11 October 2013

Ribut Landa Mina, Arafah

Sebahagian khemah menempatkan jemaah Malaysia runtuh dan rosak akibat hujan dan angin kencang di Arafah, kelmarin. - BERNAMA



Laporan rasmi Tabung Haji
 
 
JEDDAH 10 Okt. - Sebanyak tujuh orang cedera ketika hujan diiringi angin kencang melanda kawasan Mina dan Arafah, semalam.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam bagi Haji, Kolonel Abdullah Al-Harthy berkata, tanah suci menerima hujan sederhana yang mengakibatkan kerosakan ke atas beberapa khemah sementara yang didirikan di Arafah.

Katanya, kenderaan penduduk tempatan turut mengalami kerosakan akibat terkena serpihan zink yang digunakan sebagai pagar khemah diterbangkan ke udara.
''Sejurus menerima amaran daripada Pejabat Meteorologi dan Alam Sekitar (PME) tentang kemungkinan hujan lebat dan angin kencang, Jabatan Pertahanan terus mengambil langkah berjaga-jaga dan keselamatan bagi menangani kemungkinan situasi kecemasan.

''Kami memindahkan hampir semua pekerja yang bertugas di Arafah dan me
mbekalkan pasukan penyelamat dengan peralatan kecemasan,'' katanya, sambil menambah kata bahawa tanah suci Mekah turut dilanda hujan semasa lawatan Menteri Dalam Negeri, Putera Muhammad Naif ke situ.

Dalam perkembangan berasingan, Muhammad berkata, Arab Saudi mengerahkan sebanyak 95,000 anggota pasukan keselamatan ke Mekah dan beberapa kawasan suci lain di negara ini bagi memastikan keselamatan kira-kira dua juta jemaah yang sedang menunaikan ibadah haji.
Katanya, jemaah haji turut diminta tidak merosakkan musim haji tahunan ini kerana kepentingan politik dan perbezaan fahaman mereka kerana ia sama sekali dilarang.

Katanya, pasukan keselamatan Arab Saudi juga telah bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan serangan pengganas atau ancaman sepanjang musim haji.
''Kami berharap jemaah haji dapat menunaikan ibadah dengan aman dan sejahtera,'' katanya ketika memeriksa kem pasukan keselamatan di Mina. - AGENSI

MOGA SEMUA JEMAAH HAJI MALAYSIA SELAMAT DAN DAPAT MENUNAIKAN WUKUF DI ARAFAH DENGAN SELAMAT. INI ADALAH UJIAN ALLAH KEPADA HAMBANYA YANG BERIMAN.

No comments:

Post a Comment