04 September 2012
Daftar Haji Hari Ini, Giliran Anda 39 tahun lagi!
Baitullah, impian seorang Muslim ialah bilakah masa akan sampai untuk menunaikan panggilan Haji ?
Memang benar, jika anda ke tabung haji hari ini untuk mendaftar menunaikan haji, menyimpan dan membuka akaun tabung haji sebanyak RM1300.00 sekurang-kurangnya, maka, besar kemungkinan tahun giliran anda untuk menunaikan haji secara muasassah (biasa) bersama tabung Haji ialah selama 39 tahun lagi atau tahun 2051!
Jika umur anda hari ini 40 tahun baru nak mendaftar, maka anda hanya layak ke Mekah pada ketika umur anda 79 tahun !! Ini bukan lawak jenaka, tapi senarai yang telah mendaftar di Tabung Haji adalah seramai 930,000 orang setakat hari ini. Semuanya terpaksa menunggu giliran. Setiap tahun, hanya 28,000 jemaah yang boleh ke Mekah untuk menunaikan haji seperti kuota yang diberi oleh kerajaan arab saudi.
Tapi ingat, walaupun wang simpanan anda di Tabung haji telah cukup RM1,300.00 tetapi anda tidak mendaftar untuk menunaikan haji, maka nama anda masih belum dimasukkan dalam giliran yang seramai 930,000 orang itu ! Jangan beranggapan, jika wang simpanan telah cukup RM1,300 maka anda telah mendaftar secara automatik. Ini kerana membuka akaun simpanan di Tabung haji serta mendaftar untuk menunaikan haji adalah 2 perkara yang berbeza . Jika anda masih ragu2 samada anda telah mendaftar untuk menunaikan haji, sila rujuk ke kaunter tabung Haji dengan segera ! Perkara ini diberitahu oleh pegawai Tabung Haji kepada saya tidak lama dulu.
Walau bagaimanapun. Tabung Haji difahamkan bersedia mempertimbangkan rayuan oleh para bakal jemaah yang telah berusia 75 tahun keatas walaupun giliran belum tiba . Kadar bayaran muasassah memunaikan haji tahun ini ialah RM9,900 seorang. sama seperti tahun lepas.
Bagi anda yang berkemampuan, tak perlulah menunggu giliran yang terlalu lama, cukup sekadar mendaftar dengan agensi haji dan umrah swasta, bayar sebanyak RM20,000 hingga RM120,000.00 seorang mengikut pakej haji pilihan anda, dan ya, tahun depan anda boleh terbang ke Mekah menunaikan haji. Inilah salah satu keistimewaan orang yang berduit di malaysia !
Samada ini adil atau tidak, tidak dapat saya katakan disini. Cukup bagi saya menyampaikan pendapat seorang Ustaz yang popular tentang perkara ini, katanya, terpulang kepada nawaitu masing2, jika itu kemampuannya untuk pergi dengan pakej swasta, maka tiada masalah. Jika tak mampu, tunggu sajalah 39 tahun lagi !
Komen saya, kerajaan kena membuat satu undang2 atau prosedur, dimana setiap seorang rakyat Malaysia hanya boleh menunaikan haji secara muasassah sekali seumur hidup, jika nak pergi kali ke 2 dan seterusnya, maka dia kena pergi dengan pakej swasta. Dengan cara ini, barulah semua umat Islam berpeluang menunaikan haji secara muasassah tanpa menunggu giliran yang terlalu lama !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rancang simpanan Haji dengan swasta. Simpan RM300 sebulan, 5 tahun dah layak gi HAJI GUNA PAKEJ SWASTA. Hubungi 017-3303304
ReplyDeleteBoleh kongsikan secara ringkas prosedur nak gi haji?
ReplyDeleteStep by step. Daftar dimana, kursus, penerbangan dll.
Terima kasih. :)