26 July 2010
25 July 2010
Lawatan ke Nurul Qanaah Jalinkan Silaturrahim
Lawatan ke Rumah Kebajikan Nurul Qanaah telah berlangsung pada hari Ahad, 25 Julai 2010. Seramai 60 orang mengikuti ziarah ini dengan menggunakan sebuah bas, sebuah van serta motosikal. Tahniah kepada Biro Wanita yang diketuai oleh Puan Norbaayah dan para ajknya yang telah menggerakkan usaha murni ini sehingga ianya berjaya dilakukan walaupun hanya 2 minggu lepas ia dimaklumkan kepada jemaah.
Hasil dari hebahan tersebut, berbagai-bagai barang keperluan harian seperti beras, kainbaju, buku2/majalah2 pelajar dan sebagainya berjaya dikumpulkan hasil sumbangan para penduduk. Turut disumbangkan ialah wang tunai RM1,556.00 dari para penduduk yang serahkan kepada rumah kebajikan ini.
bertolak jam 2.30 petang
Barangan yang berjaya dikumpulkan
Hasil dari hebahan tersebut, berbagai-bagai barang keperluan harian seperti beras, kainbaju, buku2/majalah2 pelajar dan sebagainya berjaya dikumpulkan hasil sumbangan para penduduk. Turut disumbangkan ialah wang tunai RM1,556.00 dari para penduduk yang serahkan kepada rumah kebajikan ini.
bertolak jam 2.30 petang
Barangan yang berjaya dikumpulkan
Ketibaan di hadapan rumah Nurul Qanaah yang merupakan sebuah rumah kedai 3 tingkat. Ia menyewa tingkat 1 dan 2 dengan kos RM1,400 sebulan
Papantanda rumah nurul qanaah
Didalam rumah, bersama Puan Zainab (bertudung putih), Penyelia/Penjaga serta Naib Pengerusi Rumah Nurul Qanaah
Penghuni2 rumah kebajikan ini
antara penghuni2 rumah ini
Jemaah dari PPR Pantai Ria
orang ppr pantai ria
Pak Kahar berbual dengan penghuni
Bendahari rumah nurul qanaah, Tn Hj Rauf menyampaikan ucapan aluan
Pengerusi surau, Hj Kairom menyerahkan wang RM1,556.00 hasil sumbangan penduduk PPR Pantai Ria kepada Tn Hj Rauf, Bendahari rumah kebajikan ini
Tn Hj Rauf memaklumkan kos keseluruhan untuk menguruskan rumah kebajikan ini adalah antara RM6,000 hingga RM8,000 sebulan yang semuanya bergantung kepada sumbangan para dermawan serta orang ramai. Memerlukan lebih banyak wang untuk memulakan kerja-kerja membina bangunan sendiri di sebidang tanah wakaf di Changkat Dalam yang bernilai RM500,000.00. Sekarang dalam peringkat penyediaan pelan bangunan.
Ujian Kenaikkan Bengkung Silat Gayong
Buat pertama kalinya, ujian kenaikkan bengkung diadakan pada hari Sabtu, 24 Julai 2010 di gelanggang al hijrah. Seramai 80 orang peserta silat seni gayong ppr pantai ria terlibat dalam sesi ujian yang dikendalikan oleh 5 orang gurulatih. Bermula dari jam 5.00 petang, para peserta diuji dengan beberapa peringkat ujian. Semua ujian selesai diadakan sebelum senja berlabuh.
Terdapat 3 jenis ujian kenaikkan bengkung seperti berikut
1. Kenaikkan ke bengkung putih cula hijau- umur 7-9 tahun
2. kenaikan ke bengkung putih cula merah - 10 - 12 tahun
3. kenaikkan ke bengkung awan putih - lebih 12 tahun
Gambar video ujian yang sempat dirakam
Terdapat 3 jenis ujian kenaikkan bengkung seperti berikut
1. Kenaikkan ke bengkung putih cula hijau- umur 7-9 tahun
2. kenaikan ke bengkung putih cula merah - 10 - 12 tahun
3. kenaikkan ke bengkung awan putih - lebih 12 tahun
Pesilat kategori sekolah menengah
Ujian sedang berlangsung
Pesilat kategori 7-9 tahun
Pesilat lelaki bersama gurulatih serta Pengerusi surau, Hj Kairom (2 dari kiri) selepas selesai sesi ujian
Gambar video ujian yang sempat dirakam
22 July 2010
Bengkel Ramadhan di Perkim
Anda semua dipelawa untuk menghadiri Bengkel Ramadhan yang akan dianjurkan oleh Perkim Kebangsaan pada:-
Tarikh : 31 Julai (sabtu) dan 1 Ogos 2010 (Ahad)
Tempat: Surau Perkim, Bangunan Perkim Jalan Ipoh
Masa: Mulai 8.30 pagi - 5.00 petang Hari Sabtu
Mulai 8.30 pagi - 2.00 petang Hari Ahad
Sila daftarkan nama anda dengan Ketua Biro Wanita, Puan Norbaayah atau ajknya. Pengangkutan akan diadakan oleh pihak surau.
Antara penceramah bengkel adalah seperti berikut:-
Hari Pertama:
1. Ustaz Ahmad Dasuki
2. Ustaz Farid Ravi Abdullah
3. Ustaz Kamaruddin (Perak)
Hari ke 2
1. Ustaz Meftah Anuar
2. Ustaz Hj Omar (Johor)
3. Ustaz Fuad Yeoh Abdullah
Tarikh : 31 Julai (sabtu) dan 1 Ogos 2010 (Ahad)
Tempat: Surau Perkim, Bangunan Perkim Jalan Ipoh
Masa: Mulai 8.30 pagi - 5.00 petang Hari Sabtu
Mulai 8.30 pagi - 2.00 petang Hari Ahad
Sila daftarkan nama anda dengan Ketua Biro Wanita, Puan Norbaayah atau ajknya. Pengangkutan akan diadakan oleh pihak surau.
Antara penceramah bengkel adalah seperti berikut:-
Hari Pertama:
1. Ustaz Ahmad Dasuki
2. Ustaz Farid Ravi Abdullah
3. Ustaz Kamaruddin (Perak)
Hari ke 2
1. Ustaz Meftah Anuar
2. Ustaz Hj Omar (Johor)
3. Ustaz Fuad Yeoh Abdullah
21 July 2010
Datuk Ibrahim melakukan ziarah ke Surau Al Hijrah
Datuk Ibrahim Thamby Chik (tengah berbaju hitam), Pengerusi Majlis Permuafakatan Masjid dan Surau Lembah Pantai yang juga adalah Ketua Biro Agama Umno Bahagian Lembah Pantai melakukan ziarah silaturrahim untuk mengenali barisan ajk baru surau alhijrah
ajk dan jemaah yang hadir
Dalam majlis ringkas ini, Datuk Ibrahim menjelaskan fungsi
Majlis Permuafakatan yang antara lain untuk mengukuhkan institusi masjid dan surau dari segi kursus2 yang akan dibuat dan diatur .
Bagi pihak surau, kita menerima sesiapa sahaja yang ingin membantu pihak kami menambahbaik aktiviti surau atau kemudahan lain. Turut dibangkitkan kepada beliau ialah keperluan surau sedia ada dipindahkan ke surau baru yang lebih besar dan selesa. Beliau akan membawa perkara ini kepada Datuk Menteri.
20 July 2010
Kejohanan Pingpong Anjuran Masjid Khadijah
Kejohanan Pingpong anjuran Masjid Khadijah, Pantai Dalam akan diadakan pada 1 Ogos 2010 (Ahad) ini. Kepada yang berminat sila ambil borang di masjid tersebut dengan segera. Seorang dikenakan bayaran RM5.oo sahaja. Ramai2 kita menyokong aktiviti ini.
18 July 2010
Isra' dan Mikraj - Gambar2 Kenangan
Majlis Isra' dan Mikraj telah selamat diadakan pada hari Sabtu, 17 Julai 2010. Kami bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dari awal pagi lagi. Ramai yang hadir dan kali ini ada wakil dari semua Blok yang sama-sama bergotongroyong.
Untuk pertama kalinya juga, rezeki surau kita bertambah. Kita mendapat sumbangan 2 ekor lembu dari Persatuan Penduduk dan DBKL. Terimakasih banyak2, kalau ada lain kali bagilah lagi. Memandangkan jumlah penduduk Islam seluruh PPR Pantai Ria dalam lingkungan 4,000 orang, mungkin 4 ekor lembu baru cukup.
