Ia diadakan pada hari Ahad, 28 Oktober 2012 mulai jam pagi. Hampir 100 orang penduduk turun membantu gotong royong ibadah korban serta memasak jamuan untuk makan tengahari. Semua kerja-kerja menguruskan lembu korban selesai pada jam 11 pagi dan daging mula diagihkan kepada penduduk mulai jam 11.15 pagi.
Jamuan tengahari bermula pada masa yang sama. Hampir 500 penduduk dianggarkan telah menikmati jamuan yang disediakan.
Pada tahun ini 8 ekor lembu berjaya dikorbankan. Peserta-peserta yang mengambil bahagian adalah:-
2 ekor dari peserta yang mengambil bahagian
2 ekor dari Syarikat Time Temasik Sdn Bhd
1 ekor dari Umno Bahagian Lembah Pantai
1 ekor dari Menteri Wilayah Persekutuan
1 ekor dari peserta2 Kemas
1 ekor dari syarikat BEWG - kontraktor Logi Kumbahan Pantai 2 - IWK
Jumlah 8 ekor
Kami mengucapkan terimakasih kepada semua penyumbang lembu2 pada tahun ini.
Untuk maklumat kami menerima banyak pertanyaan dan permintaan supaya penyertaan ibadah korban untuk tahun hadapan dibuka lebih awal. Oleh itu, mulai bulan ini, kami akan mula mengedarkan borang2 untuk menyertai ibadah korban pada tahun depan.
Bayaran akan dikutip secara ansuran RM45 sebulan selama 10 bulan untuk mencukupkan RM450 bagi satu bahagian. Cara ini tidak akan membebankan peserta bahkan kami percaya lebih ramai peserta akan menyertai ibadah korban pada tahun depan.
Kami berharap untuk tahun hadapan, sekurang2nya 20 ekor dapat kita korbankan supaya lebih ramai penduduk yang akan dapat bahagian daging korban serta kita mampu untuk menghantar daging2 korban kerumah anak yatim.
Kami berharap sokongan anda semua untuk menjayakan hasrat ini.
Kumpulan petugas pertama diketuai Sdr Aliudin melaksanakan korban lembu pertama jam 7.30 pagi
Sedang disembelih
Proses melapah
Kumpulan yg diketuai tok siak, En Zainuddin
Kaum wanita bertugas memasak kari daging
Kumpulan Tok Siak
Ustaz Nazri -bilal Masjid Khadijah serta AJK surau Hj Aris
Azeman mengetuai kumpulan ke 2
Hjh Norbahyah - ajk wanita yang cedera dikaki kanan terkena air panas masih sanggup turun membantu gotong royong memasak walaupun kecederaan belum pulih
Suasana didalam kemah pemotongan dan penimbangan daging korban
Petugas bertugas dengan penuh dedikasi untuk menyudahkan kerja-kerja yang diamanahkan
Memotong daging untuk jamuan tengahari
Petugas di bahagian daging korban
Dato' Raja Nong Chik memberikan ucapan ringkas sempena kunjungan beliau semasa ibadah korban dilaksanakan. Beliau juga menyumbang seekor lembu pada pihak surau tahun ini. Disebelah kiri ialah En Badrila Abdullah, Timbalan Pengerusi Surau yang baru dan dikanan ialah Hj Kairom, Pengerusi Surau
Terimakasih kepada semua yang hadir dan membantu dari segi wang ringgit, material atau tenaga. Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.
Jamuan tengahari
orang ramai sedang mengambil agihan daging korban
No comments:
Post a Comment