Untuk ibadah korban pada tahun ini, pihak AJK Surau Al HIjrah telah menetapkan bahawa pembahagian daging korban untuk orang ramai akan diadakan selepas sahaja semua kerja2 melapah , memotong / menimbang dan membungkus telah selesai.
Dijangkakan semua kerja2 akan selesai pada jam 12.00 tengahari. Pengumuman melalui speaker surau akan dibuat memaklumkan bahawa pembahagian daging korban untuk penduduk akan bermula.
Kami tak akan mengedarkan sebarang kupon. Namun setiap rumah akan dihadkan untuk 1 bungkus daging korban sahaja. Daging akan diedarkan sehingga habis. Petugas2 kami akan memastikan kelancaran pengagihan daging korban .
Semua penduduk PPR Pantai Ria dipersilakan datang ke surau pada hari Selasa ini untuk mengambil daging korban tersebut berdasarkan siapa cepat.
12 October 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Baik.. terima kasih..
ReplyDelete