AJK Surau AlHijrah sedia ada akan berakhir pada bulan Julai 2012. Kami berpuashati kerana sejak kami menerajui pentadbiran surau dari tahun 2008, banyak aktiviti telah kami laksanakan, antaranya,
1. Kuliah Maghrib - setiap hari Ahad dan Rabu
2. Kuliah Tajwid - setiap hari Selasa (selepas maghrib)
3. Kuliah Subuh - setiap pagi Sabtu dan Ahad
4. Kuliah Fekah Wanita - setiap Sabtu minggu pertama setiap bulan
5. Kulis Tajwid Wanita - setiap Jumaat lepas Isyak
Kami juga telah menubuhkan 3 aktiviti berasingan
1. Kumpulan Marhaban - wanita (Ketua - Hjh Norbayah)
2. Kumpulan Nasyid Kanak-kanak (Penyelaras - Hjh Norbayah)
3. Kumpulan Silat Gayung (Ketua Penyelaras - Haji Aris)
Keseluruhannya, pihak surau mengeluarkan belanja lebih dari RM2,000 setiap bulan untuk belanja berikut:-
1. Pembayaran Ustaz2/Ustazah
2. Pembayaran bil elektrik
3. Pembayaran bil air
4. Kos pembaikkan surau
5. Kos pentadbiran surau
6. Pembayaran saguhati RM200 kepada setiap waris yang meninggal dunia.
7. Menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan kepada jemaah yang ditimpa musibah.
8. Pembayaran saguhati kepada ketua imam/ustaz/ustazah/siak
Aktiviti Lain Untuk faedah Semua Pendudk
1. Mengadakan gotongroyong membersih kawasan dengan kerjasama Bdn Komuniti dan DBKL
2. Mengadakan program COMBI bersama DBKL
3. Mengadakan dialog bersama Polis
4. Mengadakan jamuan Hariraya setiap tahun
5. Mengadakan program Korban setiap tahun
Kemuncak kepada semua ini ialah kejayaan mendapatkan sebuah surau baru yang lebih besar dan selesa. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa sejak 2 tahun lepas, kami telah berusaha keras turun naik pejabat menteri, dbkl dan JAWI semata2 untuk mendapatkan kelulusan sebuah surau baru. Alhamdulillah, ia telah terlaksana.
Kami , para ajk, berharap pada pemilihan AJK baru pada bulan Julai ini, para jemaah dapat membuat pilihan yang bijak demi masa depan surau kita. Kami menyokong jika ada calon2 yang lebih baik dari kami terpilih sebagai ajk baru nanti. Calon2 yang terpilih perlulah berusaha lebih keras untuk mengimarahkan surau kita supaya lebih ramai jemaah yang hadir serta memperbanyakkan aktiviti2 untuk menarik minat golongan muda ke surau. Mereka juga perlu bekerja keras untuk mendapatkan dana kepada tabung surau.
Walauagaimanapun, kami kecewa jika barisan ajk baru yang akan dipilih tidak mempunyai wawasan seperti yang kami dan para jemaah harapkan. Apatah lagi jika mereka hanya bercita-cita menjadi ajk semata2 tetapi tidak mempunyai niat yang betul dan jelas untuk memajukan surau kita. Sayang jika ini berlaku. Golongan ini hanya akan merosakkan ukhuwah yang telah sedia ada serta mungkin memecahbelahkan masyarakat serta memalapkan syiar Islam itu sendiri.
Ingatlah, kita semua akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT kerana kesilapan kita sendiri menggunakan nafsu dan bukan akal yang waras dalam memilih orang yang tepat untuk diamanahkan menjaga rumah Allah ini. Pilihlah calon dari kalangan mereka yang selalu hadir berjemaah ke surau, berkebolehan, boleh bekerjasama dengan semua orang dan selalu terlibat serta mengambil berat tentang aktiviti surau. Bukan dari mereka yang hadir ke surau hanya semasa waktu pemilihan ajk baru!
Oleh itu, kami menyeru semua jemaah yang akan hadir pada pemilihan mesyuarat agung pada bulan Julai nanti, pilihlah mereka yang mampu terus memakmurkan rumah Allah kearah yang lebih baik. Itu saja harapan kami.
Akhir kata, mesyuarat agung pemilihan ajk baru hanya akan kami laksanakan pada bulan Julai ini, kerana ia menandakan berakhirnya tempoh 2 tahun tempoh sah jawatankuasa sedia ada seperti yang diperakui oleh JAWI. Tidak perlu ada sebarang pihak mendesak ia diadakan sekarang kerana kami adalah ajk yang sah sehingga bulan Julai nanti.
SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN
09 May 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment