31 December 2009

Al Kisah Bubur Asyura

Bila tiba 10 Muharram, kedapatan sana-sini kegiatan memasak bubur Asyura. Sempena mengambil berkat 10 Muharram, katanya. Ini dah jadi tradisi turun temurun terutama di kampung2, ia dah jadi macam kenduri memasak bubur asyura.

Terdapat bermacam-macam jenis bubur Asyura, ada bubur asyura versi Kelantan /Trengganu , Pantai Timur, ada versi Kedah (utara) dan ada versi KL, ada versi pedas (dgn rempah ratus dan daging), ada versi manis (dgn gula merah, sagu dan berbagai2 jenis kacang) dan ada juga versi macam bubur lambuk (tapi dipanggil asyura juga).

Saya dah merasa semua jenis bubur yang dikatakan asyura tetapi saya lebih suka versi utara (kerana asal pun dari utara), sebab rasa manis, dengan gula merah, ada kacang hijau , keledek, pisang, jagung, kacang merah, dan durian pun biasa dimasukkan.

Kalau anda mempunyai pengetahuan tentang jenis2 lain bubur asyura, bolehlah memberi komen disini, sebab asyura dan 10 Muharram macam dah tak boleh dipisahkan.



Ini bubur asyura versi utara


Ramuan bubur asyura - dari kepulauan Makasar, Indonesia


Asyura versi manis


Versi utara juga


Versi pantai timur dengan rempah ratusnya serta kerisik

26 December 2009

Hari Asyura

Maal Hijrah tiba lagi, menandakan bermulanya tahun baru 1431H yang pastinya menjanjikan pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang mengharungi setahun yang mendatang ini. Muharram sebenarnya suatu bulan yang cukup penting dalam Islam. Selain sebagai bulan pertama dalam Islam, padanya juga ada satu hari yang dikenali sebagai Hari Asyura’ yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

Hari Asyura’ berasal daripada perkataan ‘Asyara’ yang bermaksud kesepuluh atau merujuk kepada hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram. Sementara hari yang kesembilan daripada bulan Muharram dikenali sebagai Hari Tasua’ (kesembilan).
Maka hari Asyura untuk rakyat Malaysia ialah pada hari Ahad, 10 Muharram atau 27 Disember 2009.

Perkara sunat dilakukan pada Hari Asyura

1. Melapangkan masa dengan belanja anak isteri

Fadilat - Allah akan melapangkan hidup mereka pada tahun itu.

2. Memuliakan fakir miskin

Fadilat - Allah akan melapangkan kubur mereka nanti.

3. Menahan marah

Fadilat - Di akhirat kelak Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke dalam golongan yang reda

4. Menunjukkan orang sesat

Fadilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

Fadilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang diusap.

6. Bersedekah

Fadilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri

Fadilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya

keimanan.

8. Mandi sunat

Fadilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun berkenaan. Lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak

Fadilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

Fadilat - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat.

11. Sembahyang sunat empat rakaat

Fadilat - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun berlarutan selama

50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala."

Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

12. Menjamu orang berbuka puasa

Fadilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13. Puasa

Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.

Fadilat - Diberi pahala 1,000 kali haji, 1,000 kali umrah dan 1,000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

NOTA: petikan dari Ruangan ADDIN Harian Metro

24 December 2009

Keputusan PMR KL Meningkat

1,939 pelajar di Kuala Lumpur peroleh semua A
24/12/2009 3:21pm


KUALA LUMPUR 24 Dis. - Seramai 1,939 pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 di Kuala Lumpur memperoleh gred A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil, meningkat 0.47 peratus berbanding tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Sulaiman Wak berkata, jumlah yang memperoleh semua A meningkat 150 orang dengan seramai 70 pelajar mendapat 9A, 1,215 (8A) dan 654 (7A).

"Tujuh mata pelajaran PMR iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup Bersepadu kekal cemerlang dengan peratusan lebih 90 peratus seperti tahun lalu.

“Kecuali mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian) yang berlaku penurunan iaitu daripada 96.41 peratus kepada 89.80 peratus tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengumumkan keputusan PMR Tahun 2009 di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Katanya, sejumlah 15,533 calon mencapai keputusan lulus dalam semua mata pelajaran daripada 21,921 calon yang menduduki PMR di seluruh Kuala Lumpur tahun ini. - Utusan

22 December 2009

Kelas Tajwid Drs Khoirudin

Malam ini adalah Kelas Tajwid oleh Drs Khoirudin Lubis selepas solat maghrib. Semua muslimin / muslimat dijemput hadir.

16 December 2009

Sambutan Awal Muharram 1431H


Satu majlis sederhana menyambut maal hijrah akan diadakan disurau alhijrah, ppr pantai ria pada tarikh berikut:-
Khamis, 17 Disember 2009
Mulai jam 6.45 petang

Pengisian dengan Doa Akhir Tahun / Doa Awal Tahun / Bacaan Yassin / Tahlil dan Doa Selamat

Semua muslimin dan muslimat dijemput. Bawalah kuih sepinggan seorang supaya kita semua dapat merasa. Jamuan adalah selepas solat Isyak.

13 December 2009

Majlis Berkhatan Selesai Diadakan

Program berkhatan telah selamat diadakan pada hari ini, Ahad, 13 Disember 2009.
Seramai 16 orang kanak2 telah berjaya dikhatan oleh Dr Arman serta 2 orang pembantunya dari Klinik Nathan dan Rakan2 (Jalan Bangsar).
Program ini bermula seawal jam 7 pagi dan hampir 200 orang penduduk telah hadir dengan sebahagian besar adalah terdiri dari anggota keluarga peserta berkhatan. Majlis selesai pada jam 1 tengahari.

Jawatankuasa penganjur mengucapkan terimakasih kepada Perkim Kebangsaan, Tuan Hj Hanif, Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Pantai Baru serta semua para petugas.


Para peserta berkhatan


Hj Kairom sedang berucap


Jentera Bomba dari Jalan Pantai Baru


Bersedia untuk dikhatan


Alat yang digunakan untuk berkhatan atau alat pemotong


Petugas masakan


Dr Arman sedang bertugas


Dibilik berkhatan


Para bapa bersama sebahagian peserta yang baru selesai berkhatan
serta ajk surau



Salah seorang kanak2 sedang dikhatan


Semburan air dari jentera bomba

Biarkan budak2 seronok mandi beramai2 dahulu sebelum di 'sunatkan'

Persembahan silat seni gayong yang dijemput khas

Perarakkan membawa peserta beserta bunga telur

Sedang mandi

Sedang mengikuti persembahan silat

Hj Kairom memberi cenderahati pada Tn Hj Hanif


Didalam surau semasa majlis perasmian

Bersama Tn Hj Hanif dan isteri, Hj Kairom dan imam, Ustaz Mohamad


Sedang menjamu selera

11 December 2009

Kebakaran di PPR Pantai Ria

Hari ini, 10 Disember 2009, kawasan PPR Pantai Ria telah dikejutkan dengan kejadian kebakaran di rumah no C-9-16. Kebakaran bermula jam 9 pagi ketika ibu kepada 2 orang kanak-kanak telah keluar bekerja. Ia dipercayai bermula dari bilik utama. Mujurlah semasa kejadian, kedua-dua kanak2 yang berada dalam rumah tersebut berjaya menyelamatkan diri dan meminta pertolongan dari rumah jiran. Ibu kanak2 tersebut yang ditemui saya tidak mengetahui punca kebakaran tersebut. Beliau adalah seorang ibu tunggal berbangsa India.

Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Raja Nong Chik dilihat melawat rumah mangsa bersama-sama pegawai2 DBKL dan beliau telah menawarkan rumah ganti di tingkat 13 blok yang sama. Terimakasih kepada Dato' yang mengambil tindakkan segera untuk meringankan beban mangsa.

