15 October 2013

Jamuan Mesra Aidiladha

jam 12.00 tengahari
15 Oktober 2013, Selasa
Perkarangan Surau AlHijrah
 
Semua penduduk dan keluarga dijemput hadir beramai-ramai.

14 October 2013

Solat Sunat Hariraya Aidiladha Jam 8.00 pagi

Semua penduduk PPR Pantai Ria diharap mengambil maklum bahawa solat sunat hari raya aidil adha akan dimulakan tepat jam 8.00 pagi, Selasa, 15 Oktober 2013. Selepas itu disusuli dengan khutbah. ia berbeza dengan solat Jumaat  yang mana khutbahnya didahulukan.

Jadi diharap penduduk dapat hadir sebelum jam 8 pagi supaya tidak ketinggalan untuk solat sunat tersebut.

Para petugas yang telah memberi nama dipohon dapat bersedia dengan pakaian biasa serta peralatan yang sesuai spt pisau dan kapak kerana program ibadah korban akan bermula sebaik sahaja solat sunat hari raya selesai.

Semua petugas akan diberikan tag nama. Anda perlu menyerahkan kembali tag tersebut kepada kami selepas selesai kerja untuk membolehkan kami menyerahkan bahagian daging yang telah dikhaskan untuk petugas.

Terimakasih kepada para sukarelawan yang ingin membantu kami menjayakan program ibadah korban pada kali ini. Semoga  jasa anda dibalas oleh Allah SWT. Insyallah, kita akan melaksanakan korban kepada 9 ekor kerbau dan 1 ekor lembu (Jumlah: 10 ekor)

12 October 2013

Agihan Daging Korban - Tiada Kupon

Untuk  ibadah korban pada tahun ini, pihak AJK Surau Al HIjrah telah menetapkan bahawa pembahagian daging korban untuk orang ramai akan diadakan selepas sahaja semua kerja2 melapah , memotong / menimbang dan membungkus telah selesai.

Dijangkakan semua kerja2 akan selesai pada jam 12.00 tengahari. Pengumuman melalui speaker surau akan dibuat memaklumkan bahawa pembahagian daging korban untuk penduduk akan bermula.

Kami tak akan mengedarkan sebarang kupon. Namun setiap rumah akan dihadkan untuk 1 bungkus daging korban sahaja. Daging akan diedarkan sehingga habis. Petugas2 kami akan memastikan kelancaran pengagihan daging korban .

Semua  penduduk PPR Pantai Ria dipersilakan datang ke surau pada hari Selasa ini untuk mengambil daging korban tersebut berdasarkan siapa cepat.

11 October 2013

Ustaz Helmey Malam Ini

malam ini, Jumaat, 11 Oktober 2013  akan diadakan Kuliah Maghrib Ustaz Helmey Yahya . Kuliah  ini menggantikan kuliah  pada hari Ahad kerana Ustaz akan balik kampung.

Semua dijemput hadir.

9 Ekor Kerbau Selamat Sampai Pantai Dalam













 
Sebanyak 9 ekor kerbau yang ditempah untuk tujuan ibadah korban pada tahun ini telahpun sampai ke Surau AlHijrah. Ia ditempatkan didalam kawasan berpagar dihadapan surau sehingga hari Selasa nanti. Pihak surau akan menempatkan petugas untuk mengawasi kerbau2 ini. InsyaAllah, ada 2 ekor lembu yang akan sampai beberapa hari lagi dengan jumlah keseluruhan 11 ekor untuk ibadah korban tahun ini.

Ribut Landa Mina, Arafah

Sebahagian khemah menempatkan jemaah Malaysia runtuh dan rosak akibat hujan dan angin kencang di Arafah, kelmarin. - BERNAMA



Laporan rasmi Tabung Haji
 
 
JEDDAH 10 Okt. - Sebanyak tujuh orang cedera ketika hujan diiringi angin kencang melanda kawasan Mina dan Arafah, semalam.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam bagi Haji, Kolonel Abdullah Al-Harthy berkata, tanah suci menerima hujan sederhana yang mengakibatkan kerosakan ke atas beberapa khemah sementara yang didirikan di Arafah.

Katanya, kenderaan penduduk tempatan turut mengalami kerosakan akibat terkena serpihan zink yang digunakan sebagai pagar khemah diterbangkan ke udara.
''Sejurus menerima amaran daripada Pejabat Meteorologi dan Alam Sekitar (PME) tentang kemungkinan hujan lebat dan angin kencang, Jabatan Pertahanan terus mengambil langkah berjaga-jaga dan keselamatan bagi menangani kemungkinan situasi kecemasan.

''Kami memindahkan hampir semua pekerja yang bertugas di Arafah dan me
mbekalkan pasukan penyelamat dengan peralatan kecemasan,'' katanya, sambil menambah kata bahawa tanah suci Mekah turut dilanda hujan semasa lawatan Menteri Dalam Negeri, Putera Muhammad Naif ke situ.

Dalam perkembangan berasingan, Muhammad berkata, Arab Saudi mengerahkan sebanyak 95,000 anggota pasukan keselamatan ke Mekah dan beberapa kawasan suci lain di negara ini bagi memastikan keselamatan kira-kira dua juta jemaah yang sedang menunaikan ibadah haji.
Katanya, jemaah haji turut diminta tidak merosakkan musim haji tahunan ini kerana kepentingan politik dan perbezaan fahaman mereka kerana ia sama sekali dilarang.

Katanya, pasukan keselamatan Arab Saudi juga telah bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan serangan pengganas atau ancaman sepanjang musim haji.
''Kami berharap jemaah haji dapat menunaikan ibadah dengan aman dan sejahtera,'' katanya ketika memeriksa kem pasukan keselamatan di Mina. - AGENSI

MOGA SEMUA JEMAAH HAJI MALAYSIA SELAMAT DAN DAPAT MENUNAIKAN WUKUF DI ARAFAH DENGAN SELAMAT. INI ADALAH UJIAN ALLAH KEPADA HAMBANYA YANG BERIMAN.

09 October 2013

Jam tangan kira detik ajal ?

Ingin tahu bila kita nak mati? Beli jam Tikker !



JAM tangan Tikker direka untuk meramal dan mengira detik kematian seseorang.



STOCKHOLM, Sweden - Sebelum ini terdapat laman web yang boleh meramal bila ibu bapa anda akan mati.

Kini terdapat sejenis jam tangan yang bukan sahaja meramal tarikh kematian seseorang tetapi mengira detik waktu tersebut.

Sebuah akhbar melaporkan jam tangan jenama Tikker itu membuat ramalan tersebut berpandukan maklumat kesihatan yang diisi oleh pemiliknya.

Selepas data diisi, jam tangan Tikker akan memulakan pengiraan detik kematian individu tersebut.
Gajet yang juga dikenali sebagai 'jam tangan kematian' itu dicipta oleh pereka dari Sweden, Frendrik Colting.

"Saya mereka jam tangan elektronik ini bukan untuk menakutkan pengguna," kata Colting.
"Sebaliknya, saya mahu mereka lebih menghargai kehidupan dan masa yang mereka ada," tambahnya.

Skrin atas jam digital itu memaparkan tahun, bulan dan hari manakala paparan bawah mempunyai kiraan detik jam, minit dan saat.
Jam tangan itu yang didatangkan dengan warna putih dan hitam, dijual di pasaran pada harga sekitar AS$59 (RM188). - Agensi

Ustazah Zawiah Hassan Ahad Ini

KULIAH FEKAH UNTUK MUSLIMAH
AHAD
13 OKTOBER 2013
JAM:  11.15 PAGI
TEMPAT: SURAU ALHIJRAH
PENCERAMAH: USTAZAH ZAWIAH HASSAN
MANTAN KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN JAKIM (BHG KEKELUARGAAN ISLAM)
 
SEMUA MUSLIMAH DIJEMPUT HADIR

07 October 2013

KULIAH MAGHRIB KHAS- KELEBIHAN KORBAN DAN AKIKAH

HARI:  RABU
MASA: SELEPAS SOLAT MAGHRIB
TARIKH: 9 OKTOBER 2013
TEMPAT:SURAU ALHIJRAH
PENCERAMAH:  USTAZ ADLIN SALLEH - PENSYARAH UNISEL

 
 
SEMUA  DIJEMPUT HADIR.

