22 December 2014

ANUGERAH CEMERLANG UPSR / UPSRA / PT3

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG UPSR / UPSRA DAN PT3
ANJURAN SURAU ALHIJRAH PPR PANTAI RIA
TARIKH: 2 JANUARI 2015
HARI: JUMAAT
MASA: MULAI JAM 7.30 MALAM
JAMUAN RINGAN DISEDIAKAN.
PROGRAM:
1. CERAMAH MOTIVASI REMAJA MUSLIM - USTAZ ADLIN SALLEH
2. PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG
Permohonan untuk anugerah cemerlang dibuka kepada pelajar2 PPR Pantai Ria dengan syarat berikut:-
a) mendapat semua A dalam UPSR
b) mendapat semua A dalam UPSRA
c) mendapat sekurang2nya 7A dalam PT3
d) menyertakan kad hijau DBKL bersama slip peperiksaan.
kepada pelajar yang belum menghantar salinan slip peperiksaan yang berkaitan, sila hantarkan dengan segera kepada ajk surau.
Tarikh akhir menghantar salinan slip peperiksaan: 25 Disember 2014 (khamis)
Syabas kepada anda yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam kesemua peperiksaan tersebut

14 November 2014

KULIAH MAGHRIB USTAZ FADULLAH ISMAIL

MALAM INI, JUMAAT
15 NOV 2014
 
SELEPAS MAGHRIB
DI SURAU ALHIJRAH
 
SEMUA DIJMEPUT HADIR
 
- BUKU APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM-

06 November 2014

PEMBESARAN SURAU ALHIJRAH BERMULA

Jawi telah melantik syarikat Widuri Merah Enterprise untuk menjalankan kerja-kerja membesarkan ruang solat surau kita. Pembesaran surau adalah pada bahagian  kiri dan kanan surau. InsyaAllah bila siap, surau kita akan dapat memuatkan hampir 500 jemaah pada satu2 masa. Pengurus syarikat ini ialah En Hasmady Samad.

Mohon kerjasama semua jemaah supaya kerja2 berjalan lancar dan dapat disiapkan dalam tempoh yg ditetapkan.

Kerja2 akan bermula esok, Jumaat, 7 November 2014. Mungkin 3 bulan baru siap.

Forum Maal Hijrah - Masjid Khadijah

FORUM MAAL HIJRAH 
"KU TUNGGU HIJRAH MU"


DI MASJID JAMEK AL KHADIJAH PANTAI DALAM

JUMAAT
7 NOV 2014
LEPAS ISYAK


PENCERAMAH
1. US EBIT LIEW
2. SDR YATT HAMZAH


MODERATOR
US MAHADIE ISMA'ELY


SEMUA DIJEMPUT HADIR

31 October 2014

kULIAH bULANAN Ustaz Baharudin Malam Ini

KULIAH MAGHRIB

AKIDAH MUSLIMIN

USTAZ BAHARUDIN DARI SLIM RIVER PERAK

31 OKTOBER 2014
JUMAAT

SEMUA DIJEMPUT HADIR

14 October 2014

EN MOHD YUSUF DOHIT MENINGGAL DUNIA

MAKLUMAN KEMATIAN

EN YUSUF DOHIT, RUMAH C-14-12 PPR PANTAI RIA TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH SEBENTAR TADI.

JENAZAH MASIH KAT PPUM.

ALFATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM

09 October 2014

PROGRAM SOLAT HAJAT UNTUK PELAJAR

PROGRAM SOLAT HAJAT DAN CERAMAH MOTIVASI
UNTUK PELAJAR UPSRA/UPKK/PT3/SPM/STPM/STAM

HARI: JUMAAT
TARIKH: 10 OKTOBER 2014
MASA: MULAI SOLAT MAGHRIB

PENCERAMAH MOTIVASI:
USTAZ FADULLAH ISMAIL
PENGARAH AKADEMI REMAJA WILAYAH PERSEKUTUAN

SEMUA PELAJAR DAN MUSLIMIN/MUSLIMAT SERTA IBUBAPA DIJEMPUT HADIR

29 September 2014

USTAZ SYED NORHISYAM TUAN PADANG DI SURAU ALHIJRAH

TEMUI USTAZ SYED NORHISYAM DI SURAU ALHIJRAH PPR PANTAI RIA

ISNIN
29 SEPT 2014
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
TAJUK:  IBADAH KORBAN

JAMUAN RINGAN DISEDIAKAN. SEMUA DIJEMPUT HADIR.

19 September 2014

Ustaz Kazim Elias di PPR Sri Pantai


Perjuangan Subuh di Masjid Ar Rahah

Terbuka kepada semua. Jamuan makan disediakan. Daftar pada hari Jumaat, 19/9/14 jam 7 malam.

30 August 2014

KRT Blok C dan D Telah Didaftarkan

makluman kepada semua penduduk Blok C dan D PPR Pantai Ria

KRT atau Kawasan Rukun Tetangga untuk blok berkenaan telah diluluskan oleh pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional pada 14 Julai 2014. Secara otomatik, semua penghuni Blok C dan D adalah menjadi ahli KRT, tak perlu daftar.

