MELIHAT PUN SAKIT, APATAH LAGI ORANG YANG MENANGGUNGNYA
Sdr Anuar Idris yang terlantar koma sejak bulan Oktober 2011
Susu khas dimasukkan melalui tiub khas
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saudara Anuar bin Idris,berumur 48 tahun, Rumah no D-14-5, PPR Pantai Ria, telah jatuh sakit dan kini dalam keadaan koma sejak 29 Oktober lepas. Doktor sahkan beliau mengidap penyakit "HIPERTENSI DAN BRAIN STEM BLEED" yang kronik.
Menurut keluarganya, Anuar jatuh sakit sejak jatuh dibilik air rumahnya. Beliau masih perlu menanggung 2 orang lagi anaknya yang masih bersekolah, iaitu ditingkatan
4 dan darjah 4. Seorang anak perempuannya telah berkahwin tetapi pendapatan suaminya kecil.
Buat masa ini, beliau perlu ke Hospital KL 2 kali seminggu untuk menukar Ryles Tube serta menukar "Catheter".
Beliau tidak boleh bercakap, membuka mata atau makan/minum kerana belum sedar dari koma. Makanannya hanyalah dari air susu khas yang dimasukkan melalui saluran tiub.
Jika anda ingin membantu meringankan beban keluarganya, sila masukkan sumbangan anda ke akaun MBB no 164388819321 atas nama anaknya, Farah Izzati bt Anuar. fARAH BOLEH DIHUBUNGI MELALUI TELEFON NO 017 6356230
Bantulah sementara kita masih sihat. Kurangkan penderitaan keluarga sdr Anuar untuk kos perubatan serta susu khas yang mahal harganya.
31 December 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
minta semua kawan2 menyumbang semampu mungkin, ari ini hari dia, esok, mungkin ari kita
ReplyDelete