09 July 2012

Jom Ke Tilawah Al Quran di PWTC



Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa dah bermula beberapa hari lepas, tapi nampaknya minat umat Islam unttuk hadir ke PWTC amat kurang memuaskan berbanding tahun-tahun lepas. Jika kita hadir ke Dewan Merdeka PWTC jam 9  malam pun, kita masih berpeluang untuk mendapat tempat duduk. Berbanding dengan tahun lepas, pada waktu tersebut, biasanya semua kerusi telah dipenuhi hadirin.


Semoga lebih ramai umat islam akan hadir mendengar sendiri bacaan Al Quran oleh Qari dan Qariah dari seluruh dunia. Malangnya, jika ada konsert, jam 5  petang lagi anak-anak muda kita akan terpacak depan pentas. Solat entah ke mana. Sedih benar dengan kehidupan remaja masa kini yang mengutamakan hiburan dunia dari habuan akhirat yang tentunya kekal abadi.

No comments:

Post a Comment