Kita mempunyai ajk penaja untuk menguruskan pendaftaran KRT serta akan mengadakan mesyuarat agung untuk memilih AJK tetap pada

10 September 2014
Rabu jam 9.00 malam
di kawasan lapang depan Bilik Komuniti Blok C.
- jamuan ringan disediakan

Pada hari tersebut juga, kita akan adakan pendaftaran keahlian untuk SRS atau Skim Rondaaan Sukarela. 

InsyaAllah, wakil dari Pihak Jabatan Perpaduan Negara akan hadir memberi penerangan.

Kami berharap semua penduduk Blok C dan D dapat hadir beramai2 memberi sokongan . Pada mereka2 yang berkebolehan memimpin, sila tawarkan diri anda untuk menjadi salah seorang ajk KRT ini. Kami perlukan ajk2 yg amanah, bertanggungjawab serta sedia berkhidmat untuk masyarakat.

- notis dari-
Jamil Hj Omar
Pengerusi Penaja KRT Blok C & D PPR Pantai Ria

Penyertaan Ibadah Korban Masih Dibuka

Kami masih berharap akan ada lagi pendaftaran untuk mengambil bahagian dalam program ibadah korban pada tahun ini di surau alhijrah PPR Pantai Ria.

Satu bahagian hanya RM500.00. Kita jangka ibadah korban akan dilaksanakan pada hari raya haji pertama iaitu hari Ahad, 5 Oktober 2014.

Pembinaan Sek Agama di PPR Pantai Ria Bermula !

makluman

Projek pembinaan Sek Ren Agama di kawasan PPR Pantai Ria telah bermula. Anda dapat lihat 2 buah kabin pejabat telah diletakkan sebelah surau kita sejak beberapa hari lepas.

Projek ini dijangka mengambil masa 2 tahun untuk siap. Dan anak2 kita, selepas ianya siap, tak perlu lagi belajar di sekolah agama di luar kawasan.

24 August 2014

Jamuan Raya Masjid Khadijiah

Masjid Khadijiah Pantai Dalam akan mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada Ahad 24 Ogos 2014 Mulai jam 7.30 malam Ceramah oleh Ustaz Fauzi Mustapa pada jam 8 malam. Anjuran bersama 9 surau dibawah kariah Masjid Khadijiah.

15 August 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI SURAU ALHIJRAH

HARI: SABTU MASA: 7.30 MALAM TARIKH: 23 OGOS 2014 (28 SYAWAL 1435H) TENTATIF PROGRAM 7.30 MALAM SOLAT MAGHRIB CERAMAH PERDANA OLEH USTAZ HJ MOHAMAD FITRI ABDULLAH AHLI MAJLIS KEBANGSAAN PERKIM BERTAJUK: KEMBALI KEPADA FITRAH SOLAT ISYAK JAMUAN MAKAN SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

03 August 2014

YAHUDI DAN ISRAEL WAJAR DIKUTUK

Israel dan Yahudi memang wajar dikutuk oleh seluruh umat Islam. Bangsa yang asalnya tak bernegara, dihalau dari Jerman, hampir 6 juta dibunuh beramai2 oleh Hitler, merempat ke serata dunia, dan akhirnya mendarat di bumi Palestine dengan ihsan Britain, setelah mengemis dengan PBB. Setelah dapat tanah sekangkang kera ditanah Palestin, masih tak puas hati, mula merampas dan menjajah tanah Palestin pula. Hingga akhirnya, tanah Palestin pula yang tinggal sekangkang kera. Dah la tanah makin sempit, terpisah pula kepada 2 bahagian, Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Semenanjung Gaza dianggap penjara terbesar di dunia ! Dikelilingi oleh Tembok konkrit tinggi sepanjang sempadan dengan Israel. Walaupun ada laut, tetapi dikawal oleh angkatan laut Israel. Nak menangkap ikan pun perlu memohon kebenaran dengan pihak Yahudi. Siapakah yang sebenarnya perlu dilabel pengganas? Adakah orang yang mempertahankan buminya sendiri dari puak penjajah dianggap pengganas? Dan Yahudi yang sudah merampas tanah Palestin boleh pula dibenarkan menyerang Gaza tanpa belas kasihan.! Adilkah peperangan ini ? Rakyat Palestin berjuang dengan bersenjatakan pelancar roket / senjata ringan tetapi tentera pengganas Israel menggunakan jet pejuang / kereta kebal / peluru berpandu / drone dan berbagai senjata canggih lain. Namun tentera Islam Palestin berbekalkan iman dan takwa serta semangat jihad dan yakin bahawa kematian mereka kerana mempertahankan agama Allah akan dianggap syahid, kematian paling mulia disisi Allah swt. Ini berlawanan dengan tentera Israel yang berperang kerana terpaksa dan dipaksa oleh pemerintah meeka melalui kerahan tenaga. Dunia sehingga kini hanya mampu melihat , saban hari kematian dan kecederaan dipihak Palestin terus bertambah. Bahkan negara2 Arab yang berjiran pun tidak mengambil endah apa yang berlaku. Tunjukkan simpati kita kepada penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin.

