Jawatankuasa surau mengucapkan terimakasih kepada pihak DBKL dan pihak yang berkenaan yang memberi kelulusan untuk membesarkan ruang solat dibahagian luar surau sedia ada. Kami berharap ruang ini dapat disiapkan sebelum bulan Ramadhan ini. Difahamkan ruangan ini adalah kawasan ruang solat terbuka dengan dinding sekerat serta berbumbung. Bilangan penduduk yang menduduki PPR Pantai Ria telah bertambah dan kita jangka ruang solat sedia ada tidak lagi mampu menampung semua jemaah.
Kita sebenarnya amat berharap supaya pembinaan surau baru yang cukup dengan kemudahan yang dapat menampung 500 orang jemaah dikawasan lapang depan Blok D dapat disegerakan. Itulah yang kita perjuangkan selama 1 tahun yang lepas namun belum ada jawapan.
Binaan batu setinggi 4 kaki tinggi mengelilingi kawasan solat sedang
didirikan. Bumbung juga akan dipasang.
Pandangan dari bahagian lain.
Binaan batu setinggi 4 kaki tinggi mengelilingi kawasan solat sedang
didirikan. Bumbung juga akan dipasang.
Pandangan dari bahagian lain.
salam, saya cadangkan pihak ajk surau buat persediaan khemah, bagi menampong jemaah pada bulan ramadhan. khemah boleh di pasang disebelah surau berhampiran parking kereta. mohon pada dbkl bagi mendirikan khemah selama sebulan.
ReplyDeletelantai hendaklah diletak pelet dan playwood diatasnya, didinding sekeliling ngan canvas separuh pada waktu solat pada ramadhan nanti.
ReplyDeleteAssalamualaikum & salam sejahtera.
ReplyDeleteSaya mencadangkan untuk menampung jemaah yang semakin bertambah, pihak surau perlulah:
1. Memohon dengan pihak DBKL untuk membesarkan surau dengan mengambil ruang tempat letak kereta dan motosikal di hadapan surau (Tambahan 4 bay).
2. Ruang antara blok (gelanggang serbaguna)dipasang khemah untuk menampung bilangan jemaah/ruang makan/jamuan)
tempoh untuk kerja-kerja ubahsuai akan mengambil masa lebihkurang satu bulan dan surau sedia ada masih boleh digunakan semasa renovation dilakukan. Kos pun tak tinggi sangat. Sebab nak tunggu surau baru tak tahu bila siap.
Sekian, terima kasih.