KELEBIHAN IBADAH KORBAN DAN HUKUMNYA

Terdapat hadis di mana Rasulullah s.a.w. bersabda;

مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً


“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina ‘Aisyah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini adalah hasan.

Hukum korban ialah sunat muakkad (iaitu sunat yang amat-amat digalakkan oleh agama) bagi orang yang memenuhi syarat-syarat berikut;
1. Muslim
2. Baligh dan berakal
3. Bebas/merdeka
4. Ada kemampuan; iaitu memiliki lebihan belanja setelah ditolak nafkah dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal sepanjang hari raya dan hari-hari tasyriq.

Ibadah ini terbuka kepada semua orang Islam yang memiliki kelapangan atau kemampuan sama ada orang badar atau orang kampung/pedalaman, orang dalam musafir atau berada dalam negeri dan termasuklah kepada jamaah haji di Mina. Terdapat riwayat dalam Soheh Imam Bukhari dan Muslim yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. melakukan korban di Mina bagi isteri baginda dengan menyembelih lembu. (Riwayat dari Saidatina Aisyah r.a.)

Dimakruhkan meninggalkan ibadah korban ini bagi orang yang memenuhi syarat-syarat di atas. Berkata Imam as-Syafi’ie; “Aku tidak memberi rukhsah untuk meninggalkannya bagi sesiapa yang mampu melakukannya” (yakni Imam Syafi’ie memandang makruh meninggalkannya bagi orang yang mampu).

Wallahu A'lam.

05 October 2013

Roti Canai Teh Tarik Bersama Dr Azhar Yaakob


 
Ahad
6 Oktober 2013
Kedai Pak Din, Depan Blok B, PPR Pantai Ria
7.30 pagi hingga 9 pagi
 
Makan dan minum percuma
 
Semua dijemput hadir

9 Ekor kerbau Untuk Ibadah Korban

Kerbau menjadi pilihan untuk dikorbankan oleh Surau AlHijrah


Buat masa ini, pihak Surau mengesahkan bahawa jumlah kerbau yang akan dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha nanti ialah 9 ekor. Kemungkinan terdapat tambahan lembu sumbangan pihak2 tertentu pada minggu hadapan.

Kami ingin mengingatkan kepada para penduduk yang ingin membantu ibadah korban ini, jumlah petugas yang telah didaftarkan dengan En Aliudin (Ketua Petugas) kini adalah seramai 80 orang  dan jumlah ini adalah mencukupi . Kami tidak dapat menerima lagi nama2 tambahan. Yang lain boleh datang untuk majlis jamuan nanti.

Pada Hari raya Korban kali ini, kami akan memasak seekor kerbau untuk jamuan dan semua penduduk dipersilakan ke jamuan  pada 15 Oktober 2013. Selasa jam 12.00 tengahari diperkarangan surau.

Terimakasih kepada semua petugas yang telah memberi nama. Pastikan anda telah membawa pakaian yang sesuai untuk bertugas serta peralatan seperti pisau/kapak dan sebagainya. Program ini akan bermula sebaik sahaja selesai Solat Sunat AidilAdha dan anda tidak perlu balik semula kerumah untuk bertukar pakaian.

03 October 2013

Sertai Ibadah Korban melalui Perkim

PROGRAM IBADAH KORBAN MELALUI PERKIM
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
YAB/YB/YBM/YABhgTun/Y.Bhg Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan
RAYUAN PROGRAM IBADAH KORBAN 1434H/2013M MELALUI PERKIM KEBANGSAAN

Merujuk kepada perkara di atas, PERKIM sebagai sebuah pertubuhan dakwah dan kebajikan, sentiasa berusaha untuk menganjurkan pelbagai program/aktiviti bercorak keagamaan dan kebajikan. Antara program yang dianjurkan setiap tahun ialah IBADAH KORBAN, bagi individu-individu/keluarga-keluarga yang berniat/berhajat untuk mengagihkan daging-daging korban tersebut kepada golongan-golongan daif/fakir miskin, saudara baru, orang kurang upaya (OKU), anak-anak istimewa, warga emas, masyarakat Islam di perkampungan Orang Asli dan Pelarian Islam di seluruh negara.

2. Untuk tahun ini, PERKIM bercadang akan meneruskan program ini sepertimana tahun-tahun sebelumnya. Sehubungan itu, PERKIM mengharapkan YAB/YB/YBM/Y.ABhg Tun/Y.Bhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan sudi bersama PERKIM untuk tujuan tersebut. Bagi tujuan itu, PERKIM telah menetapkan kadar bayaran korban untuk tahun ini ialah RM430.00 untuk satu bahagian atau RM3,010.00 untuk harga seekor lembu.

3. Sumbangan/cek berpalang hendaklah ditulis atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA. [Akaun PERKIM Tabung Kebajikan Tunku: 1050 2000 2899 – Affin Bank]. Sumbangan korban melalui PERKIM akan dikeluarkan resit rasmi dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.

4. Disertakan bersama-sama ini Borang Wakalah untuk diisi oleh YAB/YB/YBM/Y.A.Bhg Tun/Y.Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan dan dikembalikan ke Ibu Pejabat PERKIM Kebangsaan seperti alamat tertera untuk tindakan selanjutnya sebelum/pada 09 Oktober, 2013. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Azizah Mohd Yusoff/Hashimah Hashim di talian 03–40412482 Sambungan 606/615.

5. Selamat menjalani ibadah korban dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha 1434H.

Sekian, terima kasih. Wasallam.


TAN SRI DR. MOHD YUSOF NOOR
Setiausaha Agung Kehormat
Link ke website Perkim
 
http://www.perkim.net.my/event.cfm?eventID=547D5DA5-D9DD-C6BC-2390E4BD27CD8A8F

02 October 2013

Moga Anda Berjaya Dalam PMR

 
Peperiksaan PMR bermula hari ini sehingga 9 Oktober 2013.  Moga anak2 PPR Pantai Ria akan beroleh keputusan cemerlang dan boleh melanjutkan pelajaran kesekolah berasrama penuh seperti MRSM atau Sek Men Sains. Tahun depan tiada lagi PMR !
 
Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR bakal digantikan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
Penilaian tersebut akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) merungkai empat subjek untuk dinilai kepada pelajar selain memberi dua cara untuk menjawab soalan sama ada dalam bahasa Malaysia atau Inggeris.
Menurut sumber, perkara tersebut akan diterangkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri sebelum penghujung tahun ini.
Pelaksanaan dan peperiksaan akan dijalankan oleh guru di sekolah tersebut dengan pemantauan LPM yang bertindak sebagai pemerhati.
Peperiksaan itu hanya melibatkan empat subjek, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Walaubagaimanapun, mata pelajaran seperti Geografi, Sejarah, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup akan dinilai menerusi semakan berperingkat dibawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) seperti kerja khusus, kursus amalan dan projek.
PMR yang bermula hari ini  mula diperkenalkan pada 1993 menggantikan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).






 

01 October 2013

Rokok Kini RM12.00 Sekotak - Masa Untuk Berhenti Merokok

Perokok membayar RM12.00  sekotak untuk menikmati berbagai jenis juadah racun  yang akhirnya membawa kemudaratan kepada diri sendiri!! Allah melarang kita merosakkan diri sendiri tetapi kenapa manusia engkar? Kerana nikmat merokok itu lebih utama ....


KUALA LUMPUR – Pengeluar rokok, British American Tobacco Berhad (BAT Malaysia) dan JT International Berhad (JTI) mengumumkan kenaikan harga rokok keluaran syarikat masing-masing sebanyak RM1.50 hingga RM2 sekotak.

Ini menjadikan harga rokok seperti Dunhill, Kent, Winston, Salem dan Camel untuk 20 batang sekotak berharga RM10.50 hingga RM12 berkuat kuasa serta-merta bermula semalam.

Kedua-dua pengeluar rokok berjenama di Malaysia itu mendakwa, pihak mereka terpaksa menaikkan harga rokok keluaran masing-masing ekoran berdepan dengan peningkatan cukai tembakau sebanyak 14 peratus oleh industri selain saingan perdagangan rokok haram yang diseludup masuk ke negara ini.

Kenaikan harga rokok di negara ini dilakukan dalam tempoh empat bulan selepas BAT Malaysia dan JTI mengumumkan kenaikan rokok pada ke 3 Jun lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2gStMtEND
Hakcipta terpelihara