11 October 2011

Lif Lobi Terbakar di Blok C

Lif lobi ditingkat 2 Blok C telah terbakar pada hari raya yang pertama, 30 Ogos 2011 yang lalu. Menurut penghuni berhampiran tempat kejadian, terdapat budak2 bermain mercun pada masa itu dan akibatnya sofa terpakai yang diletakkan diruang lobi telah terbakar. Bomba telah dipanggil untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Sehingga hari ini, kesan2 terbakar itu masih lagi belum dibaiki oleh DBKL dan kawasan tersebut seolah2 berada dalam gua.





Gambar sebenar, menunjukkan betapa hitamnya dinding/siling yang dulunya putih melepak

No comments:

Post a Comment