24 June 2009

Buku Lawatan Polis Hilang !

Nampaknya ada orang yang tak puas hati dengan tindakkan surau meletakkan buku lawatan polis di tempat letak kereta blok C. Kita patut bersyukur kerana sejak 1 bulan yang lepas, pihak polis pantai pada setiap hari, sekurang2nya 2 kali sehari membuat rondaan ke kawasan kita sambil menandatangani buku lawatan sebagai tanda kedatangan mereka. Ini sebenarnya yang semua orang harapkan supaya kedatangan polis akan mengurangkan kadar jenayah di tempat kita.

Malangnya ada orang yang telah mengambilnya semalam (23 Jun 2009) dengan memotong tali pada buku tersebut dengan niat yang tidak kita ketahui. Tetapi tindakkan "nakal" ini tidak sekali-kali akan melemahkan semangat kita. Kita akan terus bertindak dengan apa cara sekalipun demi faedah semua masyarakat di PPR Pantai Ria.

Kita berharap penduduk2 yang prihatin dapat membantu kita mengawasi buku tersebut supaya tidak lagi diambil oleh orang yang tidak bertanggungjawab . Buku baru telahpun dipasang semula pada hari ini, 24 Jun 2009.

Wassalam.

1 comment:

  1. salam, saya hargai usaha ajk surau untuk terus menjalankan tanggungjawab demi kebaikan penduduk ppr pantai ria. mungkin ada dikalangan kita tidak setuju dengan peranan yang dijalankan oleh pihak surau tapi saya harap pihak ajk surau teruskan sumbangan untuk kepentintgan bersama.

    ReplyDelete