Petikan dari Harian Metro hari ini, 21 April 2010
2010/04/21 DARIPADA 29,562 unit Program Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hanya 21,611 unit layak ditawarkan untuk dijual kepada penghuni sedia ada.
Ini kerana 2,056 unit masih kosong tanpa penghuni, 4,740 unit belum diserahkan kepada DBKL oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan 1,155 unit lagi diduduki setinggan transit yang tidak layak menerima tawaran.
Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata daripada 21,611 penghuni sedia ada yang sudah ditawarkan membeli unit PPR sedang diduduki, hanya 14,450 yang berminat.
“Jawatankuasa Pemilihan sudah mengenal pasti 10,159 penghuni yang menepati syarat dan layak ditawarkan manakala 4,013 penghuni lagi layak bersyarat kerana mempunyai tunggakan sewa melebihi tiga bulan,” katanya.
21 April 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bukan tidak berminat tetapi tunggu dahulu sehingga
ReplyDelete4-5 tahun kerana ada yang membeli bukan untuk diduduki teatapi membuat 'profit' dengan menyewa kepada orang lain dan ada yang sudah memiliki rumah sendiri tetapi masih memohon rumah PPR kerana...?
Fahami maksud PPR-Projek Perumahan Rakyat untuk
yang tidak mampu/memiliki rumah sendiri...