Sempena dengan peperiksaan PMR yang akan bermula pada hari Rabu ini. 7 Oktober 2009, pihak surau akan mengadakan majlis solat hajat serta bacaan Yassin di surau al hijrah pada hari Selasa, 6 Oktober 2009 selepas solat maghrib. Semua jemaah terutama pada anak2 yang akan mengambil peperiksaan tersebut diharap dapat hadir bersama-sama ibubapa masing2.
Setelah anak2 semua belajar dengan bersungguh-sungguh, maka usaha terakhir kita adalah untuk berdoa dan memohon kepada Allah supaya dimudahkan untuk menjawab soalan2 dalam peperiksaan nanti. Semoga semua pelajar2 PPR Pantai Ria akan beroleh kejayaan cemerlang.
Amin.
Berikut Adalah Analisa Keputusan PMR 2008
Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2008 yang diumumkan pada 30 Disember 2008, menyaksikan prestasi cemerlang gred A dalam mata pelajaran Matematik menunjukkan peningkatan ketara kepada 25.6 peratus berbanding purata 22.1 peratus dalam tempoh lima tahun sebelumnya, manakala 87.3 peratus melepasi tahap penguasaan minimum (gred ABCD).
Prestasi gred A bagi mata pelajaran Sains turut meningkat kepada 17.2 peratus daripada purata 16.4 peratus purata dari 2003 hingga 2007.
Seramai 472,060 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini dengan 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil, meningkat 0.83 peratus berbanding purata keputusan PMR dari 2005 hingga 2007.
Daripada jumlah itu, 3,396 pelajar mendapat 9A dalam semua mata pelajaran, 17,969 (8A) dan 5,013 (7A).
Ketika mengumumkan keputusan PMR pada sidang media di Putrajaya, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pelajar yang menjawab soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris turut meningkat.
Seramai 235,510 pelajar atau 51.2 peratus menjawab soalan Sains dalam bahasa Inggeris, 82,627 pelajar (18 peratus) dalam dwi-bahasa (bahasa Melayu dan Inggeris), manakala 124,209 pelajar (26.9 peratus) menjawab soalan Matematik dalam bahasa Inggeris dan 245,887 pelajar (53.2 peratus) menggunakan kedua-dua bahasa.
No comments:
Post a Comment