27 September 2011

Bila Yang Palsu Itu Dianggap Benar

Kebelakangan ini ada pihak2 yang tidak senang hati dengan AJK surau yang sedia ada mula menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan berbagai cara. Kita akui bahawa tiada manusia yang sempurna. Kami hanya mampu berusaha membuat yang terbaik pada padangan kami dan sebarang keputusan besar dan sensitif yang dibuat oleh pihak surau hanya dibuat selepas mendapat persetujuan semua AJK atau secara majoriti.

Justeru itu, kita rasa sangat kecewa dengan tuduhan2 liar yang ditimbulkan oleh golongan ini terhadap AJK surau sedia ada. Para jemaah perlu sedar bahawa jawatan sebagai AJK surau yang tidak bergaji ini bukanlah sesuatu yang ramai orang hendak. Menjadi ajk surau memerlukan seseorang mengorbankan masa , tenaga serta kadangkala wang ringgit demi memakmurkan rumah Allah. Hanya dengan niat yang ikhlas demi Allah barulah datang kekuatan jiwa untuk berbakti kepada masyarakat.

Sikap sebahagian kecil penduduk yang terus menerus menabur fitnah, mengadu domba dan melaga-lagakan masyarakat amatlah dikesali. Membuat tohmahan yang tidak benar dan palsu demi memuaskan agenda masing2 amat tidak wajar. Implikasinya amat besar kerana masyarakat Islam boleh berpecahbelah serta berpuak-puak.


Kita tahu siapakah mereka ini yang suka membaling batu tetapi sembunyi tangan, cuma kita berharap suatu hari nanti mereka ini akan sedar kesilapan sendiri.

Kami para AJK yang dilantik bukanlah golongan yang suka bergaduh atau bertengkar semata-mata mencari kesalahan / kesilapan orang lain. Setiap kesilapan yang telah berlaku akan diperbetulkan dengan sebaik mungkin tanpa mana-mana pihak rasa tersinggung. Kami akan terus melakukan aktiviti surau dengan cara kami sendiri selagi ia bersandar dan berlandaskan kebenaran walaupun ianya pahit.

Tidak guna kita bertengkar dan bergaduh hanya kerana sesuatu yang remeh dan boleh diselesaikan secara musyawarah.

Ingatlah bahawa Surau adalah rumah Allah dan tanggungjawab kita semua untuk menjaga dan memelihara kesucian rumah Allah. Dasar politik sempit serta fahaman ekstrim perlulah dihindarkan.

Moga kita semua diberikan rahmat dan hidayat oleh Allah SWT.

No comments:

Post a Comment