20 January 2010

Kisah Penjualan Rumah PPR

Menurut beberapa orang penduduk PPR Pantai Ria yang telah mendapat surat tawaran dari DBKL untuk membeli rumah, mereka telah mengembalikan borang tersebut kepada DBKL dan diminta mencari sendiri bank untuk membuat pinjaman.

Apa yang mengejutkan mereka ialah tiada bank yang dapat memberi pinjaman 100% seperti yang dijanjikan oleh Menteri. Sesetengah bank hanya dapat beri pinjaman antara RM21,000 hingga RM31,000. Ini bermaksud kita perlu mencari lagi RM4,000 untuk mencukupkan RM35,000 harga rumah berkenaan.
Bila dicampur dengan duit peguam, stem, pindah hak milik, bayaran penyelenggaraan sebanyak RM5,000 lebih, maka jumlah tunai yang kita perlu sediakan adalah sebanyak lebih RM9,000. Ini adalah jumlah yang terlalu besar untuk dicari dalam masa terdekat.

Nampaknya harapan kebanyakkan dari penduduk untuk mempunyai rumah sendiri akan hanya tinggal impian. Berapa ramai yang mampu sediakan RM9,000 ? Diberitahu bahawa pada peringkat pertama ini, hanya 300 orang penduduk yang mendapat surat tawaran. Yang bakinya bagaimana? Mungkin DBKL nak test tengok berapa ramai yang betul2 nak beli atau berapa ramai yang ada duit ?

Saya menganggap apa yang berlaku adalah sesuatu yang tak disangka. Bagaimana Menteri Dato Raja Nong Chik semasa sesi penerangan di kawasan kita berkata yang loan 100% boleh dapat. Bukan saja loan 100%, tapi duit tambahan peguam dan sebagainya yang lebih RM5,000 tu pun boleh dimasukkan sekali dalam loan rumah. Tapi sekarang apa dah jadi?.

Nampaknya kerajaan telah membuat keputusan untuk menjual rumah PPR dengan tergesa-gesa tanpa membuat kajian dan perancangan dengan teliti. Banyak berlaku kepincangan sejak dari pengumuman oleh PM lagi. Pada hari Rabu yang lepas, 20/1/10, Dato RNC beritahu surat tawaran penjualan rumah yang telah dihantar itu mempunyai kesilapan fakta dan akan ditarik balik dan akan diganti oleh surat tawaran lain. Tempoh sebulan untuk membeli rumah PPR yang dinyatakan dalam surat itu juga silap, bakal pembeli dimaklumkan yang mereka tidak diberikan sebarang tempoh untuk membuat keputusan membeli rumah PPR. Mereka boleh membeli bila-bila masa atau bila mereka sudah ada wang !

Bagaimana pula janji DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk memperbaiki kecacatan rumah yang sangat teruk seperti lantai bocor, berlumut dan sebagainya. Aduan dah dibuat berkali-kali , dah naik jemu pergi ke pejabat kecil tapi tiada tindakkan juga.
Kita berharap supaya kerajaan dapat berbuat sesuatu supaya masalah pembelian rumah PPR ini tidak akan menjadi isu yang serius hingga menghakis kepercayaan rakyat terutama rakyat berpendapatan rendah, miskin, ibu tunggal, yang telah menghuni rumah PPR sekian lama dan amat berharap untuk mempunyai tempat berteduh yang dianggap sebagai rumah sendiri.

2 comments:

  1. Salam.

    Saya sudah berurusan dengan beberapa bank yang dilantik menguruskan perumahan PPR ini. Namun hampa dan sesetengahnya pula hanya boleh memberikan pinjaman 100% kepada mereka yang bekerja di sektor awam dan bukan kepada mereka yang bekerja di sektor swasta. Diharapkan pihak kerajaan yang melantik bank-bank yang mengurusan pinjaman PPR ini meletakkan kata putus kepada pihak bank supaya memberikan pinjaman 100% biar pun disektor mana sekalipun. Berilah kami peluang untuk memiliki rumah sendiri. Sekian. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Asslamualaikum... Semenjak tawaran pertama lagi sy sudah pergi kepada bank2 yg menawarkan pinjaman tetapi hampa... Ada yang berkata tiada maklumat lanjut atau kelulusan dari kerajaan belum diperolehi... Sekarang saya tunggu dan lihat shj...

    ReplyDelete