18 April 2011

DBKL Mula Operasi Sita Motorsikal



Kepada tuanpunya motorsikal yang dibawa naik ketingkat atas, diminta berhati2 kerana DBKL akan melakukan operasi menyita motor2 yang diletakkan dikoridor kakilima diluar rumah. Ramai yang bukan sengaja nak bawa naik tapi kerana selalu sangat kena vandalism / kena curi bahagian2 motor jika diparking ditingkat bawah. Minta DBKL bertimbangrasa dengan kami. Bahkan tempat meletak motorsikal pun tak disediakan dengan mencukupi. Elok DBKL bertindak atas mat2 motor yang menjadikan tingkat atas sebagai worksyop atau tempat melerai motosikal curi, itu lebih "afdal".


Utusan Online -- KUALA LUMPUR 13 April – Sebanyak tujuh buah motosikal telah disita dalam Operasi Angkut oleh Jabatan Pengurusan Perumahan dan Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah, Puchong, awal pagi semalam. Tindakan itu diambil kerana pemilik motosikal terbabit didapati melanggar peraturan iaitu meletakkan motosikal mereka di tingkat atas rumah PPR tersebut. Ia dilakukan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 Seksyen 46, bertujuan memindahkan halangan yang menyusahkan penduduk. Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, Kamel Idham Ibrahim berkata, tindakan yang dilaksanakan itu bukan bertujuan menyusahkan penduduk tetapi untuk memberi peringatan kepada mereka. Katanya, pihaknya telah banyak kali menerima aduan mengenai tindakan sesetengah penduduk membawa motosikal mereka ke tingkat atas sehingga menyusahkan penghuni lain. Selain itu, katanya, motosikal yang dibawa naik menggunakan lif juga menjadi antara punca kerosakan kemudahan itu sekali gus menyusahkan penduduk terutama golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas. “Tindakan mereka juga telah memberi kesan kepada DBKL kerana terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membaiki lif yang rosak,” katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut di Blok A, PPR Muhibah. Turut menyertai operasi tersebut adalah Ketua Inspektor Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Julia Thamby bersama 40 anggota kedua-dua jabatan itu. Kamel Idham berkata, motosikal yang disita itu dibawa ke Depot Kenderaan Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan di Jinjang dan pemiliknya hendaklah membuat tuntutan di depot tersebut. “Mereka (pemilik motosikal) perlu membawa dokumen kenderaan dan dokumen insurans di samping membayar kompaun sebanyak RM155,” jelasnya. Beliau menambah, operasi itu akan diadakan dari semasa ke semasa di semua PPR di ibu negara bagi membendung tindakan penghuni yang mementingkan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment