31 January 2013

Kompleks Perpustakaan 1Malaysia di PPR Kerinchi Akan Dibina

 


 

29 Januari 2013
KUALA LUMPUR - Lebih 20,000 penduduk di sekitar Lembah Pantai bakal menikmati kemudahan Perpustakaan 1Malaysia bertaraf kompleks yang akan beroperasi awal tahun depan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pembinaan perpustakaan berkeluasan 17,000 kaki persegi itu yang boleh menyediakan 15,000 bahan bacaan, akan dibuat secepat mungkin dengan pembiayaan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

"Perpustakaan dua tingkat ini boleh memuatkan 100 pengunjung yang akan menggunakan perkhidmatan pinjaman buku dan pembinaan perpustakaan ini juga mampu meningkatkan kebolehcapaian masyarakat terhadap maklumat yang luas.

"Reka bentuk pembinaan perpustakaan ini moden dan kelengkapan untuk kegunaan orang ramai juga berteknologi tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pecah Tanah Projek Perpustakaan 1Malaysia Lembah Pantai di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah MRCB, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup.

Raja Nong Chik berkata, MRCB juga akan membina dua lagi Perpustakaan 1Malaysia di Taman Medan Idaman bagi kawasan Parlimen Wangsa Maju dan di Jalan Wirawati (kawasan Parlimen Titiwangsa) yang dijangka siap sepenuhnya pada 2015.

Beliau berkata, pembinaan perpustakaan berkonsepkan pusat ilmu komuniti setempat adalah itu di kawasan majoriti penduduk berpendapatan rendah.

MRCB juga akan menyediakan 24 komputer selain 1,500 bahan bacaan, bilik komputer dan kelengkapan perpustakaan untuk ketiga-tiga kompleks Perpustakaan 1Malaysia dan DBKL bertanggungjawab mengurus serta menyelenggara tiga perpustakaan tersebut.

Raja Nong Chik juga berharap kemudahan itu tidak disalah guna dengan kegiatan tidak bermoral atau dirosakkan. - Bernama

30 January 2013

LOGO HALAL TIDAK SAH MASIH DIGUNAKAN

Isu logo halal masih tiada kesudahan. Walaupun JAKIM telah menguatkuasakan supaya premis2 makanan menukar logo halal yang tidah sah atau luar negara kepada logo halal yang asli, namun masih banyak yang tidak mengendahkannya.

Loho halal ini sahaja diiktiraf di Malaysia olah JAKIM sejak 1 Januari 2012



Dari Abu Abdillah An-Nu’man bin Basyir r.a berkata: Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda :
Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat pekara-pekara yang syubhat yang tiada diketahui oleh kebanyakan manusia.
Barangsiapa yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubhat itu, maka dia telah melindungi agama dan kehormatannya dirinya. Dan barangsiapa yang tergelincir ke dalam pekara syubhat itu berarti ia tergelincir masuk ke dalam perkara haram.




Contoh logo halal yang banyak digunakan oleh premis makanan bukan Islam atau tertera pada pembungkusan makanan selain dari yang dikeluarkan JAKIM


Komen PPIM

Sebagai rakyat, kita memohon supaya pihak berkuasa membuat pemantauan yang tegas kepada semua pembungkusan makanan serta kedai2 serta restoran menjual makanan halal supaya hanya logo yang sah sahaja digunakan.









26 January 2013

Vishvaroopam - Filem Tamil Menghina Islam ?

Ini film terbaru yang menjadi isu panas sekarang.

KDN telah menggantung sementara penayangan filem Vishvaroopam yang diarahkan serta dilakonkan oleh pelakon Kamal Haasan mulai semalam. Filem ini telah menimbulkan kegelisahan kepada umat Islam di Tamil Nadu serta Singapura yang mana ia telah juga digantung sementara. Kini ia juga menimbulkan bantahan di Malaysia  yang dibuat oleh Liga Muslim Pulau Pinang.

Daripada Trailer filem ini , didapati ia menggambarkan anak-anak orang Islam telah diajar sejak kecil untuk bermain dengan senjata api yang akhirnya bila dewasa, menjadi sebahagian dari apa yang dipangil "kumpulan militan / pengganas".

Eloklah filem ini diharamkan terus kerana walaupun ia dibuat dalam bahasa Tamil serta Hindi namun ramai juga penontonnya terdiri dari orang Islam. Filem ini dipercayai cuba

memainkan sensitiviti keagamaan yang perlu dielakkan.



poster filem Vishwaroopam



salah satu aksi dalam filem ini, sebenarnya siapa "pengganas" ?








