Waktu Operasi / Buka
Isnin hingga Jumaat
9.00 pagi hingga 5.00 petang
Keahlian akan dibuka untuk pinjaman buku. Maksima 2 buku selama 2 minggu.
Pelajar2 boleh menggunakan meja yang disediakan untuk membuat kerja sekolah atau mengulangkaji pelajaran.
Buku2 rujukan hingga tingkatan 5 disediakan.
Pihak Pusat Sumber Kemas mengalu-alukan jika ada penduduk yang ingin menyumbang bahan2 bacaan terpakai tetapi masih elok seperti buku cerita kanak2, novel, buku pelajaran/ulangkaji , majalah dan sebagainya. Anda boleh menghubungi Penyelia bertugas iaitu Cikgu Seha untuk pertanyaan lanjut.
Dermalah buku terpakai anda kepada mereka supaya buku anda dapat dimanafaatkan pula oleh orang lain yang memerlukan. InsyaAllah, sedikit usaha anda akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.
Rak buku dalam Pusat Sumber Kemas
antara buku cerita kanak2 yang disediakan
anak-anak yang tidak ada apa-apa aktiviti, datanglah ke Pusat Sumber ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Para ibubapa , galakkan anak2 anda menggunakan kemudahan yang disediakan. Rugi jika kemudahan yang ada disia-siakan. Sebab jika tiada sambutan, kita bimbang kemudahan ini akan dipindahkan ke tempat lain. Ini tidak mustahil akan berlaku.
buka la pada sabtu ahad...
ReplyDeleteIsnin - Jumaat anak3 kan ke sekolah....