Berikut adalah gambaran rumah mangsa (9 jam selepas kebakaran berlaku)

Keadaan ruang tamu


Bilik tidur utama


Bilik tidur utama

Kejadian ini mengingatkan kita bahawa kita tidak boleh meninggalkan anak-anak kecil bersendirian didalam rumah tanpa pengawasan orang dewasa. Kanak-kanak masih tidak mengerti bahaya bermain dengan barang2 seperti pemetik api.

Kami bersimpati dengan nasib beliau. Kepada penduduk yang prihatin, bolehlah menghulurkan bantuan kepada beliau walaupun beliau bukan Islam kerana sebagai masyarakat berbilang kaum dan agama, kita digalakkan membantu jika jiran dalam kesusahan. Bantuan boleh dihulur terus kepada mangsa.

10 December 2009

MAJLIS BERKHATAN 2009

Setakat hari ini, 10 Disember 2009, sudah ada 14 kanak2 telah mendaftar untuk berkhatan dalam majlis anjuran surau alhijrah pada hari Ahad ini. Pendaftaran masih dibuka sehingga hari Ahad ini untuk memberi peluang kepada mereka yang baru berniat untuk mendaftarkan anak mereka. Bayaran hanya RM120.00 seorang.

Kami, Jawatankuasa penganjur telah menyusun aturcara majlis berkenaan seperti berikut:-

7.45 pagi Semua peserta berkhatan termasuk ibubapa berkumpul di surau
8.00 pagi Sarapan pagi
8.30 pagi Ketibaan Jemputan Khas
8.45 pagi Doa selamat
Ucapan pengerusi Surau
Ucapan Perasmian oleh Tuan Hj Hanif Harun
- Pengarah dakwah PERKIM Kebangsaan
Perarakkan peserta
Persembahan silat
Peserta Mandi beramai-ramai (pancutan air oleh Jentera Bomba)


9.30 pagi Berkhatan Bermula
11.30 pagi Jamuan
12.30 tgh Majlis bersurai

Panduan kepada Ibubapa

1. Semua peserta mesti berbaju melayu dan bersongkok / bertanjak (jika ada)
2. Selepas berkhatan selesai, menunggu sehingga majlis selesai sebelum pulang
kerumah.

Semoga majlis ini akan berjalan dengan meriah dengan sokongan semua ibubapa yang terlibat serta semua ajk penganjur.

02 December 2009

Ibadah Korban 2009

Ibadah Korban peringkat surau al hijrah ppr pantai ria telah berlangsung dengan sempurna pada hari Sabtu, 28 November 2009 yang lepas. Sebanyak 4 ekor lembu ditumbangkan hasil penyertaan dari penduduk2 termasuk seekor dari masjid khadijah.
Ramai penduduk yang turun membantu dan semangat inilah yang diharapkan semoga semangat ukhuwah dikalangan penduduk akan lebih rapat.

Ikuti gambar2 semasa program tersebut berlangsung.


Lembu yang paling besar antara yang nak dikorbankan


Si lembu sedang menunggu nasibnya sebentar lagi


Bantu-membantu menumbangkan lembu


Melapah daging


Pengagihan daging korban sedang diadakan


Kemah jamuan hari raya


Petugas memotong tulang


Sedang memotong daging


Daging yang dah siap ditimbang


Sedang mengagih daging korban - seorang dapat 1 kilogram

PROGRAM GERAKKAN TUMPUAN

Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL akan menganjurkan program tersebut di kawasan PPR Pantai Ria mulai hari Sabtu, 5 Disember 2009 hingga hari Ahad, 6 Disember 2009.

Difahamkan antara aturcara program tersebut adalah pameran oleh agensi2 kerajaan seperti bomba, polis dan sebagainya. Juga akan diadakan adalah pertandingan futsal, bolajaring, tarik tali, gubahan bunga,masakan.

Pada hari Ahad, Dato' Raja Nong Chik akan hadir dengan program menanam 500 pokok di sekitar PPR Pantai Ria. Jamuan akan disediakan oleh penganjur.