Cara sembahyang yang betul
adalah penting bagi memastikan ibadah solat kita diterima oleh Allah. Oleh yang
demikian, kami menyediakan panduan ringkas tentang cara2 mengerjakan solat
dengan kaedah yang betul sebagai panduan umum kepada kita
semua.
Panduan dibawah ini adalah contoh rukun bagi solat EMPAT
RAKAAT (isya', zohor dan asar). Bagi solat maghrib dan subuh, hendaklah menurut
bilangan rakaat solat tersebut iaitu tiga dan dua rakaat
masing-masing.
|
NIAT SEMBAHYANG (EMPAT
RAKAAT) |
|
Usalli
fardhaz 'isya'i arba'a raka'atin (*) adaan lillahi
ta'ala
Ertinya: Sahaja
aku sembahyang fardhu (isyak) empat rakaat (*) tunai kerana Allah
Ta'ala.
#
gantikan dengan asri (asar) atau
#zuhri (zohor)
*
tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang
berjemaah.
|
|
|
Selaraskan dan
rapatkan kedua-dua kaki, tangan juga hendaklah dirapatkan ke arah
badan.
|
|
Hendaklah berdiri betul menghadap kearah Kiblat, Kaabah
(Arah bagi orang-orang Islam bersembahyang, tempat di mana arah matahari
terbenam di Malaysia atau arah Barat)
Untuk lebih Khusyuk dalam sembahyang hendaklah tumpukan
perhatian kepada sembahyang dan ketahuilah anda sekarang berhadapan dengan Allah
serta pandanglah kearah tempat
Sujud.
|
|
|
Rapatkan kedua-dua tangan ke paha ketika
memasang niat dalam sembahyang yakni sebelum mengangkat
takbir.
|
|
TAKBIRATUL IHRAM BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT
TAKBIR
|
|
|
|
Allahu Akbar
Maksudnya:
Allah Maha
Besar
|
|
Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas
memasang niat dalam sembahyang sambil itu bertakbir seperti di
atas. |
|
Lintaskan didalam hati ketika waktu yang sama
mengangkat takbir niat kita bersembahyang.
Lelaki - di bawah
telinga Perempuan - di bawah paras
bahu |
|
|
BERDIRI RAKAAT PERTAMA (DO'A IFTITAH) TANGAN DI LETAKKAN DI ATAS PERUT
(PUSAT)
|
|
|
Allahu
Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila.
Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana
minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin.
La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal
muslimin.
Maksudnya: Allah
Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan
maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan
langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari
golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku,
ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekalian
alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku
ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim
(Islam).
|
|
|
|
|
|
Perempuan - Tangan di
atas |
Lelaki - Tangan
memegang |
Letakkan kedua tangan selepas mengangkat takbir (tangan
kanan di atas tangan kiri, beratkan ke sebelah kiri bagi
lelaki).
TERUSKAN DENGAN
MEMBACA
|
A'uzubillahi minassyaitanir rajim.
Maksudnya:
Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang kena
rejam.
|
|
|
|
Bismilla hirrahma
nirrahim.
Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki
yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal
lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim
waladdhalin.
Amin
(*).
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha
mengasihani.
Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekalian alam.
Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya
Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat
kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan
orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang
yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang
sesat.
Amin (*) (Perkenankanlah
permintaan Kami)
*
Sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah, tunggu selepas
imam membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika sembahyang zohor dan asar anda
dikehendaki membaca sendiri selepas bacaan do'a
iftitah).
|
KEMUDIAN BACA SEBARANG SURAH
CONTOHNYA:
|
|
|
Bismilla hirrahma nirrahim.
Inna a'ktainakal
kautsar. Fasalli lirabbika wanhar. Innasya niakahual
abtar.
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha
mengasihani.
Sesungguhnya Kami (Allah) telah kurniakan kepadamu
(Muhammad) nikmat yang banyak. Maka dirikanlah sembahyang kerana (syukur kepada)
Tuhanmu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah
yang
terputus.
|
|
TAKBIR KERANA RUKUK BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT
TAKBIR
|
Allahu
Akbar
Maksudnya: Allah Maha
Besar
|
|
|
Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga sambil itu
bertakbir seperti di atas.
|
|
|
RUKUK TUNDUK DALAM
KEADAAN 90 DARJAH
|
|
Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali) Maksudnya: Maha
suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat
kepujiannya.
|
|
Anda boleh juga membacanya lebih dari 3 Kali
dengan kiraan ganjil contohnya 5X, 7X, 9X, 11X ataupun sekali dan
sebagainya. |
|
Kedudukan tangan bagi muslimat ketika melakukan
rukuk, siku dirapatkan ke badan.
|
|
|
IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK) BERDIRI SAMBIL
MEMBACA DOA
|
Sami'allahu liman
hamidah.
Maksudnya: Allah
mendengar orang yang memujinya.
|
|
|
Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga dan baca ayat
diatas.
|
|
|
IKTIDAL SELEPAS RUKUK BERDIRI KEMBALI SEBELUM
SUJUD |
|
Rabbana
lakalhamdu.
Ertinya: Ya Tuhan
kami, Bagimu segala puji.
*
Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai
i'nba'du.(Ya Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak
yang Engkau
kehendaki).
|
Teruskan dari kedaan diatas menuju sujud yang
pertama.
|
|
|
SUJUD PERTAMATUNDUK HINGGA KE PARAS
LANTAI |
Subhana
rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
Maksudnya: Maha
Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat
kepujiannya.
|
|
|
Kedua tangan paras lantai, dahi juga hendaklah berkeadaan
seperti di sebelah.
|
|
|
Allahu
Akbar
Maksudnya: Allah
Maha Besar
|
|
DUDUK ANTARA DUA SUJUD DUDUK SEPERTI
MELUTUT |
Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini
wa'afini wa'kfu 'anni.
Maksudnya: Ya
Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku,
berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah
aku.
|
|
|
SUJUD YANG KEDUA (RUJUK KE LANGKAH
KELAPAN)TUNDUK HINGGA KE PARAS
LANTAI |
|
BERDIRI PADA RAKAAT KEDUA (RUJUK KE LANGKAH
KETIGA) TANPA MENGANGKATANGAN TERUS
BACA
|
|
SUJUD PERTAMA RAKAAT KEDUA (RUJUK KE LANGKAH
KELAPAN) TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI
|
|
DUDUK ANTARA DUA SUJUD RAKAAT KEDUA (LANGKAH 9) DUDUK
SEPERTI MELUTUT |
|
SUJUD KEDUA RAKAAT KEDUA (RUJUK KE LANGKAH
KELAPAN) TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI
|
|
BANGUN DAN SILA
ULANGI LANGKAH YANG SAMA SETERUSNYA SEHINGGA RAKAAT
KEEMPAT |
|
|
|
|
TAHYAT
AWAL DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA
TAHIYAT
AWAL
|
No comments:
Post a Comment