25 January 2013

Sambutan Maulidul Rasul Surau AlHijrah

Sambutan Maulidul Rasul pada tahun ini lebih meriah dengan penyertaan lebih dari 1000 orang penduduk yang sama-sama terilbat dalam perarakkan serta ceramah oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman. Acara bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 1 tengahari.

Perasmian dilakukan oleh Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan turut dhadiri oleh Pengarah Pelajaran Kuala Lumpur. Dalam majlis ini juga, Pertubuhan Masyarakat Prihatin Selangor (Masyar) memberikan sumbangan wakaf Al Quran kepada wakil 70 buah sekolah, masjid dan surau sekitar Lembah Pantai. Sebanyak 2,400 naskah AlQuran disumbangkan hari ini kepada pihak berkenaan.Setiap seorang wakil menerima 30 naskah AlQuran untuk badan yang mereka wakili.

Bagi pihak AJK surau, kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pihak yang membantu hingga selesai majlis ini samada bantuan wangringgit atau tenaga. Juga penghargaan kepada semua penduduk yang hadir bersama-sama memeriahkan program. Terimakasih juga kepada Menteri yang hadir ke majlis ini.



RNC menyampaikan sumbangan Wakaf AlQuran pada Prof Dato' Dr Kamal - Pengerusi Masjid Abd Rahman Auf, Jalan Puchong bagi pihak masjid dan surau Lembah Pantai



Hj Kairom menerima wakaf AlQuran bagi pihak Surau AlHijrah - terimakasih DRNC




Hadiah kuiz Islam pada kanak2, semuanya 18 hadiah disediakan untuk meraikan anak-anak yang hadir sejak pagi lagi



 

 

 Bunga manggar dan bunga telor
 
Kontinjen Blok D bersama sepanduk
 
ahli Badan Komuniti Blok D
 
 
 
/
 
 
Pengerusi surau, Datuk Ibrahim dan Pak Hussin
 
 
 
AlQuran yang diwakafkan oleh orangramai - RM5 seorang untuk 6 orang bagi sebuah AlQuran
 
 
 
Adik Mohd Mizan - membaca AlQuran sebelum ceramah, beliau adalah Johan Hafazan SRA Wilayah Persekutuan 2011 dan 2012


Ustaz Wan Sohor - ceramah yang menarik perhatian hadirin
 
 







Nasi bungkus untuk orang ramai - terimakasih kepada DBKL yang menaja logistik dan makanan.

;
Dato Raja merasmikan program


Jamuan makan








Semua urusetia program bergambar kenangan

;
Urusetia wanita serta ajk


Perarakkan sedang berjalan


Berzanji dan rawi sebelum perarakkan


2400 naskhah AlQuran untuk disumbangkan kepada masjid, surau dan sekolah2 Lembah Pantai


sedang berselawat

Forum Perdana Maulidul Rasul di Surau Perkim, Jln Ipoh

Ceramah Ustaz Wan Sohor di Surau AlHIjrah

Perarakkan Maulidul Rasul Meriah

'Mayat itu anak saya - William Yau'

'Mayat itu anak saya', kata ibu bapa Zhen Zhong

 
Nampaknya budak kecil ini, William tak akan ditemui selama-lamanya walaupun usaha pencarian digerakkan oleh banyak pihak tanpa mengira kaum dan agama atau politik. Mayat  beliau telah dijumpai di pelabuhan Klang semalam oleh nelayan yang baru balik dari laut.
 
Kemungkinan besar William  telah diculik dan disimpan  oleh seseorang yang berniat jahat. Malangnya kerana usaha oleh pihak Polis serta orang ramai yang pantas menyebarkan maklumat tentang kehilangan William, maka tidak mustahil pihak yang berkenaan telah mengambil jalan mudah untuk menghilangkan bukti. Namun, itu hanya andaian. Biarlah perkara ini disiasat oleh Polis.

IBU bapa William keluar dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi tujuan pengecaman di Klang, pagi tadi. gambar kecil, William Yau Zhen Zhong.
 
IBU bapa William keluar dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi tujuan pengecaman di Klang, pagi tadi. gambar kecil, William Yau Zhen Zhong.
 
 
SUBANG JAYA: Ibu bapa kepada kanak-kanak hilang, William Yau Zhen Zhong, 6, mengesahkan mayat budak kecil yang dijumpai di Pelabuhan Klang, petang semalam adalah anaknya.

Pengecaman itu dilakukan berdasarkan seluar pendek dan seluar dalam mayat terbabit sama seperti yang dipakai Zhen Zhong ketika dia dilaporkan hilang.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, dalam sidang akhbarnya sebentar tadi berkata, polis masih menunggu laporan DNA mayat terbabit sebelum mengesahkan perkara itu.

23 January 2013

Aturcara Sambutan Maulidul Rasul

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL ANJURAN SURAU ALHIJRAH DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERMUAFAKATAN MASJID DAN SURAU LEMBAH PANTAI

PERASMIAN:  MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR
TETAMU JEMPUTAN:   DATUK IBRAHIM THAMBY CHIK
                                           DATUK HASBULLAH L. ISA - PERKIM
                                           PENGARAH PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN

8.00 pagi     Penduduk berkumpul disurau

                    Berzanji / Rawi di surau
                    oleh Ustaz Mohd, Jamal, Hj Khalid, Hj Hassan, Hj Kairom

8.20  pagi    Persiapan  untuk Perarakkan

8.30 pagi     Perarakkan bermula

9.00 pagi     Berkumpul semula disurau

                   Ucapan Aluan Penganjur

                   Bacaan Doa Selamat - Ustaz Mohamad

                   Kuiz Kanak2

                   Bacaan AlQuran oleh Qari Jemputan - adik Mohd Mizan
                   Johan Hafazan Sekolah Rendah Agama Seluruh Wilayah Persekutuan

                  Ceramah Perdana Maulidul Rasul oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman

10.45         Ketibaan Pengarah Pelajaran Kuala Lumpur
                  Ketibaan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

11.00         Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
                  Ucapan Pengerusi Surau
                  Ucapan Menteri Wilayah Persekutuan
                  Penyampaian Sumbangan Waqaf AlQuran kepada 56 buah  sekolah serta surau
                  kawasan Lembah Pantai

11.30 pagi  Jamuan Makan Tengahari

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI. MAKAN TENGAHARI DISEDIAKAN.

21 January 2013

Agong Rasmi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

jakim image

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan berangkat dan merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H/2013M di Dewan Utama Masjid Putra, di sini Khamis ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, turut dijangka hadir dalam majlis itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet serta perwakilan-perwakilan negara luar.

"Majlis sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini akan membawa tema "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Othman berkata, dua acara utama akan dilaksanakan sempena sambutan itu iaitu perarakan kontinjen dan perhimpunan majlis sambutan Maulidur Rasul.

Beliau berkata, perarakan kontinjen akan disertai oleh 154 kontinjen dengan jumlah 12,973 peserta, di mana 74 merupakan kontinjen kerajaan, 30 kontinjen badan berkanun, lapan badan beruniform, 21 kontinjen swasta, empat kontinjen pertubuhan bukan kerajaan (NGO), lima kontinjen institusi pengajian tinggi (IPT) dan 12 kontinjen sekolah.

"Kontinjen akan sama-sama berarak sejauh 1.7 kilometer bermula di Persimpangan Lebuh Bestari dan Persiaran Perdana menuju ke Masjid Putra.

Acara perarakan akan dimulai dengan ucapan dan perlepasan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom jam 7.15 pagi dan dijangka berakhir jam 8 pagi.
"Menariknya perarakan pada tahun ini akan diserikan dengan pembabitan dari pasukan kontinjen dari udara, darat dan air," katanya.

Pada acara perhimpunan pula, antara yang diatur ceramah agama oleh pendakwah bebas Datuk Mohd Zawawi Yusoh serta pengurniaan anugerah.

Anugerah Perdana akan menerima wang tunai RM50,000, plak, sijil, tafsir pimpinan Ar Rahman dan satu set Tafsir Fi Zilalil Quran.

Lapan anugerah lain akan menerima wang tunai RM20,000, plak, sijil, tafsir pimpinan Ar Rahman dan satu set Tafsir Fi Zilalil Quran.

Orang ramai boleh menyaksikan siaran langsung majlis itu menerusi TV1, katanya. - BERNAMA

Pemilihan Kontinjen Perarakkan Terbaik

Pada perarakkan semasa majlis sambutan Maulidul Rasul pada tahun ini, pihak urusetia akan memilih kontinjen terbaik berdasarkan kepada

a)  sepanduk yang cantik / kreatif
b)  ahli2 pasukan yang berdisiplin
c)  cara berpakaian
d) lain-lain kriteria yang perlu
e)  kepatuhan pada arahan ketua kontinjen

Pihak juri yang terdiri dari 3 orang yang bukan dari pihak surau akan membuat pemerhatian dari mula hingga akhir perarakkan.  Keputusan kontinjen terbaik akan diumumkan selepas ceramah agama selesai.

Kami berharap Ketua2 Badan Komuniti setiap Blok dapat membuat persiapan untuk menampilkan kontinjen yang kemas untuk mewakili blok anda masing2. Sila berkumpul dihadapan surau pada jam 7.45 pagi.

Hantar Salinan Slip Peperiksaan Anda Hari Ini

PEMBERITAHUAN

SEMUA PELAJAR YANG TELAH MENGAMBIL BORANG UNTUK MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG ANJURAN BIRO PELAJARAN, UMNO LEMBAH PANTAI, SILA PULANGKAN BORANG BESERTA SALINAN SLIP PERIKSA  KEPADA SETIAUSAHA SURAU DENGAN SEGERA.

TARIKH AKHIR ADALAH HARI INI.

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG AKAN DIADAKAN

PADA 3 FEBRUARI 2013
AHAD, JAM 3.30 PETANG - PENDAFTARAN
TEMPAT: PANGGUNG EKSPERIMEN UNIVERSITI MALAYA

20 January 2013

Forum / Ceramah Perdana Sempena Maulidul Rasul

















Forum Perdana di Surau Nurul Iman
PPR Seri Cempaka
23 Januari 2013 - Rabu
Selepas solat Isyak


























Ceramah Perdana di Masjid Khadijah, Pantai Dalam
24 Januari 2013
Khamis
Lepas maghrib

SEMUA JEMAAH YANG TINGGAL BERHAMPIRAN, SILALAH HADIR BERAMAI2 MEMERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL TERSEBUT







Posted by Picasa

Kanak2 Hilang di Kawasan Putra Heights

NUR ALERT : Kanak-kanak hilang - William Yau Zhen Zhong
18/01/2013

Polis tolak kemungkinan adik William Yau diculik


19 January 2013

Habib Syekh Abdul Qadir Asseggaf - Popular Kerana Qasidah Yahanana



Teks Qasidah Yahanana.

YaHanana (Betapa Beruntungnya Kami)




Zhoharoddinul mu’ayyad bizuhurin Nabi Ahmad… 2x
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah…

Yahanana… 8x
Khusso bissab’il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma’aani maa lahu fil kholqi tsaani wa ‘alaihi anzalallah

Yahanana..
Min makkatin lamma zhohar Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor Bihi ‘alaa kullil anam

Yahanana…
Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon Sa ‘iru walhamdulillah

Yahanana…
Shollu ‘ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam Shollu ‘alaihi wasallimmu Yasy fa’ lana yaumazziham

Yahanana…


Maksudnya ...............................................
==============================

”Betapa Beruntungnya Kami“

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW), lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjadi dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengalu-alukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih, Sang bulan purnama, Berselawatlah dan sampaikan salam kepadanya, kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami.


Ta'aruf Qasidah

Maksud Qasidah ialah:
Qasidah adalah ucapan puji-pujian kepada Rasulullah s.a.w yng dibuat dalam bntuk syair,

Pendapat sahabat IluvIslam pula:

Sebenarnya saya rasa maksud "qasidah" itu dalam makna yang lebih tepat ialah "puisi". Kalau dalam bahasa inggeris "poetry". Secara kebiasaannya qasidah adalah "puisi" berbentuk luahan hati yang rindu, atau kekaguman dan puji-pujian kepada Tuhan atau seseorang. Qasidah sangat terkenal di kalangan ahli-ahli sufi sebagai satu cara mereka meluahkan rasa rindu dan kagum mereka kepada Allah, RasulNya, Para Sahabat Nabi, Wali-wali Allah dan guru-guru mereka yang Mursyid. Antara qasidah-qasidah yang terkenal ialah"Qasidah Burdah yang bertemakan Ketuhanan dan memuji junjungan Rasulullah S.A.W.", dan "Qasidah Ghausiah yang juga bertemakan Ketuhanan dan memuji Sultan Auliya' Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani" Wallhua'alam.


Biografi Habib Syekh

Nama Beliau Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf sebagai pendakwah, boleh jadi belum dikenal secara luas di masyarakat. Namun di kalangan jamaah majelis shalawat atau kegiatan Maulidan, Beliau cukup dikenal. Terutama karena tokoh yang satu ini memiliki suara yang sangat merdu.

Selain itu beliau juga mencipta sendiri lagu qashidah yang nada dan iramanya dapat diterima telinga masyarakat, baik masyarakat yang akrab dengan kegiatan majelis shalawat maupun masyarakat awam.


