 ni kita dengar tunggu kelulusan ROS (Pendaftar Pertubuhan ) saja lagi, tapi itu cerita 2 bulan lepas. Kita tidak tahulah dimana kesudahannya episod ini.

Apa yang nyata, ketiadaan Persatuan Penduduk bermakna tiadalah pihak yang dapat mempertahankan kepentingan penduduk samada dari segi kekurangan kemudahan awam, kekurangan tempat riadah, masalah keselamatan, sosial serta kerosakkan kepada hartabenda penduduk. Bagi kami AJK Surau juga merasa bahangnya, orang kata, tiada rotan akar pun berguna. Ramai juga yang datang mengadu kepada pihak surau bila sesuatu yang tak diingini terjadi kerana mereka tiada tempat lain hendak mengadu dan pihak surau sentiasa sedaya upaya cuba membantu. Apalah sangat yang pihak surau dapat buat kalau tanpa sokongan Persatuan Penduduk. Pihak DBKL juga biasanya hanya akan melayan permohonan dari Persatuan Penduduk. Pihak surau pula diminta mendapat sokongan dari Persatuan Penduduk sebelum memohon peruntukkan dari mereka untuk sesuatu aktiviti keagamaan. Bagaimana nak dapat sokongan kalau tak ada Persatuan?

Oleh itu, sama-sama kita semua berdoa supaya pihak ROS dapat meluluskan pendaftaran Persatuan Penduduk dengan segera. Kita juga berharap pihak yang berkenaan kat DBKL dapat berikan sokongan supaya Persatuan dapat ditubuhkan dengan segera.

Sekian, wassalam.

3 comments:

  1. APA DAH JADI DBKL NGAN ROS ?

    ReplyDelete
  2. mereka tak nak tengok penduduk maju ikut acuan sendiri, mereka hanya iktiraf penduduk yang ikut telunjuk mereka. itulah dbkl saya kenali sejak 1985 lagi tak pernah nak ubah.

    ReplyDelete
  3. wakil rakyat dah tukar, datuk bandar silih berganti,menteri wilayah orang baru tapi dah lama tinggal kat sini,sayang sekali dbkl masih takok lama, sebab pekerjanya masih orang yang sama fikiran masih dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete