10 February 2010

Kepolisan Masyarakat - Community Policing



Beberapa hari lepas, telah diadakan dialog antara ajk Persatuan Penduduk, Ajk Surau Al Hijrah serta Rela. Ketua Balai Polis Pantai, Cif Inpektor Mat Sharizan memberikan penerangan tentang cadangan penubuhan Community Policing (Kepolisan Masyarakat) dikawasan kita.

Dalam erti kata yang lain, akan ada satu komuniti yang bertindak sebagai pemantau serta menjadi mata dan telinga kepada Polis. Badan ini akan terdiri dari Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta ajk yang terdiri dari wakil Persatuan Penduduk, Rela, Surau dan Rukun Tetangga. Ia akan dilantik tidak lama lagi.

Ini adalah langkah pertama dalam memastikan cadangan penubuhan Community Policing ini berjalan dengan baik. Jika berjalan lancar, pertemuan kedua dengan polis akan dibuat dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan lanjut tentang fungsi badan ini.

Manafaat yang boleh diperolehi adalah:-

a) Mengurangkan kadar jenayah
b) Membantu polis mengelakkan jenayah dari berlaku
c) Mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat dengan bertukar2 nombor telefon dan sebagainya
d) Memberi satu perasaan selesa dan lebih selamat kepada masyarakat
e) Cuba memahami punca kejadian jenayah di kawasan sekitar
f) Membolehkan polis bertindak dengan cepat dengan adanya maklumat yang lengkap tentang sesuatu kejadian jenayah
g) Masyarakat mesti menghubungi pihak polis dengan segera jika terdapat kegiatan yang mencurigakan atau ada orang yang disyaki akan melakukan jenayah.



Cuba lawati website berikut untuk maklumat lanjut

http://cops.org.my/Faq.php

http://www.be-safe.org/css_com/community_policing/index.html

1 comment:

  1. SALAM,

    adakah PPR Pantai Ria telah melancarkan program kepolisan masyarakat ini?

    ReplyDelete