Bagaimanapun, Bonus Haji itu hanya diagihkan kepada 7.7 juta pendeposit yang belum menunaikan haji dan kesemua bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pada 3 Februari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, TH memperuntukkan RM2.6 bilion bagi membayar bonus itu dengan RM2.4 bilion untuk bonus tahunan dan RM223 juta bagi Bonus Haji.
"Kadar bonus yang diberikan itu adalah kompetitif memandangkan pelaburan TH hanya terhad kepada pelaburan yang berlandaskan syariah.
"Malah, bonus tahunan ini adalah lebih tinggi berbanding kadar pulangan akaun deposit tetap perbankan Islam dan konvensional tempatan," katanya dalam sidang akhbar pengumuman bonus itu di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail.
Tahun lalu, TH melakukan agihan bonus sebanyak lapan peratus iaitu yang tertinggi dalam sejarah 50 tahun penubuhannya.
Jumlah bayaran keseluruhan bonus bagi 2013 itu turut mengatasi jumlah tahun 2012, iaitu sebanyak RM2.4 bilion.
Sementara itu, Ismee berkata, dana pendeposit TH juga telah meningkat kepada RM43 bilion daripada RM38 bilion pada setahun yang lalu.
Dalam pada itu katanya, tujuan TH memberikan Bonus Haji dua peratus adalah untuk membantu pengembangan simpanan pendeposit yang belum mengerjakan haji, memandangkan kos haji yang semakin meningkat.
No comments:
Post a Comment