30 January 2010

Persatuan Penduduk PPR Pantai Ria Mula Nak Bergerak !

Beberapa hari lalu, saya menerima 2 borang pendaftaran sebagai ahli persatuan penduduk PPR Pantai Ria. Yurannya adalah RM10 sekali bayar serta RM12 lagi sebagai yuran tahunan. Jumlah semua adalah RM22.00 seorang. Suami atau isteri atau kedua2nya boleh mendaftar sebagai ahli.
Nama rasmi mereka adalah PERSATUAN PENDUDUK BLOK A, B, C DAN D PPR PANTAI RIA. Pengerusi Penajanya adalah En Radzi (Blok B), Timbalan Pengerusi Imam Jani Bin Imam (Blok C) manakala Bendaharinya ialah En Kahar Abdullah (Blok D) yang juga merupakan Bendahari Surau Al HIjrah.

Namun ramai yang bertanya kepada saya tentang beberapa persoalan yang tak mampu saya jawab. Ini kerana dalam borang tersebut terdapat beberapa perkara yang memerlukan maklumat lanjut.

Saya masih menunggu beberapa maklumat yang sahih sebelum saya sendiri mendaftar sebagai ahli. Saya sendiri menyokong penubuhan Persatuan Penduduk untuk kepentingan kita semua dan tidak ada halangan untuk saya menyokong semua aktivitinya selagi prinsip pimpinannya (yang bertaraf Penaja) untuk berjuang bagi faedah penduduk2 didokong dengan jujur dan beramanah.

1 comment:

  1. assalamualaikum, betul kata saudara. dalam borang tu
    1. mengapa nak jadi ahli persatuan penduduk kena ada pencadang n penyokong (cam nak masuk parti politik lah pulak)
    2.syarat pertama dalam borang terlalu mencurigakan, suruh patuh syarat tapi tak sertakan syarat
    3. siapa kah mereka mereka nie, kalau penaja letak lah senarai ajk kat lif supaya senang penduduk mengenali
    4. ngapa dah lebih 7 bulan baru nak cari ahli.....slow lah
    dan banyak lagi .............?????????

    ReplyDelete