Buraq Kenderaan Nabi SAW Semasa Peristiwa Isra' dan Mikraj
Illustrasi Pelukis Tentang Bentuk Buraq
"Buraq adalah seekor binatang yang rupanya seperti kuda. Saiznya kecil sedikit daripada kuda tapi lebih besar dari keldai"
Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj
adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai
langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah SWT telah menghiaskan aku dengan
berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa
gunung dan lain-lain." Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu
kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, Arasy, Kursi dan
syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)." Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."
Langit tidak dapat berkata apa-apa apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah SWT dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepadaMu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."
Lalu Allah SWT mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah SWT memberi wahyu kepada Jibrail pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini." Jibrail bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?" Allah SWT berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
Buraq adalah seekor binatang yang rupanya seperti kuda. Saiznya kecil sedikit daripada kuda tapi lebih besar dari keldai. Lariannya sepantas kilat. Selangkah lompatannya, sejauh mata memandang jaraknya. Buraq akan memanjangkan kaki belakangnya ketika ia mendaki manakala akan memanjangkan kaki depannya pula apabila ia menurun. Menggerak-gerakkan telinga dan kakinya adalah tabiat semulajadi buraq. Di samping rupanya yang cantik, terdapat sayap pada kedua-dua pehanya. Sayap ini adalah untuk membantu kecepatan lompatannya.
Kemudian Jibrail pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad SAW. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail terpandang pada seekor buraq yang berwarna putih sedang menangis bercucuran air matanya.
Jibrail lalu menghampirinya lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?" Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad SAW sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan sesudah itu aku menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail, "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu." Kemudian Jibrail memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad SAW. Ketika sampai di bumi, buraq yang dibawa oleh Jibrail itu menujah-nujah kakinya. Ia seolah-olah enggan ditunggangi.

Melihat demikian, malaikat Jibrail
memegangnya dan berkata: "Wahai buraq! tidak malukah engkau? Demi Allah, orang
yang akan menunggangi engkau adalah orang yang paling mulia di sisi Allah SWT".
Mendengar perkataan Jibrail itu maka bercucuranlah peluhnya. Ia kelihatan
malu-malu dan tidak lagi resah. Nabi SAW pun naik ke tempat yang tersedia di
atas badan buraq, sebagaimana dilakukan oleh nabi-nabi sebelum baginda nabi
SAW.
Setelah siap segalanya, terbanglah buraq membawa nabi Muhammad SAW memulakan Israk. Dalam perjalanan itu, Jibrail mendampingi nabi SAW di sebelah kanan baginda SAW manakala Mikail di sebelah kiri.
Wallahu'alam.

dari mana cerita ni didapati?
ReplyDeleteBagaimana cerita ini boleh di beritahu jika malaikat yangberbincang antara satu dgn lain & Tiada manusia yg terbabit utk sampaikan pd sesiapa?
ReplyDeleteBuraq adalah kendaraan Nabi Muhammad SAW, komentar juga ya ke blog saya www.goocap.com
ReplyDeleteWalaupun Buraq, peristiwa Isra Mikraj itu benar, tetapi boleh kah Tn Hj Jamil panjangkan mana datang sumber cerita senario2 yang di bawa di atas?
ReplyDelete