24 May 2012

Siasat Berita Orang Fasik Sebelum Percaya

Menjelang pemilihan AJK baru surau pada bulan Julai ini, nampaknya terdapat berita yang kurang menyenangkan kami para AJK . Terdapat mereka yang tidak bertanggungjawab  kini menyebarkan cerita bahawa ajk surau telah menyalahgunakan wang surau untuk kepentingan peribadi.  Bila kami diam, ada pihak yang menganggap ianya benar.

Untuk itu, kami menyeru kepada tukang bawa cerita ini supaya jangan buat kerja yang tak berfaedah kerana akibatnya adalah buruk.

Jika anda mempunyai bukti bahawa wang surau telah disalahgunakan, silalah laporkan kepada pihak polis atau SPRM sahaja. Biar mereka siasat.  Kami  menunggu laporan anda itu dibuat dalam masa seminggu ini.

Jika tiada laporan  kepada pihak berkuasa dibuat selepas seminggu, maka kami anggap anda adalah pembawa berita fitnah serta  tidak mempunyai maruah diri. Dalam Islam, hukuman kepada orang yang membawa cerita fitnah adalah lebih berat dari hukuman kerana  membunuh.

Membuat fitnah adalah sama seperti memakan mayat saudara sendiri , adakah anda sanggup?

Kami menyeru kepada para jemaah, siasatlah dulu sebarang berita tentang surau samada  benar atau tidak. Kami bersedia untuk bersemuka dengan mana-mana pihak yang  inginkan kepastian tentang apa-apa perkara tentang pentadbiran surau.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment