Kami menjemput semua muslimin dan muslimat yang tak balik kampung supaya dapat bersama-sama menunaikan solat sunat hari raya di surau kita mulai jam 7.30 pagi, Jumaat, 10 September 2010 / 1 syawal. Akan dimulai dengan takbir raya seterusnya solat pada jam 8.00 pagi.
Sila bawa sedikit kuih raya untuk kita nikmati selepas selesai solat tersebut. Untuk tahun ini, khutbah akan dibawa oleh Ustaz Hj Mohammad Adam yang juga imam kita.
Ada orang yang tak balik kampung kerana memang dah tak ada kampung atau tak ada lagi saudara-mara disana. Bagi kebanyakkan kita yang masih bernasib baik ada ibubapa dikampung, inilah peluang untuk kita menziarahi mereka sambil memohon ampun dan maaf.
Kegembiraan sebenar menyambut aidil fitri ialah bila kita dapat bersama keluarga terdekat setelah lama tidak ketemu.
No comments:
Post a Comment