Kita berterimakasih kepada semua petugas dan sukarelawan yang bertukuslumus sejak pagi lagi menyembelih lembu, memotong daging, memasak sehinggalah majlis selesai sekitar jam 11 malam. Dianggarkan lebih 700 orang penduduk hadir dalam majlis ini.
Untuk pertama kalinya juga, rezeki surau kita bertambah. Kita mendapat sumbangan 2 ekor lembu dari Persatuan Penduduk dan DBKL. Terimakasih banyak2, kalau ada lain kali bagilah lagi. Memandangkan jumlah penduduk Islam seluruh PPR Pantai Ria dalam lingkungan 4,000 orang, mungkin 4 ekor lembu baru cukup.
Kita berterimakasih kepada semua petugas dan sukarelawan yang bertukuslumus sejak pagi lagi menyembelih lembu, memotong daging, memasak sehinggalah majlis selesai sekitar jam 11 malam. Dianggarkan lebih 700 orang penduduk hadir dalam majlis ini.
Terimakasih kepada Ustaz Fadzli yang memberikan ceramah yang sangat hebat dan menarik berkisar kisah Isra' dan Mikraj. Antara intipati yang diambil dari ceramah beliau yang patut dijadikan panduan adalah seperti berikut:-
1. Makmurkan surau dengan aktiviti2 yang dapat menarik minat penduduk untuk hadir. Adalah amat digalakkan untuk berjemaah disurau kerana dapat menjalin hubungan ukhuwah sesama muslim.
2. Peristiwa Isra' dan Mikraj dimana Allah menfardukan solat kepada Nabi Muhammad SAW secara langsung menunjukkan betapa pentingnya solat.
3. Solat adalah seumpama kepala kepada manusia. Tidak solat bermakna tidak berkepala !
4. Tidak bersolat seumpama meruntuhkan Islam.
5. Tidak guna puasa dan berbuat kebajikan jika tidak solat.
6. Perintahlah anak-anak untuk solat sejak umur 7 tahun dan pukullah mereka ketika umur 10 tahun. Jika anak dapat solat tanpa disuruh, insyaAllah akan menjadi penjaga kepada kehidupan mereka disamping menjadi penyelamat kepada ibubapa dialam barzakh.
7. Buatlah 20 rakaat tarawikh semasa bulan Ramadhan. Jangan berbalah samada nak buat 8 atau 20. Orang yang buat 8 adalah orang pemalas. Jika mahukan syurga Allah, kenalah berusaha sedikit. Bulan puasa hanya datang sebulan dalam setahun. Semua orang kena rebut peluang untuk beribadat pada bulan puasa kerana ganjarannnya adalah 40 kali lebih berbanding bulan biasa.
8. Bulan puasa telah jadi pesta makanan. Bazar Ramadhan dimana-mana. Ini bukanlah sesuatu yang elok kerana manusia akhirnya jadi pemalas kerana terlalu kenyang.
9. Mengesyorkan supaya Kelas Tauhid diadakan kerana kepentingannya kepada akidah muslim terutama berkaitan keesaan Allah SWT.
10. Menggalakkan anak-anak untuk belajar sehingga menjadi seorang Tahfiz.
Ustaz Syed Fadzli Al yamani mengupas kisah Isra' dan Mikraj
nabi
Pengerusi, Hj Kairom sedang berucap
lain-lain jemaah
jemaah wanita
dari sudut lain
Pengerusi majlis, Imam Jani @ Jani bin Imam yang juga imam Masjid Khadijah, Pantai Dalam
Imam Jani
selepas solat Isyak
sebelah kanan adalah 2 orang anak murid Ustaz Fadzli
makan tengahari
Pak Rabu dan nasi minyaknya
Ramai penduduk yang hadir
Pak Mat Nor sedang mengacau bahan untuk masakan
Ini bukan kumpulan nasyid tapi adalah jemaah wanita kita yang bergambar dengan YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang sempat hadir dalam majlis ini. Terimakasih kepada YB Nurul.
Pengerusi menyampaikan cenderahati serta sumbangan wang dari penduduk yang hadir dalam majlis ini untuk Ustadz Fadzli serta madrasah Tahfiz Al Yamani yang diasaskannya. Semoga lebih banyak sumbangan untuk madrasah beliau yang serba kekurangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)