05 September 2011
Selamat Kembali Bertugas !
GAMBAR HIASAN.
Ini dah macam bukan keretapi lagi ni ! Keadaan biasa di India setiap kali musim perayaan. Hanya bergantung kepada kekuatan tangan bergayut pada tempat pemegang, apa jadi kalau tangan terlepas ? Tabik kepada mereka yang berani mati hanya kerana nak balik kampung walau terpaksa bergadai nyawa. Macamana la drebar keretapi tu nak nampak kalau dah macam tu punya ramai passenger kat cermin depan ?
Cuti dah habis, setelah seminggu bercuti dikampung, warga kota kini mula kembali memulakan tugas masing-masing. Perjalanan jauh dan kesesakkan jalanraya adalah lumrah setiap kali datang musim perayaan. Tiada pilihan cuma terpaksa meredah . Ramai warga kota yang berasal dari kampung dan pulang menziarahi sanaksaudara terutama ibubapa tersayang adalah satu kewajipan dan acara tahunan yang wajib dilakukan. Jika ibubapa sudah tiada, kubur mereka akan diziarahi untuk dihadiahkan bacaan Yassin dan Al Fatihah.
Berapa kos yang dibelanjakan untuk hariraya pada kali ini? Jika masih ada lebihan gaji bulan lepas, syukur tapi jika defisit ? Mungkin kad plastik boleh membantu. Tetapi tidak mengapa berbelanja lebih sedikit dikampung kerana Aidil Fitri bukan selalu datang. Duit boleh dicari.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment