Cerita Ustaz Kazim .....................................................
Pengalaman DISANTAU!!!!
Saya dijemput menjadi imam
qiamulail,selesai kuliah subuh saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi,
dada saya sakit, badan tiba-tiba sahaja lemah, kepala pening..saya
muntah..masyaallah..darah membuak keluar. Di hospital doktor kata sy terkena
jangkitan virus. 6 hari terlentang, anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang
malam. Saya terlalu lemah, dada seperti dihiris-hiris. Setiap petang saya nampak
lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata
"padan muka..padan muka".
Teman(Kawan) saya datang tidur
dirumah, lari dia sebab dia nampak lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas
dia..Masyaallah badan makin lemah,mana-mana anggota dipegang pasti menjerit saya
kesakitan.
Saya dibawa ke Kedah dan Batu
Kurau untuk berubat. Di Batu Kurau dapatlah jawapannya..saya disantau, kuku
semua dah hitam, badan susut mendadak..beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari
dada saya,sakitnya Tuhan sahaja yg tahu. Bilal tua yang merawati saya kata
"sabar ni ujian Allah.."
5 tahun kemudian dia meninggal
kerana sakit tua. Sejak itu pantang saya ialah makanan yang tajam dan berbisa
sepeti tebu, rebung, kambing dan beberapa jenis lagi. Ini kali pertama saya
disantau. Perit, pedih dan sakit sangat, bagi yang pernah kena dia tau lah
macamana rasanya..kenangan yang menginsafkan 1996/97
1997.
Kesakitan akibat di santau
berterusan dan mengganggu kerja dakwah saya. Serangan kedua lagi teruk,ramai yg
datang membantu disamping amalan tertentu,gangguan dalam rumah makin
menjadi-jadi.Saya dibawa balik ke Kedah untuk berubat,doktor mengesahkan saya
tiada sebarang penyakit.
Tahapnya sampai orang masjid
datang baca Yasin..saya redha apa jua ketentuan Allah. Suatu malam, saya
bermimpi didatangi seorang ulama, memakai baju putih..mengucapkan
salam..dipegangnya dada saya dan dibaca beberapa potongan ayat Al Quran. Dia
kata esok ambik 7 benda ni dan mandi gosok seluruh badan..Insyaallah katanya
Allah bagi kesembuhan.
Dalam mimpi itu saya
dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyihir saya..gambar mereka ditunjuk
satu-satu..saya tersedar dari tidur..Masyaallah,mimpi apakah ini..mimpi benar
atau mainan?
Siang esoknya sy gagahkan diri
utk bercakap,minta disediakan 7 perkara itu,saya pun dimandikan dan saya masih
ingat lebih 2 minggu saya terlantar,batuk berdarah,hanya boleh minum susu
sahaja..Pagi saya mandi pada sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh
duduk..saya kata lapar..nak nasi..saya tengok org sekeliling saya menangis,saya
minta nak pegang anak saya,syukur dah boleh ingat banyak benda.
1998.
Saya pindah dari rumah sewa ke
rumah sendiri di Batu Gajah..dalam sibuk dok angkat barang,datang suami
isteri..saya kenal mereka,orang kaya,orang hebat deme ni.
Tiba-tiba suami dia peluk
saya,si isterinya menangis..dia kata
"maafkan kami ustaz"
berkali-kali diulang perkataan itu.
Saya tanya
"nape?"
Dia jawab "kami lah yg
menyihir ustaz,kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz".
Saya tanya "kenapa buat kat
saya mcm ni?"
Dia jawab "Saya terasa bila
ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yg tak berjemaah dimasjid, saya
geram,saya menyampah dgn kata-kata ustaz".
Saya jawab
"takpe..Alhamdulillah,saya tak marah dan simpan dlm hati".
Dia kata lagi "mereka berenam
terlibat."
"Enam org?" saya
terkejut..
Memang,saya kenal mereka
kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dalam mimpi saya itu. Saya sebut nama
lagi empat org,dia mengaku betul,mereka yang aniaya saya.Saya cakap.pesan pada
mereka saya maafkan mereka.
Sampai sekarang,kalau saya
terserempak mereka berdua,sisuami akan memeluk saya..satu keluarga rapat dan
tiap-tiap tahun mereka datang beraya(hari raya) dengan bawa sekali anak menantu
cucu..langsung tiada dendam dihati, Alhamdulillah.
2001.
Ketika itu menjadi Imam di Masjid
Al-Aulia,Ipoh. Tabiat saya ialah makan malam jam 6:30 petang..bila saya 3 kali
suap baru saya perasan ada banyak ulat didalamnya, bergerak-gerak,
MasyaAllah,bila saya buang ke lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.
Saya tanya isteri,ni nasi bila? Dia jawab baru
masak. 3 hari berturut-turut sebelum itu tikar getah rumah saya diselak-selak
sedangkan ada kusyen, meja makan dan almari kitab diatasnya. Berombak macam ada
orang mengibasnya. Itulah permulaan serangan ketiga pada saya dan kali ini
paling teruk,saya terlantar sebulan malah tak dapat mengingati orang
disekeliling saya. Sakitnya sangat kuat sehingga mengganggu
keluarga..berpuluh-puluh ustaz dan pengamal perubatan tradisional datang
membantu..saya ucapkan terima kasih kepada Dato' Ismail kamus, Dato' Syeikh Mohd
Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan yang tak putus dan jemu membantu dan ribuan
pelajar yang membuat solat hajat dan yang datang berubat dari seluruh
negara.
Inilah kesakitan yang paling saya deritai
hingga ke saat ini..Mungkin tuan puan kata saya ni dok cerita pengalaman
peribadi sahaja tapi saya ingin mengajak pada semua agar sabar dengan ujian dan
mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Kesakitan pada 2001 adalah pengalaman
yang sangat berharga kerana mendorong saya mempelajari ilmu perubatan Islam
secara lebih mendalam apabila Dato' Ismail Kamus berkata pada saya..."Anta
berubatlah akan diri anta sendiri.."
Alhamdulillah..selepas sebulan tak bangun, tak
boleh tidur, takde selera makan,hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin
Allah...saya temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia menemui
bangkai anjing ditanam dalam halaman rumah...Apa jenis manusia ini...Apa
salah saya...???
Apapun yang baiknya saya dapat belajar banyak
perkara dari ujian ini antaranya....saya belajar perubatan Islam..
kedua saya dapat tahu mana kawan masa susah
senang dan kawan masa kita senang sahaja..Terima Kasih kawan dan sahabat yang
tolong saya.
Ustaz Kazim Elias
No comments:
Post a Comment