01 September 2012
Misteri Orang Amish
Komuniti orang Amish di Virginia dan Winsconsin, Utara Amerika. Terpisah dari arus kemodenan.
Pakaian tipikal orang Amish. Dengan rupa yang hampir serupa
Satu bangsa di dunia ini yang saya boleh katakan sangat misteri kehidupan mereka ialah orang Amish yang hidup di Amerika utara. Kenapa mereka ini misteri, cuba lihat fakta2 dibawah:-
1. Mereka akan membiarkan janggut tumbuh semahu-mahunya selepas berkahwin. Bagi lelaki bujang, merekatidak digalakkan berjanggut. Janggut juga adalah lambang kematangan, kedewasaan dan keberanian.
2. Orang Amis tidak sukakan kehidupan moden. Mereka hidup dengan cara yang amat primitif. Mereka menaiki kereta kuda kemana-mana mereka pergi kecuali tempat yang terlalu jauh, kena naik kereta juga !
3. Mereka tidak suka barang-barang letrik. Semua kegiatan ekonomi berasaskan cara tradisional. Membajak menggunakan kuda.
4. Kehidupan seharian berlegar dalam perkampungan dan kelompok mereka sahaja.
5. Orang2 Amish terkenal dengan kerja-kerjatangan mereka yang halus dan berkualiti. Produk kraftangan mereka menjadi perhatian pelancong yang berkunjung ke perkampungan mereka.
Menggunakan peralatan tradisional untuk memasak
6. Mereka berpendapat janggut ada disebut dalam Bible, sebab itu menjadi trademark orang2 Amish untuk berjanggut. Walaubagaimanapun, bermisai adalah dilarang sama sekali.
7. Orang2 Amis mempunya undang2 mereka sendiri yang tidak bertulis tetapi diturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
8. Dianggarkan terdapat hampir 200,000 orang Amish diseluruh Amerika Utara.
9. Mereka amat mudah dikenali dengan janggut yang panjang, seluar hitam, bertopi.
Orang Amish
Wanita Amish dengan pakaian trademark mereka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment