05 June 2013

Adik-adikku Akhir Malam Ini

Berikan sokongan kepada adik-adik kita yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan realiti adik-adikku peringkat akhir. Berlangsung di PICC malam ini, ia boleh diikuti melalui TV1 secara langsung. Berkonsepkan Islam, rancangan2 seperti ini yang patut digalakkan oleh pemimpin masyarakat.
 
04 June 2013

5000 Touch & Go Percuma di KL Sentral !

5,000 Kad Touch 'N' Go Percuma Sempena Hari Bersama Pelanggan KWP 2013
        
KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,000 kad Touch 'n Go percuma ditawarkan sempena Hari Bersama Pelanggan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan agensi 2013 bermula 7 hingga 9 Jun ini.

Ketua Setiausaha KWP, Datuk Adnan Md Ihksan berkata, pengunjung bertuah boleh mendapatkan kad berkenaan di kaunter KWP dengan mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan KWP sepanjang program tersebut berlangsung di Ruang Legar Aras 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur.

"Pihak Touch 'n Go merupakan 'main partners' (rakan utama) program ini danturut sama menjayakan Customer Rewards Program khususnya kepada warga WilayahPersekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Adnan berkata, program yang bermula dari 9 pagi hingga 9 malam itu akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, Pejabat Pengarah Tanah Galian Wilayah Persekutuan, Alam Flora, Touch 'n Go dan lain-lain.

"Ia memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan perkhidmatan kementerian dan agensi secara telus tanpa perlu ke pejabat seperti pembayaran dan diskaun cukai walaupun selepas waktu bekerja dan hujung minggu," katanya.

Sementara itu, katanya turut akan diadakan pertandingan mewarna bendera Wilayah Persekutuan pada 7 Jun (Jumaat) dari jam 3 hingga 5 petang membabitkan 1,500 kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun.

Hadiah wang tunai dan cenderamata menarik menanti peserta dan perkhidmatan komuter percuma dari stesen Petaling, Pantai Dalam dan Angkasapuri ke KL Sentral disediakan untuk kanak-kanak yang mahu menyertai pertandingan itu. - BERNAMA

03 June 2013

Apakah Buraq Yang Sebenar ?

Buraq Kenderaan Nabi SAW Semasa Peristiwa Isra' dan Mikraj

Illustrasi Pelukis Tentang Bentuk Buraq
 
"Buraq adalah seekor binatang yang rupanya seperti kuda. Saiznya kecil sedikit daripada kuda tapi lebih besar dari keldai"
Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah SWT telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain." Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, Arasy, Kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)." Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah SWT dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepadaMu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah SWT mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah SWT memberi wahyu kepada Jibrail pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini." Jibrail bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?" Allah SWT berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."

Buraq adalah seekor binatang yang rupanya seperti kuda. Saiznya kecil sedikit daripada kuda tapi lebih besar dari keldai. Lariannya sepantas kilat. Selangkah lompatannya, sejauh mata memandang jaraknya. Buraq akan memanjangkan kaki belakangnya ketika ia mendaki manakala akan memanjangkan kaki depannya pula apabila ia menurun. Menggerak-gerakkan telinga dan kakinya adalah tabiat semulajadi buraq. Di samping rupanya yang cantik, terdapat sayap pada kedua-dua pehanya. Sayap ini adalah untuk membantu kecepatan lompatannya.

Kemudian Jibrail pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad SAW. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail terpandang pada seekor buraq yang berwarna putih sedang menangis bercucuran air matanya.

Jibrail lalu menghampirinya lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?" Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad SAW sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan sesudah itu aku menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail, "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu." Kemudian Jibrail memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad SAW. Ketika sampai di bumi, buraq yang dibawa oleh Jibrail itu menujah-nujah  kakinya. Ia seolah-olah enggan ditunggangi.
 
Melihat demikian, malaikat Jibrail memegangnya dan berkata: "Wahai buraq! tidak malukah engkau? Demi Allah, orang yang akan menunggangi engkau adalah orang yang paling mulia di sisi Allah SWT". Mendengar perkataan Jibrail itu maka bercucuranlah peluhnya. Ia kelihatan malu-malu dan tidak lagi resah. Nabi SAW pun naik ke tempat yang tersedia di atas badan buraq, sebagaimana dilakukan oleh nabi-nabi sebelum baginda nabi SAW.

Setelah siap segalanya, terbanglah buraq membawa nabi Muhammad SAW memulakan Israk. Dalam perjalanan itu, Jibrail mendampingi nabi SAW di sebelah kanan baginda SAW manakala Mikail di sebelah kiri.

Wallahu'alam.

31 May 2013

10 Sebab Solat Tidak Diterima Allah

Karikatur hiasan
                    
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
 
 Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa : "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t.." 
 
 Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat.
 
Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

29 May 2013

Seminar : Keluarga atau Kerjaya ?

anjuran bersama IKRAM PJ dan Masjid Tun Abd Aziz, PJ
Tempat:  di Fakulti Alam Bina UM
Tarikh:  15 Jun 2013 - Sabtu
Bayaran: RM20 sahaja (jika daftar sebelum 5 Jun 2013)

DOA BAHAGIA SUAMI ISTERI

27 May 2013

Ustaz Azhar Idrus Berkahwin Kali ke 3

Ustaz Azhar Idrus pada hari Ahad telah selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga.Tahniah diucapkan pada UAI.
Majlis perkahwinan Ustaz Azhar Idrus (49 tahun) dan pasangannya Khairul Izyan Mohamed Amin Khir (27 tahun) diadakan di Padang Permainan, Taman Keramat Permai AU1A/3A.
Pengantin perempuan merupakan anak saudara kepada Tuan Haji Omar bin Tahar, Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak
 
Video akad nikah Ustaz Azhar Idrus

23 May 2013

Ceramah Khas Isra' & Mikraj oleh Ustaz Hariri

Surau Al Hijrah akan mengadakan ceramah khas pada
6 Jun 2013
Khamis
Selepas solat maghrib
Penceramah: Ustaz Mohd Hariri Hj Mohd Daud
Penolong Pengarah Bhg Dakwah JAKIM / Penceramah TV9/Penulis Buku

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir berama-ramai

Biodata Penceramah

Nama: Mohd Hariri Mohamad Daud
Tarikh lahir: 30 Oktober 1984.
Tempat lahir: Pasir Mas, Kelantan.
Pendidikan: Diploma Usuluddin (Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (Kusza) Terengganu)

Sarjana Muda  Pendidikan Dakwah dan Pengurusan Islam (Universiti Sains Islam Malaysia).

Buku Hasil Tulisan Ustaz Hariri
303 Soaljawab Fikah Kematian

Habib Mohamad bin Adam Shah Meninggal Dunia

En Habib Mohamad Bin Adam Shah , Rumah D-1-4, PPR Pantai Ria, umur 70 an , telah meninggal dunia lebihkurang jam 8 malam tadi  kerana sakit tua.

Jenazah akan dikebumikan tengahari ini.

Bagi  pihak surau, kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan diantara orang yang beriman dan beramal soleh.

22 May 2013

Tilawah Al Quran Peringkat Sekolah Rendah - Penyertaan Di Buka

Tilawah Al Quran Peringkat Sekolah Rendah
Anjuran: Persatuan Wanita Islam Malaysia (PEWANIS)  dan Masjid Jamek ALKhadijiah Pantai Dalam
 
Tarikh: 16 Jun 2013 - Ahad
Masa: 8 pagi hingga 4 petang
Tempat: Perkarangan Masjid Al Khadijah
Umur penyertaan: 7 tahun hingga 12 tahun (2 kategori)
 
Keterangan lanjut, sila hubungi pejabat Masjid Al Khadijiah - 03 22844532

21 May 2013

Lat Binti Zainal Meninggal Dunia

En Lat Binti Zainal, Rumah B-1-10, PPR Pantai Ria, umur 50an, telah meninggal dunia pagi tadi lebihkurang jam 3 pagi dipercayai kerana sakit jantung.

Jenazah akan dikebumikan tengahari ini.

Bagi  pihak surau, kami mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga rohnya ditempatkan diantara orang yang beriman dan beramal soleh.

19 May 2013

Solat Hajat Untuk Adik NurHannah (3 bulan)

HEBAHAN KHIDMAT MASYARAKAT   -  SILAKAN MEMBANTU ADIK NURHANNAH SETAKAT YANG TERMAMPU. SOLAT HAJAT ANTARA SENJATA ORANG MUKMIN MEMOHON SESUATU YANG DILUAR KUASA MANUSIA. HANYA ALLAH SWT YANG MAMPU MENGUBAH QADA DAN QADAR MANUSIA. INSYAALLAH.

►► RINTIHAN SEORANG IBU ◄◄

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen.

Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah.

Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan.

Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line. Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan.kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya. Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan pada otaknya.

Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepada rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kasihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my

Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak'ataini lillaahi ta'aala.

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-'u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya'-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min'ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-'a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal 'aliy-yul azhim.

sebaran khidmat masyarakat oleh: http://www.NurulAmir.com/

Salam Ukhuwah..~

SILA KLIK BUTANG 'SHARE' SELEPAS MEMBACA
Adik NurHannah bt Mohamed Helmi - umur: 3 bulan. Terlantar di hospital kerana
kekurangan oksigen semasa dilahirkan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

►► RINTIHAN SEORANG IBU ◄◄

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas ka...sihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.