27 July 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SELURUH AJK / IMAM / BILAL / SIAK SURAU ALHIJRAH PPR PANTAI RIA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA PENDUDUK / JEMAAH SURAU SERTA SAHABAT2 FB . KAMI MEMOHON AMPUN, MAAF ZAHIR DAN BATHIN JIKA SEPANJANG KAMI BERKHIDMAT SETAHUN YANG LEPAS, TERDAPAT APA2 KESALAHAN, KESILAPAN ATAU TINGKAH LAKU YANG MUNGKIN DILAKUKAN TANPA KAMI SEDARI. YANG BAIK ITU ADALAH DARI ALLAH SWT DAN YANG KURANG SEMPURNA ITU ADALAH DARI DIRI KAMI SENDIRI.

24 July 2014

Majlis Qatam AlQuran

selesai majlis qatam al quran pada hari ini, 24 julai 2014, khamis. Terima kasih pada semua yg hadir.







17 July 2014

PROGRAM QIYAMULLAIL

HARI:  AHAD
TARIKH: 20 JULAI 2014
MASA: 3.00 PAGI

SAHUR DISEDIAKAN

SEMUA DIJEMPUT HADIR

HALAQAH RAMADHAN

PUSAT PUNGUTAN ZAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN AKAN MENGADAKAN HALAQAH RAMADAN DI SURAU ALHIJRAH PADA

HARI:  AHAD
TARIKH: 20 JULAI 2014 ATAU 22 RAMADHAN 1435H
MASA: 11.00 PAGI HINGGA 1.00 TENGAHARI

AKTIVITI

1. CERAMAH USTAZAH ZAWIAH HASSAN - MANTAN KETUA PEN PENGARAH KANAN JAKIM
2. TAZKIRAH USTAZAH HIDAYAH - DARI PPZ
3. KAUNTER BERGERAK PPZ
4. KAUNTER INFORMASI BAITULMAL

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

11 July 2014

Program Qiyamullail

akan diadakan pada Ahad 13 Julai 2014 mulai jam 3.30 pagi Pimpinan: Ustaz Mohamad Hj Adam (Ketua Imam) Semuamuslimin muslimat dan keluarga dijemput hadir. Sahur disediakan.

25 June 2014

PROGRAM IHYA RAMADHAN 1435H / 2014M

PROGRAM IHYA RAMADHAN 1435H / 2014M
SURAU ALHIJRAH PPR PANTAI RIA

1. Solat Sunat Tarawikh – mulai 28 Jun 2014 - Sabtu

2. Tazkirah – setiap malam oleh Penceramah Jemputan.

3. Tadarus AlQuran – Terbuka kepada Lelaki Dewasa/Wanita/Remaja
Yang berminat sila beri nama kepada Us Norbahyah – wanita/remaja perempuan.
Bagi peserta lelaki – sila beri nama kepada Setiausaha.
Tadarus AlQuran bermula : Sabtu 28 Jun 2014 selepas solat sunat tarawikh

4. Majlis Qatam AlQuran – 26 Ramadhan 1435H atau 24 Julai 2014 (Khamis).

5. Jadual More – mengikut giliran tingkat. Sila semak giliran rumah/tingkat pada jadual more yang akan diedarkan.

6. Program Qiyamullail – pada 13 Julai 2014 dan 20 Julai 2014 - Ahad jam 4.00 pagi. Akan dibimbing oleh Ustaz Mohamad (Ketua Imam) serta Ustaz Jemputan. Makanan bersahur disediakan.

7. Tahlil Arwah – setiap malam selepas Solat Sunat tarawikh

8. Kuliah Subuh - setiap hari Sabtu dan Ahad

9. Majlis Berbuka Puasa Perdana -
13 Julai 2014 - Ahad.

Bersama-sama kita mengimarahkan surau dengan aktiviti-aktiviti diatas , yang telah dirancang dan diluluskan dalam mesyuarat AJK Surau pada 24 Jun 2014.

Pihak kami memerlukan sumbangan para jemaah untuk menampung kos mengadakan program sepanjang bulan Ramadhan. Jika anda ingin melakukan amal jariah, anda boleh menyumbang terus ke akaun surau kami, Bank Islam 14180010009650 (Surau AlHijrah). Moga Allah memberikan ganjaran pada hambanya yang bersedekah ke jalan Allah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengerusi Surau, Hj Kairom Ahmad 0132254619, Bendahari En Kahar Abdullah 0192400132 atau Setiausaha, Jamil Hj Omar 0126663361.

SURAU KITA TANGGUNGJAWAB KITA

JADUAL GILIRAN IMAM DAN BILAL SOLAT SUNAT TARAWIKH


JADUAL GILIRAN MORE


18 June 2014

Bilal, siak bakal dihantar tunaikan haji

 

PUTRAJAYA - Bilal dan siak yang masih belum menunaikan haji berpeluang berbuat demikian apabila kerajaan bersedia menghantar mereka ke Tanah Suci selepas semua imam selesai melaksanakan rukun Islam kelima menerusi Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan One Malaysia Development Berhad (1MDB) 2014/1435H.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia bagi memberi peluang kepada golongan tersebut menunaikan haji secara percuma di atas khidmat yang diberikan kepada masyarakat.
"Kita bersyukur kerana dapat meneruskan program ini sejak 2011 dengan menghantar sebanyak 2,311 jemaah dan pada tahun ini kita bakal menghantar 1,000 jemaah ke Tanah Suci.

"Rombongan kali ini turut menghantar dua Tok Batin yang mewakili masyarakat Orang Asli dan lapan guru pondok mewakili institusi pondok," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Progran Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1MDB 2014/1445H di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hassan Malek dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - KOSMO!

25 May 2014

SENTIASALAH BERSIKAP JUJUR

SENTIASALAH BERSIKAP JUJUR

Dari 'Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Hendaklah kamu selalu berlaku jujur. Kerana berlaku jujur membimbing kepada kebajikan, dan kebajikan membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa berlaku jujur dan berusaha mempertahankan/mencari kejujuran, maka dia dicatat Allah sebagai "Sadiq" (orang yang jujur). Dan hindarilah olehmu dusta, kerana sesungguhnya dusta itu membimbing kepada kejahatan, dan kejahatan membawa ke neraka. Seseorang yang sentiasa berdusta dan mempertahankan kedustaan, maka dia dicatat Allah Taala sebagai "Kadzdzab" (si Pendusta atau si Pembohong)."

Hadis Sahih Muslim

Wallahualam

23 May 2014

PASAR HARI JUMAAT DI SYURGA

Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.”

22 May 2014

KULIAH BULANAN USTAZAH ZAWIAH HASSAN

KULIAH BULANAN - MUSLIMAH

USTAZAH ZAWIAH HASSAN
MANTAN PEN PENGARAH KANAN JAKIM / PENDAKWAH BEBAS / MURSYIDAH USTAZAH PILIHAN ASTRO

AHAD - 25 MEI 2014
MASA: 11.15 PAGI
DI SURAU ALHIJRAH PPR PANTAI RIA

SEMUA MUSLIMAH DIJEMPUT HADIR

21 May 2014

CARI REZEKI YANG HALAL DAN MENABUNG

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”

[Riwayat Ibn an-Najjar]

19 May 2014

UAE Hadiah Masjid di Bandar Malaysia, Sg Besi

NAJIB Tun Razak bersama Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan mendengar penerangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd. Hazem Abd. Rahman ketika melihat replika masjid di Istana Mushrif (Istana Presiden) di Abu Dhabi, semalam. - BERNAMA
 
ABU DHABI 18 Mei - Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan membina sebuah kompleks masjid di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur sebagai satu hadiah terhadap hubungan akrab yang sedia terjalin antara Malaysia dengan negara itu.

Perkara itu direalisasikan menerusi satu perjanjian yang dimeterai di Istana Mushrif di sini hari ini antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan Pihak Berkuasa Hal Ehwal Islam dan Wakaf UAE, Awqaf sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara ini.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB tiba di sini atas jemputan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan yang juga Timbalan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera UAE.

Kedua-dua pemimpin itu turut menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian tersebut. Pada majlis tersebut, IMDB diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Hazem Abd. Rahman manakala Awkaf oleh Pengerusinya, Dr. Hamdan Musallam Al Mazrouei.

Dalam kenyataan di sini, 1MDB selaku pemaju induk Bandar Malaysia memberitahu, pihaknya bakal menyediakan tapak untuk masjid tersebut manakala Awqaf terlibat dalam reka bentuk dan pembinaan masjid.

Katanya, reka bentuk masjid berkenaan diilhamkan dari Masjid Besar Sheikh Zayed di sini termasuk melibatkan pembinaan pusat pembelajaran Islam berasaskan teknologi dan pusat pendidikan Permata bagi kanak-kanak yang berbakat.

Kenyataan itu turut memetik Perdana Menteri sebagai berkata: "Hadiah ini amat memberi inspirasi kerana Masjid Besar Sheikh Zayed menggalakkan konsep toleransi, kasih sayang dan persefahaman ke arah interaksi yang positif.

"Ini merupakan bukti hubungan kukuh yang telah sedia terjalin di antara Malaysia dan Abu Dhabi dan akan mengeratkan lagi hubungan rakyat kedua-dua negara," ujarnya.

Sementara itu, Hamdan Musallam berkata, kerjasama itu akan mengukuhkan lagi misi mereka mempromosikan konsep toleransi dan kesedaran terhadap kesederhanaan ajaran Islam menerusi pembinaan masjid dan pusat pendidikan.

"Adalah menjadi hasrat kami untuk bekerjasama dengan 1MDB bagi mewujudkan pusat yang dapat menyediakan keperluan masyarakat," katanya.

Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Masjid Besar Sheikh Zayed dibangunkan daripada nilai-nilai kebudayaan dan kebangsaan yang telah dipelihara dan dipupuk oleh Almarhum Sheikh Zayed Sultan Al
Nahyan yang menekankan sikap saling hormat-menghormati, toleransi dan keharmonian dalam kalangan rakyat.

Bandar Malaysia terletak tiga kilometer dari Tun Razak Exchange (TRX) dan melibatkan pembangunan semula lapangan terbang lama Sungai Besi yang merupakan pembangunan bercampur yang bakal menggalakkan pendekatan kesesuaian didiami sebagai ciri-ciri urban tersendiri bagi Greater KL.

Dibina di atas tanas seluas 198 hektar, Bandar Malaysia akan mengetengahkan prasarana hijau, perumahan mapan dan pelbagai kemudahan perniagaan serta gaya hidup. -

16 May 2014

SELAMAT HARI GURU

16 MEI 2014 - JUMAAT

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU DAN WARGA PENDIDIK SELURUH MALAYSIA.

PROFESION GURU ANTARA KERJAYA YANG SANGAT MULIA. TANPA JASA GURU, SIAPAKAH KITA PADA HARI INI ? BUDI DAN BAKTI ANDA SEMUA MENDIDIK ANAK BANGSA AKAN DIKENANG HINGGA KE AKHIR HAYAT. TERIMA KASIH CIKGU DAN SELAMAT HARI GURU.

Sajak - Guru Oh Guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
 Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
 Jika hari ini seorang ulama yang mulia
 Jika hari ini seorang peguam menang bicara
 Jika hari ini seorang penulis terkemuka
 Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
 Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
 Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sasterawan Negara Usman Awang
 1979

11 May 2014

Ustaz Helmey Yahya - Ahad, 11 Mei 2014

Malam ini ialah Kuliah Maghrib Ustaz Helmey  Yahya
membawakan Kitab Ihya Ulumiddin
 
Semua dijemput hadir

07 May 2014

Jangan Mencari Aib Orang

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:

Bahwa Rasulullah saw. bersabda:
 
"Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara"

03 May 2014

KULIAH HARI AHAD - 4 MEI 2014

KULIAH SUBUH
USTAZ ADLIN SALLEH
- PENSYARAH UNISEL
KULIAH UMUM
 
 
KULIAH MAGHRIB
USTAZ HELMEY YAHYA
KITAB IHYA ULUMIDDIN
 
TEMPAT: SURAU ALHIJRAH PPR PANTAI RIA
 
SEMUA DIJEMPUT HADIR

29 April 2014

kuliah bulanan ustaz baharudin

hari:  rabu
masa:  selepas solat maghrib
tempat: di surau alhijrah
Tajuk: Akidah

Semua dijemput hadir.

24 April 2014

Keputusan Matrikulasi Sudah Keluar

KEPUTUSAN PENEMPATAN CALON
PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2014/2015


  • Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
    • Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS :
    • Taipkan MOEMATNO. KP dan hantarkan ke 15888
    • Contoh : MOE MAT 920605051542

Sayangilah Anak Anda

Banyak hadis-hadis nabi yang membicarakan tentang dunia anak-anak yang sarat dengan curahan cinta dan kasih sayang. Kedua perasaan suci ini sentiasa mewarnai hati Rasulullah s.a.w dan tidak henti-henti beliau berpesan kepada umatnya agar mereka bersikap lembut dan penuh kasih sayang terhadap anak-anak.

Kita sering mendengar ibu bapa mengeluh tentang anak yang nakal, degil dan tidak mendengar kata. Sehingga terkeluar kata-kata seperti "memang dasar anak degil'' daripada mulut ibu bapa sendiri. Mereka sebenarnya tidak sedar bahawa kedegilan anak-anak itu adalah berpunca daripada salah asuhan mereka sendiri.

Persoalannya sekarang kepada siapa kita harus belajar mendidik anak. Al-Quran dan hadis menawarkan pelbagai metode sebagai panduan yang harus dilaksanakan oleh para pendidik. Rasulullah s.a.w adalah contoh yang tepat untuk diikuti di mana segala perbuatannya mendidik anak merupakan manifestasi daripada pesan-pesan luhur al-Quran.

Kegelisahan Rasulullah s.a.w dalam mendidik anak dapat dilihat bagaimana kemasygulan Rasulullah s.a.w ketika mendengar pengakuan seorang sahabat bahawa mereka tidak pernah mencium anak-anak mereka. Walhal perbuatan itu adalah sangat penting untuk perkembangan mental yang sihat. Sudahkah kita mencium anak-anak kita hari ini?

Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Siapa yang tidak mengasihi (orang lain) maka dia tidak akan dikasihi. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kehadiran anak-anak dalam sebuah rumah tangga sepatutnya menjadi penyejuk hati dan penenang jiwa. Ini sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud:
..... Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan anak-anak kami sebagai penyenang hati ....

Luqman Hakim, seorang yang saleh, sangat menyedari tanggungjawab itu. Al-Quran telah menjadikannya sebagai teladan tentang orang tua yang baik dan bijak. Tak kurang, al-Quran merakam nasihatnya kepada anaknya. Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya syirik itu perbuatan zalim yang besar, katanya. Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (orang lain) mengerjakan yang baik, dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan mungkar, dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.

Begitulah seharusnya orang tua senantiasa mengarahkan anaknya, terus-menerus. Ia mesti mengamati segala perkembangan anaknya dan mengingatkannya di mana perlu. Sebuah komunikasi yang baik seharusnya berlangsung antara orang tua dan anaknya Ñ dan itu selayaknya dilangsungkan dengan rasa kasih sayang. Kata-kata Luqman yang dimulai dengan panggilan "wahai anakku'' menyiratkan kemesraan hubungan dan kedekatan hati. Solat sebagai bekal dan nilai-nilai amar makruf nahi mungkar semakin relevan kini buat anak-anak kerana sisi kemanusiaan semakin terhakis dan mereka bakal menghadapi situasi berbeza di dunia yang kian cepat berubah.

Begitu besarnya amanat dan nilai yang terdapat dalam diri seorang anak sehingga ia boleh menjadi penghalang orang tuanya daripada seksaan api neraka. Kisah Aisyah isteri Rasulullah s.a.w yang pernah didatangi seorang perempuan miskin yang membawa dua anak perempuannya. Ummul Mukminin ini mengisahkan Aku memberinya dua biji kurma. Kemudian ia memberikan kurma itu kepada kedua anaknya, dan selebihnya ia berniat untuk memakannya. Namun kedua-dua anaknya berusaha merebut sehingga kurma itu pun jatuh daripada tangannya. Akhirnya perempuan miskin itu tidak jadi makan satu biji kurma pun.

Saudara yang dimuliakan, lantaran peristiwa yang mendalam pada diri Aisyah lalu ia menceritakan kepada Rasulullah s.a.w baginda kemudian bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa yang mendapat ujian atau menderita kerana mengurus anak-anaknya, kemudian ia memperlakukan mereka secara baik, maka anak-anaknya itu akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. Ñ (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


 - MOHD SHAUKI ABD. MAJID, Penolong Pengarah Yadim.

22 April 2014

Laut Menurut AlQuran

Petikan dari Sinar Harian

SEJAK kehilangan dan misteri pesawat MH370 yang dinyatakan berakhir di selatan Lautan Hindi, para penyelidik antarabangsa menumpukan perhatian ke lokasi koridor tersebut.

Berikut kita merungkaikan mengenai tragedi itu menurut perspektif al-Quran serta kajian saintis berkenaan dengan misteri dan hakikat laut serta pendapat para ulama Islam.

Informasi terkini dalam ilmu kelautan: Satu, laut terbahagi dua bahagian besar iaitu permukaan yang tercampur dengan energi dan sinar matahari; dan laut dalam di mana energi dan sinar matahari tidak lenyap. Dua, laut permukaan dan laut dalam berbeza dari segi suhu, massa, tekanan dan tingkatan cahaya matahari serta biota-biota yang hidup di dalamnya. Kedua-dua laut ini dipisahkan dengan gelombang dalam.

Tiga, gelombang dalam (internal wave) menutupi laut dalam dan merupakan garis pemisah antara laut dalam dan laut permukaan.

Sebagaimana arus permukaan itu menutupi permukaan laut dan menjadi pemisah antara air dan udara. Gelombang dalam ini tidak ditemukan kecuali pada tahun 1904. Panjang gelombang dalam berkisar antara puluhan hingga ratusan kilometer.
Sedangkan tinggi gelombang dalam berkisar antara 10 hingga 100 meter.

Empat, kegelapan di lautan dalam semakin bertambah seiring kedalaman lautan hingga didominasi kegelapan pekat yang dimulai dari kedalaman + 200 meter.

Pada kedalaman ini dimulai penurunan suhu yang memisahkan antara air permukaan yang hangat dan air kedalaman yang dingin. Selain itu, pada kedalaman ini terdapat gelombang dalam yang menutupi air dingin di kedalaman lautan. Lalu cahaya tidak ada sama sekali pada kedalaman + 1,000 meter.

Alat paling sederhana untuk mengukur kedalaman tembusan cahaya di perairan samudera adalah The Secchi Disk. Kemudian alat pengukuran cahaya mengalami perkembangan dengan menggunakan sel-sel elektrolight pada tahun 30-an, seterusnya setelah manusia berjaya mencipta alat yang memungkinkan mereka untuk menyelam hingga kedalaman, bahkan ke dasar laut.

