Kepada
Semua Jemaah/Penduduk PPR Pantai Ria Yang DiRahmati Allah SWT
Terlebih dahulu kami berterimaksih kepada
semua peserta2 korban/akikah, petugas2 serta ajk surau yang telah bekerjasama
serta bertukus lumus bekerja dari awal
pagi hingga petang untuk memastikan kelancaran program ibadah korban pada
tahun ini. Pada tahun ini juga, bilangan kerbau/lembu
sebanyak 10 ekor adalah jumlah korban yang terbesar yang pernah surau kita laksanakan. Insyaallah, dengan sokongan anda
semua, kita akan lakukan ibadah korban yang lebih besar pada tahun hadapan,
InsyaAllah.
Kami, ahli jawatankuasa surau, telah berusaha sedaya upaya kami untuk
memastikan perjalanan program korban berjalan lancar. Kami telah cuba
melaksanakan ibadah korban dengan penuh rasa ikhlas, amanah dan tanggungjawab. Namun, segala susahpayah kami itu telah diatasi dengan tuduhan fitnah yang
tidak berasas.
Berikut adalah penjelasan kami kepada
beberapa tuduhan yang dibuat oleh pengadu dalam ruangan komen blog
suraualhijrah baru2 ini dibawah tajuk, Program Ibadah Korban 1434Hijrah.
Isu No.
1: Petugas Luar Tak Boleh?
Berkenaan isu petugas dari luar, ditegaskan
disini bahawa kami tidak pernah menetapkan bahawa hanya petugas dari PPR Pantai
Ria sahaja yang boleh mendaftar. Ini kerana ada juga orang luar yang melakukan
ibadah korban seekor kerbau ditempat
kita dan mereka menghantar saudara-mara mereka untuk membantu.
Isu No.
2: Jumlah Sebenar Agihan Daging Korban
Daripada 9 ekor kerbau dan 1 ekor lembu,
telah diagihkan kepada:-
Peserta:
70 orang X 5kg seorang = 350 kg
daging
Petugas: 160 orang X 2 kg seorang = 320 kg
daging
Orang ramai: 390 orang X 1 kg seorang = 390 kg
daging(berdasar rekod pengagihan)
Untuk masakan/jamuan: 80 kg daging
Jumlah keseluruhan daging yang diagihkan
: 1,140
kg (anggaran).
Isu
No. 3:
Berat Keseluruhan Daging Korban/Akikah
Berat purata seekor kerbau: 120kg X 9 ekor=
1080 kg
Berat seekor lembu = 60kg
Berat
bersih daging adalah 1,140kg (anggaran)
Jadi, mana lebihan daging yang kami nak
simpan/sorok? Semuanya dah diagihkan seperti yang sepatutnya.
Isu No.
4: Jamuan Makan Untuk 1300 Orang ?
Walaupun daging seekor kerbau telah
diproses/dipotong kecil, tetapi hanya 80 kg yang digunakan/dimasak manakala
bakinya telah dihantar/dikembalikan ke
bahagian timbangan untuk ditimbang dan diagihkan semula kepada orangramai.
Sebanyak 40kg beras JATI telah dimasak yang
boleh dimakan oleh anggaran 500 orang. Kami menganggarkan antara 500 hingga 550
orang telah menikmati jamuan pada hari tersebut. Orang yang makan bukan sahaja
petugas2 tetapi termasuk juga penduduk2/orang luar serta ramai kanak2 yang turut makan.
Jadi, tuduhan yang makanan yang dimasak
boleh dimakan oleh 1,300 orang adalah
tidak benar dan mengarut.
Isu No.
5 : AJK Menyimpan Daging Korban di Kedai
Pengerusi Surau?
Selepas program berakhir pada hari
berkenaan, terdapat seramai 13 orang peserta korban tidak hadir mengambil
bahagaian mereka iaitu 5 kg daging setiap seorang. Maka untuk mengelakkan
daging korban menjadi busuk serta atas dasar amanah, kami membuat keputusan
menyimpan daging2 korban tersebut di peti sejuk kedai Pengerusi kerana
beliau mempunyai ruang peti sejuk yang besar sementara menanti peserta2
korban yang berkenaan datang mengambilnya.
