31 May 2012
30 May 2012
Qiyamullail Ahad Ini
Muslimin dan muslimat, semua dijemput hadir untuk program qiyamullail pada tarikh berikut:-
Hari: Ahad (awal pagi)
Tarikh: 3 Jun 2012
Masa: Mulai jam 3 pagi
Program:
Solat Sunat Tahajjud 2 rakaat
Solat Sunat Tasbih 2 rakaat
Solat Sunat Hajat 2 rakaat
Solat Sunat Taubat 2 rakaat
Kuliah Subuh - Ustaz Noh Ismail
Insyaallah, qiyamullail akan dipimpin oleh Ustaz jemputan.

24 May 2012
Siasat Berita Orang Fasik Sebelum Percaya
Menjelang pemilihan AJK baru surau pada bulan Julai ini, nampaknya terdapat berita yang kurang menyenangkan kami para AJK . Terdapat mereka yang tidak bertanggungjawab kini menyebarkan cerita bahawa ajk surau telah menyalahgunakan wang surau untuk kepentingan peribadi. Bila kami diam, ada pihak yang menganggap ianya benar.
Untuk itu, kami menyeru kepada tukang bawa cerita ini supaya jangan buat kerja yang tak berfaedah kerana akibatnya adalah buruk.
Jika anda mempunyai bukti bahawa wang surau telah disalahgunakan, silalah laporkan kepada pihak polis atau SPRM sahaja. Biar mereka siasat. Kami menunggu laporan anda itu dibuat dalam masa seminggu ini.
Jika tiada laporan kepada pihak berkuasa dibuat selepas seminggu, maka kami anggap anda adalah pembawa berita fitnah serta tidak mempunyai maruah diri. Dalam Islam, hukuman kepada orang yang membawa cerita fitnah adalah lebih berat dari hukuman kerana membunuh.
Membuat fitnah adalah sama seperti memakan mayat saudara sendiri , adakah anda sanggup?
Kami menyeru kepada para jemaah, siasatlah dulu sebarang berita tentang surau samada benar atau tidak. Kami bersedia untuk bersemuka dengan mana-mana pihak yang inginkan kepastian tentang apa-apa perkara tentang pentadbiran surau.
Wallahualam.

Guru Tuisyen Sukarela Diperlukan
Ingin berbakti kepada masyarakat setempat ?
Kelas tuisyen UPSR yang dijalankan dengan kerjasama Yayasan 1Malaysia buat masa ini hanya mempunyai tenaga pengajar untuk subjek matematik yang diadakan setiap hari Sabtu, jam 8 hingga 10 malam.
Kami memerlukan tenaga pengajar sukarela untuk mengajar subjek lain seperti BM, BI dan Sains dll samada untuk UPSR / PMR atau SPM. Kelas akan diadakan pada waktu malam atau pada waktu lain yang difikirkan sesuai. Untuk cuti persekolahan selama 2 minggu ini, kami bercadang membuat kelas tuisyen setiap hari pada waktu siang demi mengisi masa anak2 kita yang terluang.
Kelas yang terletak di Blok C telah mempunyai kemudahan seperti meja, kerusi untuk 30 pelajar serta white board.
Kami menyeru kepada cikgu2 yang kelapangan masa dan ingin membuat amal jariah, hubungilah kami supaya kita dapat berbincang tentang cadangan ini.

23 May 2012
Sumbangan DiPerlukan
Jawatankuasa surau mengharapkan sumbangan wang dari para jemaah dan penduduk2 untuk memasang pintu grill pada semua 5 pintu sliding surau yang dianggarkan menelan kos sebanyak hampir RM5,000.00.
Pintu iron grill amat perlu dipasang dengan segera supaya segala peralatan surau yang telah dipasang dalam keadaan yang lebih selamat.
Segala sumbangan bolehlah dihulurkan kepada Bendahari Surau dan resit akan dikeluarkan.

22 May 2012
Status Surau Lama
DBKL melalui Jabatan Pengurusan Perumahan secara dasarnya telah bersetuju membenarkan pihak surau untuk terus menggunakan surau lama untuk kelas KAFA / Al Quran dan Tuisyen.
Kami sedang menunggu surat rasmi dari DBKL.
Selepas surat rasmi diterima, kami akan menetapkan bilakah kelas AlQuran akan bermula sebagai permulaan.

21 May 2012
IBADAH KORBAN 2012
ANDA MAHU MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM IBADAH KORBAN PADA TAHUN INI ? SILA ISIKAN BORANG YANG TELAH DIEDARKAN MULAI SEKARANG.
1 BAHAGIAN ADALAH RM400.00 SAHAJA. KOS INI ADALAH UNTUK HARGA LEMBU SERTA KOS PENGURUSAN.
TARIKH TUTUP IALAH 1 BULAN SEBELUM HARI RAYA HAJI. ANDA JUGA BOLEH MEMBAYAR SECARA ANSURAN.
SILA HUBUNGI BENDAHARI ATAU S/U UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
TAHUN LEPAS KITA BERJAYA MENGORBANKAN 6 EKOR LEMBU HASIL PENYERTAAN PENDUDUK2. TAHUN INI KAMI MENGHARAPKAN LEBIH RAMAI PESERTA TAMPIL KEDEPAN, DENGAN ADANYA LEBIH BANYAK LEMBU KORBAN, MAKA DIHARAPKAN LEBIH RAMAI PENDUDUK AKAN MENDAPAT AGIHAN DAGING KORBAN NANTI.
1 BAHAGIAN ADALAH RM400.00 SAHAJA. KOS INI ADALAH UNTUK HARGA LEMBU SERTA KOS PENGURUSAN.
TARIKH TUTUP IALAH 1 BULAN SEBELUM HARI RAYA HAJI. ANDA JUGA BOLEH MEMBAYAR SECARA ANSURAN.
SILA HUBUNGI BENDAHARI ATAU S/U UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
Anda boleh klik atas borang untuk besarkan atau print sahaja dari sini
PROGRAM MOTIVASI IBUBAPA DAN ANAK-ANAK
Semua ibubapa serta anak-anak dipelawa ke
PROGRAM MOTIVASI UNTUK IBUBAPA DAN ANAK-ANAK
HARI: ISNIN
TARIKH: 28 MEI 2012
MASA: SELEPAS SOLAT MAGHRIB
TEMPAT: SURAU ALHIJRAH
PENCERAMAH:
USTAZ KHAIRUDDIN HJ OSMAN
IMAM MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN / GURU AGAMA
SEMUA IBUBAPA DAN ANAK-ANAK DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.

18 May 2012
Jom Ke Program Cegah Jenayah Perkim
Kami mengajak semua ibubapa yang ada kelapangan pada hari Ahad ini untuk sama-sama ke program berikut:-
Program Mencegah Jenayah - Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita Anjuran PERKIM Kebangsaan.
Tarikh: 20 Mei 2012 - Ahad
Masa: 8 pagi hingga 5 petang
Tempat: Dewan Tingkat 1, Bangunan Perkim Jalan Ipoh, KL
Bas disediakan, sila tunggu di surau alhijrah pada jam 7.30 pagi ahad ini.
Untuk ibubapa yang prihatin dan mengambil berat tentang keselamatan keluarga anda.
Sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan penganjur.
Penyertaan adalah percuma.
Sila hubungi Setiausaha, Jamil Omar di no 0126663361. Tempat terhad.

15 May 2012
REKREASI PERKIM
PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH
TEMA: KESELAMATAN KELUARGA TANGGUNGJAWAB KITA
DIANJURKAN OLEH PERKIM KEBANGSAAN PADA TARIKH BERIKUT;-
TARIKH: 20 MEI 2012 - HARI AHAD
MASA: 8 PAGI HINGGA 5 PETANG
TEMPAT: DEWAN ESTEK, AMPANG
TERBUKA KEPADA SEMUA KAUM DAN UNTUK IBUBAPA SAHAJA.
BAS AKAN BERTOLAK JAM: 7.30 PAGI. BERKUMPUL DISURAU
SILA DAFTARKAN NAMA ANDA DENGAN S/U SURAU ATAU MANA2 AJK SURAU DENGAN SEGERA KERANA TEMPAT TERHAD UNTUK 40 ORANG SAHAJA. PENYERTAAN PERCUMA.

10 May 2012
Hadiah Pelajar Cemerlang SPM
Para pelajar SPM 2011 yang mempunyaii keputusan 6A keatas adalah diminta menghantar salinan slip SPM ke Pusat Khidmat Masyarakat UMNO Lembah Pantai di Bangsar. Pihak mereka akan mengadakan majlis hadiah pelajar cemerlang pada tarikh terdekat. Hadiah ini hanya untuk anak2 pengundi Lembah Pantai sahaja.
Tarikh tutup ialah 15 Mei 2012.
Tarikh tutup ialah 15 Mei 2012.
Kelas Fekah Ustazah Zawiah
akan diadakan pada tarikh berikut:-
Hari: Sabtu - 12 Mei 2012
Masa: 11.15 pagi
Tempat: Surau AlHijrah (baru)
Semua muslimah dijemput hadir beramai-ramai

09 May 2012
Pilihlah Dengan Bijak
AJK Surau AlHijrah sedia ada akan berakhir pada bulan Julai 2012. Kami berpuashati kerana sejak kami menerajui pentadbiran surau dari tahun 2008, banyak aktiviti telah kami laksanakan, antaranya,
1. Kuliah Maghrib - setiap hari Ahad dan Rabu
2. Kuliah Tajwid - setiap hari Selasa (selepas maghrib)
3. Kuliah Subuh - setiap pagi Sabtu dan Ahad
4. Kuliah Fekah Wanita - setiap Sabtu minggu pertama setiap bulan
5. Kulis Tajwid Wanita - setiap Jumaat lepas Isyak
Kami juga telah menubuhkan 3 aktiviti berasingan
1. Kumpulan Marhaban - wanita (Ketua - Hjh Norbayah)
2. Kumpulan Nasyid Kanak-kanak (Penyelaras - Hjh Norbayah)
3. Kumpulan Silat Gayung (Ketua Penyelaras - Haji Aris)
Keseluruhannya, pihak surau mengeluarkan belanja lebih dari RM2,000 setiap bulan untuk belanja berikut:-
1. Pembayaran Ustaz2/Ustazah
2. Pembayaran bil elektrik
3. Pembayaran bil air
4. Kos pembaikkan surau
5. Kos pentadbiran surau
6. Pembayaran saguhati RM200 kepada setiap waris yang meninggal dunia.
7. Menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan kepada jemaah yang ditimpa musibah.
8. Pembayaran saguhati kepada ketua imam/ustaz/ustazah/siak
Aktiviti Lain Untuk faedah Semua Pendudk
1. Mengadakan gotongroyong membersih kawasan dengan kerjasama Bdn Komuniti dan DBKL
2. Mengadakan program COMBI bersama DBKL
3. Mengadakan dialog bersama Polis
4. Mengadakan jamuan Hariraya setiap tahun
5. Mengadakan program Korban setiap tahun
Kemuncak kepada semua ini ialah kejayaan mendapatkan sebuah surau baru yang lebih besar dan selesa. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa sejak 2 tahun lepas, kami telah berusaha keras turun naik pejabat menteri, dbkl dan JAWI semata2 untuk mendapatkan kelulusan sebuah surau baru. Alhamdulillah, ia telah terlaksana.
Kami , para ajk, berharap pada pemilihan AJK baru pada bulan Julai ini, para jemaah dapat membuat pilihan yang bijak demi masa depan surau kita. Kami menyokong jika ada calon2 yang lebih baik dari kami terpilih sebagai ajk baru nanti. Calon2 yang terpilih perlulah berusaha lebih keras untuk mengimarahkan surau kita supaya lebih ramai jemaah yang hadir serta memperbanyakkan aktiviti2 untuk menarik minat golongan muda ke surau. Mereka juga perlu bekerja keras untuk mendapatkan dana kepada tabung surau.
Walauagaimanapun, kami kecewa jika barisan ajk baru yang akan dipilih tidak mempunyai wawasan seperti yang kami dan para jemaah harapkan. Apatah lagi jika mereka hanya bercita-cita menjadi ajk semata2 tetapi tidak mempunyai niat yang betul dan jelas untuk memajukan surau kita. Sayang jika ini berlaku. Golongan ini hanya akan merosakkan ukhuwah yang telah sedia ada serta mungkin memecahbelahkan masyarakat serta memalapkan syiar Islam itu sendiri.
Ingatlah, kita semua akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT kerana kesilapan kita sendiri menggunakan nafsu dan bukan akal yang waras dalam memilih orang yang tepat untuk diamanahkan menjaga rumah Allah ini. Pilihlah calon dari kalangan mereka yang selalu hadir berjemaah ke surau, berkebolehan, boleh bekerjasama dengan semua orang dan selalu terlibat serta mengambil berat tentang aktiviti surau. Bukan dari mereka yang hadir ke surau hanya semasa waktu pemilihan ajk baru!
Oleh itu, kami menyeru semua jemaah yang akan hadir pada pemilihan mesyuarat agung pada bulan Julai nanti, pilihlah mereka yang mampu terus memakmurkan rumah Allah kearah yang lebih baik. Itu saja harapan kami.
Akhir kata, mesyuarat agung pemilihan ajk baru hanya akan kami laksanakan pada bulan Julai ini, kerana ia menandakan berakhirnya tempoh 2 tahun tempoh sah jawatankuasa sedia ada seperti yang diperakui oleh JAWI. Tidak perlu ada sebarang pihak mendesak ia diadakan sekarang kerana kami adalah ajk yang sah sehingga bulan Julai nanti.
SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN

08 May 2012
PROGRAM COMBI KEMBALI !
Program COMBI yang bermaksud "mengubah tingkahlaku melalui komunikasi" iaitu program pemeriksaam rumah ke rumah kali ke 2 untuk memusnahkan tempat pembiakkan aedes akan diadakan semula pada tarikh berikut:-
Tarikh: 13 Mei 2012
Hari: Ahad
MasaL Mulai 8.30 pagi
Tempat berkumpul: Kws Berbumbuing Surau Lama Al HIjrah
Semua Pengerusi Badan Komuniti diminta memaklumkan tentang perkara ini kepada semua wakil tingkat atau ketua tingkat untuk hadir pada tarikh tersebut. Sila bawa bersama beg COMBI . Sarapan akan disediakan. Pegawai dari DBKL akan turut hadir memberi taklimat.

04 May 2012
SURAU TELAH DIRASMIKAN
Akhinya majlis perasmian surau alhijrah telah selamat diadakan pada hari ini, Jumaat, 4 Mei 2012.
Majlis disempurnakan oleh 2 orang menteri iaitu Dato' Raja Nong Chik dan Dato' Jamil Khir. Sambutan penduduk sangat tidak disangka kerana dianggarkan lebih 500 orang penduduk hadir menunjukkan penduduk sangat bersyukur dengan siapnya surau baru yang indah.
Tetamu yang hadir
tetamu VIP
Tetamu VIP
Dari kiri, Dato' Che Mat, Dato' Jamil Khir, Dato' Raja Nong Chik dan Hj Kairom
Ustaz Mohamad, S/U dan Bendahari -En Kahar
Signboard baru surau
Dato' RNC sedang sain plak perasmian
Dato' Jamil sedang sain plak perasmian
Tn Hj Zainalabidin- JAWI dan Tuan Suhabi, Ketua Polis Pantai
Pemberian cenderahati pada tetamu VVIP
Ucapan Dato' Raja
Lawatan kedalam surau baru oleh kedua-dua menteri
01 May 2012
PERASMIAN SURAU ALHIJRAH
Majlis perasmian surau baru akan dilangsungkan pada:-
Tarikh: 4 Mei 2012
Hari: Jumaat
Masa: Mulai jam 11.00 pagi
Perasmian akan disempurnakan oleh Dato' Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar.
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Makanan tengahari akan disediakan.
Tarikh: 4 Mei 2012
Hari: Jumaat
Masa: Mulai jam 11.00 pagi
Perasmian akan disempurnakan oleh Dato' Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar.
Dato' Jamil Khir Baharom
Dato' Raja Nong Chik
Subscribe to:
Posts (Atom)