Program ini mengambil keberkatan sempena bulan Ramadhan al mubarak, dan dengan mengadakannya di masjid, kita dapat menunaikan solat berjemaah, bertarawikh bersama2 jemaah lain.
Gambar kenangan semasa majlis penutup Kem Ihya' Ramadhan di Masjid Wilayah Persekutuan dari 5 hingga 6 September 2009
Datuk Hasbullah menyerahkan tugas kepada Pengerusi Surau untuk menyambung amanah bagi terus mendidik anak2 remaja
Antara jemaah yang bersolat dengan berkerusi roda disaf paling depan
dimasjid wilayah. Jemaah ini kelihatan berada di masjid ini pada setiap kali waktu solat.
Semasa bersahur
Sebelum sembahyang tarawikh - jemaah yang ramai di masjid wilayah
Semua peserta dan fasilitator dan urusetia bergambar ramai selepas qiamullail
Semasa qiamullail mulai jam 4.00 pagi
Semasa more
Aktiviti luar dalam kumpulan
Urusetia sedang bersahur
Sedang menyampai cenderahati pada penceramah sesi motivasi, Ustaz Faizal dari Dzal Consultancy
Para tetamu VIP - ditengah ialah Datuk Hasbullah, dikanannya Ustaz Hamizan Ibrahim, Pen Pengarah Masjid Wilayah dan dikirinya, Hj Kairom, Pengerusi Surau Al Hijrah serta En Azizan, Ketua Jurulatih Sedayu Event.
Kem tersebut telah selamat dijalankan selama 2 hari 1 malam. Terimakasih kepada Datuk Hasbullah dan Tuan Hj Hanif dari PERKIM Kebangsaan dan En Azizan Yunus dari pihak Sedayu Event Management serta para fasilitator2 yang berdedikasi dari KUIS dan UIA yang membimbing anak2 remaja kami. Kerjasama semua pihak membolehkan majlis ini dilangsungkan dan dijayakan dengan lancar. Juga kepada pihak pengurusan Masjid Wilayah terutama Ustaz Hamizan Ibrahim yang menyediakan tempat penginapan dan dewan seminar yang selesa.
Mudah-mudahan para peserta program Ihya' Ramadan ini dapat mengamalkan apa yang mereka dapat dari program ini dalam kehidupan seharian mereka.... InsyaAllah.....
ReplyDeleteSaya mewakili para fasilitator yang lain memohon jutaan kemaafan kepada AJK Surau Al-Hijrah jika kami ada melakukan kesilapan atau kelemahan dalam menjalankan program ini... Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam melaksanakan tanggungjawab yang berat ini... Semoga apa yang dirancang oleh kita semua mendapat keberkatan & keredhaan daripada Allah swt...
Assalammualaikum....