Firman Allah SWT
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan
(anak-anak) kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin
bagi orang-orang yang bertakwa”( QS. al-Furgan : 74)
Bagaimana hati kita hendak senang mengenangkan gejala sosial serta berbagai lagi masalah melibatkan anak2 serta golongan remaja di kawasan PPR Pantai Ria yang sekarang ni sangat membimbangkan ibubapa terutama yang mempunyai anak remaja. Walaupun mereka ni bukan anak kita, tapi mungkin akan mempengaruhi anak kita.
Kita dapat melihat mereka ini, lelaki dan perempuan, tidak kira masa akan lepak di bawah blok kita samada blok A, B C atau D atau di taman. Bukan saja mereka lepak tetapi kadang-kala perlakuan yang tak senonoh dapat dilihat. Sangat menjengkelkan kerana mereka ni langsung tak mengendahkan kita yang melihat perlakuan sumbang tersebut serta tiada perasaan malu langsung.
Walapun kadangkala kita berhajat nak menegur, tapi kadangkala risau juga, nanti budak2 ni akan calarkan kereta kita atau rosakkan motor kita. Ini dah biasa berlaku pada sahabat2 kita yang menegur perlakuan nakal budak2 ni. Budak2 zaman sekarang sangat berbeza dengan budak2 dahulu, tak makan saman kata orang !
Sebagai penduduk serta sebagai ibubapa yang sedih dengan perkara ini, marilah kita sama2 memikirkan apatah tindakkan yang kita boleh lakukan. Untuk bertindak berseorangan, tak mungkin akan berkesan. Semua tindakkan kita mestilah secara berjemaah supaya lebih berkesan.
Hadis Nabi
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
Saya berpendapat, masalah sosial anak2 sebahagian besar bermula dari rumah. Pendidikan asas bermula dari rumah kita sendiri. Sebagai ibubapa, kita boleh mengambil tindakkan awal seperti berikut:-
1. pastikan mereka berada dirumah pada waktu/masa yang sepatutnya.
2. tahu siapa kawan2 mereka dan dimana kawan2 mereka tinggal
3. memastikan mereka tidak berkawan dengan budak2 yang suka melepak, merokok
4. memastikan anak2 kita sibuk dengan aktiviti yang sihat seperti riadah, sukan
5. memastikan jika ada kerja sekolah, ia dilangsaikan dahulu sebelum keluar bermain
6. cara pergaulan kita dengan anak2 mestilah sesuai dengan usia mereka.
7. paling penting, pastikan anak2 kita solat 5 waktu. Paling baik ialah berjemaah bersama kita. InsyaAllah, anak2 yang terdidik dengan solat akan mudah menerima nasihat serta tidak mudah terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat.
8. berdoa supaya anak2 kita yang sedang meningkat remaja akan dijauhkan Allah dari perkara yang tidak elok.
Amin.
28 September 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment