18 July 2010

Isra' dan Mikraj - Gambar2 Kenangan

Majlis Isra' dan Mikraj telah selamat diadakan pada hari Sabtu, 17 Julai 2010. Kami bersyukur kerana semuanya berjalan lancar dari awal pagi lagi. Ramai yang hadir dan kali ini ada wakil dari semua Blok yang sama-sama bergotongroyong.

Untuk pertama kalinya juga, rezeki surau kita bertambah. Kita mendapat sumbangan 2 ekor lembu dari Persatuan Penduduk dan DBKL. Terimakasih banyak2, kalau ada lain kali bagilah lagi. Memandangkan jumlah penduduk Islam seluruh PPR Pantai Ria dalam lingkungan 4,000 orang, mungkin 4 ekor lembu baru cukup.

Kita berterimakasih kepada semua petugas dan sukarelawan yang bertukuslumus sejak pagi lagi menyembelih lembu, memotong daging, memasak sehinggalah majlis selesai sekitar jam 11 malam. Dianggarkan lebih 700 orang penduduk hadir dalam majlis ini.
Terimakasih kepada Ustaz Fadzli yang memberikan ceramah yang sangat hebat dan menarik berkisar kisah Isra' dan Mikraj. Antara intipati yang diambil dari ceramah beliau yang patut dijadikan panduan adalah seperti berikut:-
1. Makmurkan surau dengan aktiviti2 yang dapat menarik minat penduduk untuk hadir. Adalah amat digalakkan untuk berjemaah disurau kerana dapat menjalin hubungan ukhuwah sesama muslim.
2. Peristiwa Isra' dan Mikraj dimana Allah menfardukan solat kepada Nabi Muhammad SAW secara langsung menunjukkan betapa pentingnya solat.
3. Solat adalah seumpama kepala kepada manusia. Tidak solat bermakna tidak berkepala !
4. Tidak bersolat seumpama meruntuhkan Islam.
5. Tidak guna puasa dan berbuat kebajikan jika tidak solat.
6. Perintahlah anak-anak untuk solat sejak umur 7 tahun dan pukullah mereka ketika umur 10 tahun. Jika anak dapat solat tanpa disuruh, insyaAllah akan menjadi penjaga kepada kehidupan mereka disamping menjadi penyelamat kepada ibubapa dialam barzakh.
7. Buatlah 20 rakaat tarawikh semasa bulan Ramadhan. Jangan berbalah samada nak buat 8 atau 20. Orang yang buat 8 adalah orang pemalas. Jika mahukan syurga Allah, kenalah berusaha sedikit. Bulan puasa hanya datang sebulan dalam setahun. Semua orang kena rebut peluang untuk beribadat pada bulan puasa kerana ganjarannnya adalah 40 kali lebih berbanding bulan biasa.
8. Bulan puasa telah jadi pesta makanan. Bazar Ramadhan dimana-mana. Ini bukanlah sesuatu yang elok kerana manusia akhirnya jadi pemalas kerana terlalu kenyang.
9. Mengesyorkan supaya Kelas Tauhid diadakan kerana kepentingannya kepada akidah muslim terutama berkaitan keesaan Allah SWT.
10. Menggalakkan anak-anak untuk belajar sehingga menjadi seorang Tahfiz.


Suasana semasa ceramah berlangsung


Ustaz Syed Fadzli Al yamani mengupas kisah Isra' dan Mikraj
nabi


Pengerusi, Hj Kairom sedang berucap


lain-lain jemaah


jemaah wanita


dari sudut lain


Pengerusi majlis, Imam Jani @ Jani bin Imam yang juga imam Masjid Khadijah, Pantai Dalam


Imam Jani

selepas solat Isyak


sebelah kanan adalah 2 orang anak murid Ustaz Fadzli

makan tengahari



Pak Rabu dan nasi minyaknya


Ramai penduduk yang hadir




Pak Mat Nor sedang mengacau bahan untuk masakan











Ini bukan kumpulan nasyid tapi adalah jemaah wanita kita yang bergambar dengan YB Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang sempat hadir dalam majlis ini. Terimakasih kepada YB Nurul.

Pengerusi menyampaikan cenderahati serta sumbangan wang dari penduduk yang hadir dalam majlis ini untuk Ustadz Fadzli serta madrasah Tahfiz Al Yamani yang diasaskannya. Semoga lebih banyak sumbangan untuk madrasah beliau yang serba kekurangan.

YB Nurul sedang menikmati jamuan selepas majlis selesai


Ustaz dan anak-anak muridnya menjamu selera


sebahagian tetamu dari Madrasah Tahfiz Al Yamani (12 orang semuanya) Kampung Baru, terimakasih kerana sudi hadir. Kami memohon maaf atas sebarang kekurangan dan ketidakselesaan (jika ada).



Nota: Terimakasih kepada Sdr Rahman Nordin yang menyumbang sebahagian gambar2 dalam berita ini

No comments:

Post a Comment