Salah seorang penduduk PPR pantai Ria telah menjadi mangsa kepada satu kejadian ragut beberapa hari yang lepas. Beliau, seorang wanita, telah terjatuh dari motosikal setelah ditendang oleh peragut yang juga menunggang motosikal. Kejadian berlaku di Petaling Jaya pada waktu tengahari. Selepas beliau terjatuh, subang dan rantainya telah diragut. Beliau mengalami kecederaan di telinga, tangan dan kaki. Nampaknya, peragut tidak lagi mempunyai perasaan belas sehingga sanggup menendang motosikal yang dinaiki oleh seorang wanita. Kaum wanita diseru supaya lebih berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa ragut. Kata Kak Engku (KE), sediakan payung sebelum hujan. Tapi naik motor tak bolehlah nak bawa payung!
Gambar hiasan (atas): 2 orang peragut yang ditangkap di Taman Tasik Titiwangsa
dan bawah, peragut yang ditangkap di Jalan Raja, KL. Inilah dikatakan orang, sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua !
23 July 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment