16 January 2010

Jom Masak Bubur Asyura

Semua penduduk PPR Pantai Ria dijemput untuk bergotong-royong memasak bubur Asyura pada hari Ahad ini, 17 Januari 2010 mulai jam 8.00 pagi di kawasan surau.

Kos untuk membuatnya adalah kutipan dari para penduduk. Sumbangan wang untuk membeli bahan2 mentah adalah dialu-alukan. Kita akan masak 2 jenis bubur asyura iaitu versi utara dan pantai timur.

Bubur Asyura Versi Pantai Timur (Resipi)

Bahan-bahan
1 kg beras
200 gm kacang hijau
1 kg santan
50 gm kerisik
satu sudu kecil serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan halba
10 keping gula melaka
10 ulas bawang merah-dimayang
5 ulas bawang putih-dimayang
1 inci halia-dimayang
500 gm jagung
100 gm gula pasir
sedikit rempah kurma,kari
2 liter air

Cara Buat

Masak nasi sehingga pecah. Kacau sentiasa.
Masukkan kacang hijau dan jagung kacau hingga kacang hijau kembang
Masukkan bawang, kerisik, halia dan rempah serta rempah kurma. Kacau lagi.
Masukkan gula melaka dan gula.
Akhir sekali masukkan santan dan kacau sehingga adunan pekat.
Sejuk adunan dalam dulang berlapik daun pisang.

Bubur Asyura Versi Kedah - Resipi

Bahan-Bahan:
1kg tepung beras
1kg gula pasir
½kg gula merah (masak dan ditapis)
½kg kacang kuda (direbus)
1kg kacang hijau (direbus)
½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
2kg pisang
200g sagu
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan

Cara Buat:

1.Bancuh tepung beras bersama 7 liter
air,kacau di atas api.
2.Masukkan pati santan dan daun
pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
3.Masukkan gula pasir,gula merah dan
garam.
4.Masukkan kacang hijau,kacang kuda,
jagung dan keledek.
5.Masukkan kesemua bahan yang lain dan
kacau sehingga masak.
6.Bila sudah masak tuang ke dalam acuan
dan sejukkan sebelum dipotong.
Cadangan Hidangan:
Jika suka boleh juga dimasak dengan memasukkan isi durian.

No comments:

Post a Comment