28 May 2011

Kem Smart Solat




Apakah pilihan kita sebagai ibubapa?, membiarkan anak rosak dan hanyut seperti ini,


(petikan Harian Metro)

atau, seperti ini ?



Buat pertama kalinya, Surau Al Hijrah akan menganjurkan Kem Smart Solat, untuk mendidik anak2 cara yang betul bersolat, mengambil wudhu, rukun2 solat, cara solat berjemaah, bacaan2 dalam solat, doa2 yang selalu dibaca dan sebagainya. Bawalah anak2 anda ke program ini, sebagai tanggungjawab dan amanah dari Allah sebagai ibu dan bapa.

Kem Smart Solat
Tarikh: 19 Jun 2011
Hari: Ahad
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang (1 hari penuh)
Pendaftaran: 7.30 pagi
Tempat: Surau Al Hijrah

Syarat Penyertaan:

1. Hanya untuk anak-anak PPR Pantai Ria
2. Terhad kepada 100 orang peserta (lelaki dan perempuan)
3. Bayaran penyertaan:

a) 1 peserta RM10.00
b) 2 peserta (adik beradik) RM15.00
c) 3 peserta (adik beradik) RM20.00

4. Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan.
5. Sijil Penyertaan diakhir program.
6. Umur peserta: 7 hingga 15 tahun

Borang mula dikeluarkan mulai 30 Mei 2011. Tarikh akhir hantar borang ialah 12 Jun 2011 atau sehingga cukup jumlah peserta 100 orang. Sila hantar borang beserta bayaran kepada Bendahari Surau dengan segera.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi,

Hj Kairom 019 2161525
En Kahar Abdullah 019 2400132
Jamil Omar 012 6663361
Zuhari Kasa 013 3566466

2 comments:

  1. Apa yang kita makan itulah yang akan dimakan oleh anak2 kita... Adakah punca rezeki kita dari yang halal?... Apabila menyuap makanan kpd anak kecil janganlah kita berkuku panjang... Segala kekotoran bermula dari situ... INSYAALLAH SELAMAT...

    ReplyDelete
  2. pendapat yang bernas

    ReplyDelete