Kegelapan pekat yang dimulai dari 50 hingga 1,000 meter terjadi akibat berlapis-lapisnya kegelapan, dan ini timbul kerana dua sebab utama.

Pertama, kegelapan kedalaman. Cahaya matahari terdiri dari tujuh warna (merah, jingga, kuning, hijau, nila dan ultraviolet serta biru). Masing-masing warna memiliki panjang gelombang tersendiri. Kemampuan cahaya untuk menembus air tergantung pada panjang gelombangnya. Semakin pendek gelombang cahaya, maka semakin besar kekuatannya untuk menembus air.

Kerana itu, cahaya warna merah akan terserap pada kedalaman + 20 meter, dan setelah itu keberadaannya tersembunyi. Dari sinilah muncul kegelapan warna merah.

Hakikat dan misteri laut ini sejak sekian lama telah digambarkan oleh al-Quran. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud : “Atau seperti gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan, gelap-gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, dan barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh ALLAH, tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.” (An-Nuur : 40).

Al-Quran memastikan keberadaan beberapa kegelapan di lautan yang dalam. Al-Quran menjelaskan dengan kata ‘lujjiyyin’ (sangat dalam) agar pembaca tahu bahawa kegelapan-kegelapan tersebut tidak ada kecuali di laut yang dalam. Ahli bahasa dan mufassirin menjelaskan kata tersebut. Qatadah dan penulis tafsir Al-Jalalain mengatakan bahawa kata lujjiyyin bererti ‘dalam’.

Az-Zamakhasyari mengatakan ertinya adalah dalam lagi banyak airnya. At-Tabari mengatakan: “Kata laut disifatkan dengan kata ‘lujjiyyin’ yang bererti dalam dan banyak air.

Sementara al-Busyiri mengatakan bahawa maksudnya adalah laut yang tidak diketahui dasarnya. Kata tersebut terambil daripada kata ‘lujjah’ yang bererti banyak air. Kata ‘iltajja’ al-bahru bererti laut itu saling berhentaman ombak-ombaknya.

Al-Quran menetapkan peranan ketiga tabir dalam membentuk kegelapan-kegelapan di laut yang dalam, dan bahawa kegelapan tersebut bertindih-tindih. Ayat tersebut juga mengandungi penjelasan tentang tujuh kegelapan di kedalaman pada bahagian awal, dan tiga kegelapan tabir di bahagian akhir. Wallahu’alam.

21 April 2014

WAJIB PENUHI UNDANGAN KENDURI/JAMUAN

HADIS NABI

Dari Abu Hurairah r.a.,: katanya

“Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Apabila seseorang di antara engkau semua diundang – untuk menghadiri sesuatu jamuan makan, maka hendaklah mengkabulkan undangan itu. Jikalau ia berpuasa, maka hendaklah ia berdoa sesuatu yang baik untuk keluarga yang mengundang itu – dan jikalau ia berbuka – yakni tidak berpuasa, maka hendaklah makan. – (Riwayat Muslim)

19 April 2014

Ombak Rindu Versi Taubat

3 Simpulan Masa Manusia Tidur

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Waktu seseorang sedang tidur, syaitan membuat tiga buah simpul di kepalanya. Untuk setiap simpul ia (syaitan) mengatakan, ‘Tidurlah engkau sepanjang malam’.

Ketika terbangun, lalu dia (orang yang tidur) menyebut nama Allah, maka lepaslah satu simpul. Jika berwudhu’, lepas pulalah satu simpul. Dan jika dia solat terbukalah seluruh simpul.

Maka waktu bangun pagi ia akan merasa penuh semangat dengan badan yang segar bugar. Jika tidak, dia akan bangun pagi dengan perasaan serba tak enak dan malas.”

16 April 2014

USTAZ YASSIR SALLEH MALAM INI

KULIAH MAGHRIB
OLEH USTAZ YASSIR SALLEH

MALAM INI
RABU
16 APRIL 2014
DI SURAU ALHIJRAH

SEMUA DIJEMPUT HADIR

11 April 2014

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk PPR Pantai Ria

Hari:    Ahad
Tarikh:   13 April 2014
Masa:  9.00 pagi
Tempat:  Dataran PPR Pantai Ria

Semua penduduk PPR Pantai Ria dijemput hadir beramai-ramai untuk memilih ajk baru sesi 2014 hingga 2016.

Mohon pilihlah calon yang berwibawa, berkebolehan, sahsiah yang baik  serta mempunyai latarbelakang yang baik.

06 April 2014

Majlis Anugerah Cemerlang SPM/STPM Surau AlHijrah

antara anak-anak yang hadir

Hj Kairom dan Datuk Hasbullah

Jeff Hazimin  menyampaikan "tazkirah" bertajuk "menjadi manusia hebat"

Datuk Hasbullah dari Perkim Kebangsaan berucap

kanak-kanak yang hadir

penerima anugerah cemerlang

STPM 3A1B

STPM 1A3B

SPM 7A

SP7A

SPM 9A - paling cemerlang untuk tahun ini


acara menjamu selera

Hj Kairom, Jeff Hazimin, Datuk Hasbullah dan admin

31 March 2014

30 March 2014

Penerima Hadiah Cemerlang SPM/STPM 2013

STPM 

1. Nurfarhana bt Senen              3A 1B          Rumah C-6-16
2. Azreen Azlina bt Razali        1A 3B          Rumah D-14-10

SPM

1. Nadia Asyikin bt Muhamad Rabuan   9A              Rumah C-5-10
2. Fatin Hafizah bt Amran                      7A              Rumah  A-5-19
3. Siti Nuraini bt Aziz                             7A              Rumah  C-4-12

Ini satu cabaran bagi pelajar lelaki kerana semua yang menerima hadiah ialah perempuan. Mungkin tahun depan akan ada wakil lelaki. Jika ada nama yang tiada disini walaupun mendapat keputusan yang pihak kami kehendaki, sila maklumkan pada kami dengan segera.

Pastikan anda semua hadir dalam majlis pada 3 April ini.

Majlis Anugerah Cemerlang SPM/STPM

Semua muslimin muslimat serta ahli keluarga dijemput untuk hadir ke majlis tersebut pada:-

Hari:     Khamis
Tarikh:  3 April 2014
Masa:    Mulai solat maghrib

aturcara:

7.24 malam   Solat Maghrib
                      Ceramah Motivasi
                      -  Sdr Jeff Hazimin Jaafar
                      Pakar Motivasi / Penerbit / Hos TV

                     Solat Isyak
                     Penyampaian Hadiah Anugerah Cemerlang
                     Jamuan Ringan

Jemputan khas: Datuk Hasbullah L. Isa
Pen Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Kebangsaan

26 March 2014

Hari Usahawan Sek Keb Bangsar - 5 April 2014

 
poster hari Usahawan


aktiviti berkuda

sek keb bangsar, Jalan Pantai Bharu, Kuala Lumpur
 
SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI. DATANGLAH BERSAMA KELUARGA. BANTU PIBG  MENAMBAH DANA UNTUK KEBAJIKAN PELAJAR2 SERTA KECERIAAN SEKOLAH
 

20 March 2014

Kem Smart Solat di Masjid Ar Rahah

 
Masjid Ar Rahah, Kerinchi (Belakang Bangsar South)

19 March 2014

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SPM/STPM 2013

ANJURAN SURAU ALHIJRAH

SYARAT2.

 1. SPM: sekurang2nya 6A dan keatas
2. STPM: sekurang2nya 4B dan keatas
3. Pelajar Islam sahaja.
4. Ibubapa adalah penduduk PPR Pantai Ria
5. Tarikh majlis anugerah akan dimaklumkan kemudian.
6. Hantar salinan slip SPM/STPM dengan segera....


Tarikh tutup: 26 Mac 2014
Harap maklum.

Etnik Uighur Menderita di China

Etnik Uighur, di wilayah Xinjiang China sudah lama menderita dibawah pemerintahan China. Seramai 9 juta orang Uighur kebanyakkannya beragama islam. Kerajaan China mengamal dasar menindas kaum Uighur terutama dari segi amalan beragama islam. Ramai yang dipenjarakan kerana memberontak terhadap kerajaan China.

Kerajaan China bimbang pengaruh Islam akan menyebabkan kaum Uighur bangkit menentang pemerintah China. Dasar yang diambil ialah menambah bilangan penduduk etnik Han untuk mengimbangi bilangan penduduk etnik Uighur. Disamping itu penindasan dan penderaan terhadap etnik Uighur sentiasa berlaku menyebabkan sebahagian terpaksa melarikan diri hingga ke Thailand.

Etnik Uighhur


Dasar penentangan kerajaan China kepada amalan Islam 

 

Kaum wanita Uighur turut tertekan

Gerakkan membebaskan Uighur dari cengkaman China

Salah satu Masjid di Xinjiang

17 March 2014

Pemandu maut, dua parah bas terjunam ke dalam gaung

Kemalangan bas ekspres di Gua Tempurung

KAMPAR: Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres Konsortium di Kilometer 301.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Gua Tempurung dekat Kampar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 petang Isnin, bas tersebut dipercayai terjunam ke dalam gaung sedalam 30 kaki.

Mangsa yang maut adalah pemandu bas ekspres, Hasmil Arshad, 43 dari Indonesia yang berstatus penduduk tetap manakala dua mangsa yang cedera adalah penumpang masing-masing seorang lelaki, Mong Ming Chai, 48 dan seorang wanita yang dikenali sebagai Farahzela, 26.

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk mendapatkan rawatan susulan.

Ketika kejadian, bas tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

Siasatan awal polis mendapati pemandu bas tersebut hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah lagi kenderaan.

Polis difahamkan, ketika kejadian, hanya tiga orang berada di dalam bas tersebut.

bas kemalangan