09 June 2009

Mat Rempit = Samseng Jalanan














Motor tu ada 2 roda. Tapi orang kita ni kreatif tak kena tempat, guna 1 roda saja. Mungkin kita boleh reka motor yang ada 1 roda , tak boleh lah lagi nak angkat roda macam dalam gambar ni!
















Kita melihat isu mat rempit sudah menjadi satu isu nasional sehinggakan polis sendiri telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menangani masalah ini. Mat rempit ini biasanya terdiri dari anak-anak Melayu yang pastinyalah Islam. Secara tak langsung, kelakuan merempit ini membawa satu imej yang amat negatif terhadap Islam itu sendiri. Kita malu kerana anak-anak melayu ini tidak lagi mempunyai perasaan segan terhadap nilai bangsanya sendiri yang terkenal dengan sopan santunnya. Tiada pula kita tengok anak2 bangsa lain yang dok merempit. Bila merempit ini dah jadi ketagih, bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan yang lain dah tolak ke tepi.

Dalam kita menyalahkan anak-anak ini 100% kerana merempit, kita tengok pula samada ibubapa mereka tahu yang anak mereka merempit. Sejauh mana ibubapa mereka ambil tahu tentang pergerakkan anak mereka terutama bila hari larut malam. Kita berharap ibubapa tidak mengambil mudah tentang hal ini. Kita mesti memantau kemana anak kita pergi, dengan siapa mereka berkawan dan sebagainya. Elok juga jika kita sibukkan anak-anak dengan aktiviti2 yang berfaedah.

No comments:

Post a Comment