Begitu pantas masa beredar, hari ini sudah 25 hari kita berpuasa dan tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita meninggalkan bulan yang penuh berkat ini. Apakah masih ada kesempatan untuk kita menempuh Ramadhan pada tahun depan ? Hanya Allah yang tahu.
Imam Tahfiz kita dari Yala Thailand, Ustaz Rusdi dan Baiwan akan mengimamkan sembahyang tarawikh terakhir untuk kita semua pada hari Isnin ini, 27 Ramadhan. Sepanjang mereka bersama kita, kita bersyukur kerana masih ramai jemaah yang masih mampu mengikuti Tarawikh sehingga 20 rakaat walaupun masanya agak lama. Ini kerana bacaan mereka yang baik dan lancar memberi kekusyukkan kepada jemaah.
Seluruh jemaah mengucapkan ribuan terimakasih kepada kedua-dua mereka yang bersama-sama kita selama hampir sebulan ini. Diberitakan bahawa mereka akan melanjutkan pelajaran ke India selepas Hari Raya ini. Kepada imam-imam muda ini, selamat berjaya !
No comments:
Post a Comment