Dengan suara yang merdu ini, habib yang satu ini berhasil memikat kalangan muda sehingga mereka menyukai qashidah dengan syair-syair yang seluruhnya bersumber dari kitab Simthud Durar tersebut. Tidak jarang pula kemudian kalangan muda ikut bergabung dalam majelis shalawat yang sudah ada.


Sebenarnya syair-syair qashidah yang dibawakan beliau bukanlah syair puji-pujian yang baru, namun Habib Syekh berhasil membentuk dan mengemas irama pembacaan maulid Tradisional menjadi lebih indah dan menggoda telinga yang mendengarnya.


Selain itu, Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf ini juga suka berbagi dan memberi, meski dia sendiri terkadang dalam kekurangan. Bahkan ketika mengawali dakwahnya ke pelosok-pelosok, ia membawa nasi bungkus, untuk dibagi-bagikan kepada jamaah.



Perjalanan hidup Habib kelahiran Solo, Indonesia pada  20 September 1961, ini cukup berliku. Beliau pernah berjaya sebagai pedagang tapi kemudian muflis. Di saat sulit itu, Habib Syekh melakukan dakwah menggunakan kereta angin ke pelosok-pelosok untuk melaksanakan tugas dari sang guru, almarhum Habib Anis bin Alwi Alhabsyi, imam masjid Riyadh Gurawan Solo.


Pada saat itu Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf juga sering diejek sebagai orang yang tidak punya pekerjaan dan habib jadi-jadian. Namun Habib Syekh tidak pernah marah atau mendendam kepada orang yang mengejeknya. Justru sebaliknya, beliau tetap tersenyum dan memberi sesuatu kepada orang tersebut.


Terkadang Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf rutin memberikan ta’lim di Kebagusan, sedangkan dakwah rutinnya di kota Solo dan kota kota di jawa tengah.


Sumber: Majalah Kisah Islam AlKisah No.18/25 Agustus-7 September









Karnival PPR Kg Limau

18 January 2013

UPSR DAN PMR - Anugerah Cemerlang


Kepada pelajar2 PPR Pantai Ria  yang mendapat sekurang2nya keputusan seperti dibawah, sila hubungi AJK surau dengan segera. Syarat lain ialah ibu atau bapa anda mestilah pengundi berdaftar Lembah Pantai.

UPSR     4A1B dan keatas
PMR      6A1B dan keatas 

Satu majlis anugerah cemerlang akan diadakan dalam masa terdekat oleh UMNO Bahagian Lembah Pantai. Anda boleh mendaftar dengan kami atau terus mendaftar dengan mengisi borang di pejabat UMNO Bahagian di Bangsar (Pusat Khidmat Masyarakat Dato' Raja Nong Chik).

Tarikh tutup ialah 21 Januari 2013.

Anda boleh emailkan kepada saya di jamilsbc@yahoo.com.sg atau sms ke 0126663361
sertakan maklumat seperti


1.keputusan peperiksaan
2.nama penuh
3. no telefon
4. no rumah

atau datang ke surau untuk mendapatkan borang

17 January 2013

Patrick Teoh Melampau !!


Patrick Teoh

Statement menghina agama Islam oleh Patrick Teoh

Facebook Patrick Teoh Gambar Patrick Teoh Hina Islam & Quran di Facebook!!

Satu lagi penghinaan oleh orang bukan Islam / belum Islam kepada agama suci Islam. Penghinaan yang sudah sampai tahap melampau. Umat Islam patut merasa tersinggung dengan apa yang Patrick Teoh ini yang mempersoalkan  tentang kewajipan tutup aurat / solat 5 kali sehari semalam serta akhir sekali menghina kitab suci AlQuran. Siapa Patrick Teoh ?

Walaupun Patrick dah minta maaf , tetapi nasi dah menjadi bubur. Takkan begitu mudah minta maaf setelah kamu menghina agama kami dengan begitu teruk. Patrick, kami ingin bertanya kepada anda, sudah berapa tahun anda tinggal di Malaysia ? apa Agama rasmi Malaysia ? dan adakah anda tidak pernah diberitahu / ambil tahu  tentang kewajipan seorang muslim ? Saya andaikan anda tak tahu, maka janganlah menghina agama orang lain kalau anda tak tahu apa2.

Kami menyeru kepada pihak berkuasa agama untuk menyiasat statement diatas dan mengambil tindakkan sewajarnya kepada Patrick Teoh. Mungkin ada lagi orang yang akan buat kenyataan seperti itu dan kemudian senang2 minta maaf. Had kesabaran umat Islam ada hadnya !