23 October 2011

AJK Surau Berlepas Ke Tanah Suci Mekah

Malam tadi, tiba giliran AJK surau Al Hijrah, En Aris (Penolong Bendahari) dan isterinya Puan Norbayah (AJK Wanita) untuk berlepas ke tanah suci melalui penerbangan KT68. Waktu melapor diri pada jam 1.30 pagi tadi dan kapalterbang berlepas jam 5.30 pagi. Untuk mengelakkan kesesakkan, kami bertolak awal, jam 10 malam dah sampai kat Kelana Jaya.

Suasana di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya sangat sesak dengan orang ramai yang menghantar sanak saudara ke tanah suci. Memang sesak kerana untuk menghantar seorang jemaah saja, ada 4 atau 5 biji kereta yang turut mengiringi mereka. Tapi terimakasih kepada pihak Tabung Haji yang menyediakan kemudahan yang selesa kepada semua pengunjung termasuk kemudahan meletak kerata percuma.

En Aris dan isterinya memilih pakej swasta untuk menunaikan haji. Kami berdoa semoga perjalanan mereka ke Mekah akan berjalan lancar, mendapat haji yang mabrur serta selamat kembali ke tanah air pada 4 Disember 2011


En Aris dan Ust Mohd, Kahar dan S/U


Menunggu bawah khemah


Puan Norbayah


Mereka yang hadir


Puan Norbayah dan sebahagian jiran2 yang turut mengiringi ke Kelana Jaya


Susana di bawah khemah


Tempat check-in jemaah dan bagasi


Kadar pertukaran RM ke Riyal semasa

No comments:

Post a Comment