Walaubagaimanapun, selepas kami menghubungi
peserta2 terlibat, kesemua peserta2
berkenaan tidak mahu mengambilnya bahkan mereka
menyumbangkan kembali kepada pihak surau untuk diagihkan kepada penduduk yang belum mendapatnya . Maka,
pengerusi surau serta beberapa orang ajk serta petugas , atas dasar prihatin,
telah mengagihkan daging2 korban tersebut kepada penduduk2 serta orang ramai.
Senarai nama penerima daging2 korban tersebut ada direkodkan oleh Pengerusi
sebagai bukti. Sesiapapun boleh menyemak nama2 penerima daging korban tersebut
dengan pihak surau.
Tiada agenda tersembunyi atau sengaja
menyimpan daging seperti yang didakwa oleh pengadu tersebut. Ini adalah fitnah
semata-mata yang bertujuan untuk memburukkan imej pengerusi serta ajk surau
keseluruhannya. Sebenarnya tidak ada daging korban yang disimpan dengan sengaja
untuk diberikan kepada kaum keluarga dan sebagainya.
Isu No 6: Penduduk
Yang Tak Mendapat Daging Korban
Memang benar, Pengerusi surau ada bertanya
kepada seorang penduduk samada beliau telah mendapat daging korban atau belum
pada kira2 jam 2.30 petang hari Selasa. Individu ini berkata beliau belum mendapat serta
mengadu yang adik-beradiknya juga belum mendapat daging tersebut.
Sebenarnya untuk pengetahuan anda, orang ini telah pun
mendapat 2 kg daging dari pihak surau untuk beliau dan anaknya
pada jam 12.30 tengahari pada hari Selasa semasa pengagihan daging sedang
dibuat. Kami juga mendapati orang yang
sama juga mendapat 2 kg daging dari bahagian petugas seorang ajk surau.
Jelas kita semua telah dibohongi dan ditipu
oleh individu ini. Kesimpulan
Semoga penjelasan kami ini menerangkan kepada
anda semua apa yang sebenarnya berlaku pada hari berkenaan. Kami mohon kepada
pihak2 yang berkenaan untuk tidak membuat
tuduhan melulu tanpa bukti yang sahih dengan tujuan berbuat fitnah sahaja. Janganlah “baling batu
sembunyi tangan” dengan niat yang jahat.
Moga Allah SWT menjernihkan semula hati anda dan moga anda dekat semula dengan
rumah Allah SWT. Ingat, hidayah adalah
dari Allah dan bukan dari manusia.
Pengiktirafan Kerajaan Terhadap Surau AlHijrah
Jika kepimpinan surau bermasalah, tidak amanah serta tidak berkesan, bagaimana
mungkin pihak JAWI dan MAIWP mahu mengiktiraf Surau AlHijrah PPR Pantai Ria
sebagai surau yang cemerlang/terbaik dari segi pengurusan/aktiviti
kuliah/aktiviti masyarakat bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Putrajaya dan Labuan untuk tahun 2012 ? Anugerah
ini beserta trofi dan wangtunai
RM5,000.00 telah disampaikan oleh YAB
Timbalan Perdana Menteri pada 22 April 2013 yang lalu. Bahkan kami menggunakan semula
semua wang kemenangan ini (serta wang tambahan dari sumbangan orangramai) dengan memasang 5 set grill disemua 5 pintu sliding surau bertujuan menjaga keselamatan barang2 didalam
surau.
Kami bukan riak, tetapi pencapaian
sebagai surau cemerlang bukanlah mudah
dicapai jika tidak disertai dengan keikhlasan dalam menjalankan amanah
mentadbir rumah Allah. Jika menguruskan
rumah Allah dengan niat yang lain atau menyimpang dari landasan agama, maka ditakuti
kemurkaan Allah yang akan menimpa.
Wallahualam.
Pengerusi Surau AlHijrah PPR Pantai Ria
Tahniah Suraualhijrah kerana Berjaya merangkul surau terbaik KL .
ReplyDeletesuraukini
Tahniah surau alhijrah👍👍
ReplyDelete