09 June 2011

Gerhana Bulan 16 Jun Ini -Khamis





Fenomena gerhana bulan separa 16 Jun

Rakyat negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan separa selama kira-kira enam jam bermula pukul 1.25 pagi pada 16 Jun ini.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fenomena yang biasanya berlaku ketika fasa bulan penuh itu disebabkan bulan melintasi bayang bumi.

"Fenomena gerhana tersebut pada 16 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra (P1) pada pukul 1.25 pagi.

"Bagaimanapun semasa fasa ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap," menurut kenyataan agensi itu di sini hari ini.

Menurut Angkasa lagi, gerhana akan jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) bermula pukul 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum pada 4.13 pagi.

Katanya, bulan akan keluar dari bayang umbra bumi (U4) pada pukul 6.02 pagi.

"Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 7.01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap," tambahnya.

Sempena fenomena itu, Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan aktiviti khas bagi membolehkan orang ramai menyaksikan gerhana bulan separa menerusi beberapa teleskop yang disediakan di pekarangan masjid berkenaan.

"Turut diadakan solat sunat gerhana secara berjemaah di Masjid Negara pada pukul 3 pagi," tambah kenyataan itu.

Untuk keterangan lanjut berhubung program tersebut, orang ramai boleh melayari laman web www.angkasa.gov.my atau menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734301/4303/5484.


Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا

”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)

Sembahyang Gerhana Matahari dan Bulan

Al-Kusuf (gerhana matahari) pada bahasa digunakan ketika cahaya matahari atau bulan terlindung sama ada sebahagiannya atau kesemuanya. Kebiasaannya, al-kusuf digunakan bagi gerhana bulan. Hukumnya pula ialah sunnah mu’akkadah. Jika sembahyang gerhana itu adalah untuk matahari, maka bacaan hendaklah diperlahankan, manakala jika gerhana bulan, bacaan hendaklah dinyaring dan dikuatkan.

Sembahyang gerhana mempunyai dua cara:

1. Dilakukan pada setiap raka‘at dengan dua kali berdiri, dua kali membaca (Al-Fatihah dan ayat) serta dua kali ruku‘ tanpa memanjangkannya (berdiri, membaca dan ruku‘, kemudian berdiri membaca dan ruku‘). Dan sah sembahyang gerhana jika didirikan dua raka‘at dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku‘ seperti sembahyang Juma‘at.

2. Dilakukan pada setiap raka‘at dengan dua kali berdiri. Pada setiap kali berdiri dibaca bacaan yang panjang. Dibaca selepas Al-Fatihah, Surah Al- Baqarah atau surah-surah lain yang sama panjangnya pada berdiri kali pertama di raka‘at pertama. Untuk berdiri kali kedua pada raka‘at pertama, dibaca ayat yang menyamai 200 ayat. Manakala bacaan ketika berdiri kali pertama pada raka‘at kedua ialah sekadar 150 ayat. Dan bacaan ketika berdiri kali kedua pada raka‘at kedua ialah bacaan yang menyamai 100 ayat Surah Al-Baqarah.

Kemudian apabila ruku‘, maka dipanjangkannya sehingga menyamai lebih kurang dengan 100 ayat, ruku‘ kedua dipanjangkan sekadar 80 ayat, ruku‘ ketiga sekadar 70 ayat dan ruku‘ keempat sekadar 50 ayat. Cara yang kedua ini adalah yang lebih sempurna. Apabila sembahyang telah selesai, imam bangun berkhutbah dengan dua khutbah, sama seperti khutbah Juma‘at, cuma imam hendaklah mendorong orang ramai supaya bertaubat, melakukan kebaikan serta memberi ingatan agar tidak lalai.

Sumber : http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/pembahagian2.htm

07 June 2011

Surau dan Sekolah Rendah Agama Baru di Pantai Ria


Raja Nong Chik sedang berucap di Majlis Lawatan Timbalan PM
ke Lembah Pantai


Tapak Cadangan Surau Baru - Pandangan dari Tingkat 17 Blok D (sebelah Stesen Komuter Pantai Dalam)

Menteri WP, Dato' Raja Nong Chik, pada hari Ahad lepas , di Pusat Komuniti Lembah Pantai, telah mengumumkan bahawa sebuah surau baru akan dibina di PPR Pantai Ria untuk menggantikan surau sedia ada yang terletak dibawah bangunan Blok C. Surau tersebut akan dibina dikawasan lapang bersebelahan Blok D.

Alhamdulillah, akhirnya hajat dan impian penduduk2 islam PPR Pantai Ria untuk mempunyai sebuah surau yang lebih luas dan selesa akhirnya tercapai jua.

Bukan sahaja surau baru, sebuah sekolah rendah agama juga akan dibina bersebelahan dengan surau baru tersebut.

Difahamkan, majlis pecah tanah projek tersebut akan diadakan dalam tempoh terdekat ini. Terimakasih kepada pihak kerajaan yang prihatin dengan kehendak rakyat.

04 June 2011

Lawatan Timbalan PM Ke Lembah Pantai


Pusat Komuniti Lembah Pantai


Pusat Komuniti Lembah Pantai


Tan Sri Muhyidin Yasin

Semua penduduk dijemput ke perkarangan Pusat Komuniti Lembah Pantai, Kerinchi untuk menyambut lawatan Timbalan Perdana Menteri pada hari Ahad, 5 Jun 2011 pada jam 4.00 petang. Pada majlis itu juga difahamkan, Tan Sri Muhyidin Yassin akan memberikan sumbangan kepada surau2 dan masjid2 seluruh Lembah Pantai. Majlis ini dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan Masjid dan Surau Lembah pantai yang dipengerusikan oleh Datuk Rahim Tambhy Chik.

01 June 2011

Akhirnya Salleh Yaacob Cukupkan Kuota !


Salleh dengan ke tiga-tiga isterinya yang sedia ada




Bersama Emi, isteri ke 4

Islam membenarkan umatnya berkahwin sehingga 4 tetapi jika tidak mampu, seorang pun cukuplah. Orang yang berkahwin mendapat 70 kelebihan amal ibadatnya berbanding orang bujang, apatah lagi jika berkahwin 4, maka kelebihannya adalah 280 kali ! Ini kata Ustaz.

Seperti kata Allahyarham P Ramlee. satu tu biasa, 2 kadang2, 3 jarang2, 4 mungkin susah nak dengar. Jadi kita tabik pada Salleh Yakob yang membuat sesuatu yang orang lain tak mampu nak buat, dan orang yang boleh penuhkan kuota memang orang yang hebat ! Tidak diketahui apakah ilmu yang dipakai, tapi kata Salleh, orang yang mencari dia, bukan dia yang mencari orang !

Gambar2 pernikahan Salleh dengan isteri ke 4, umur 25 tahun, Salleh 50 tahun