PUTRAJAYA 6 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri, di Kompleks Seri Perdana pada raya pertama, mulai 10.30 pagi hingga 4 petang.
Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis itu dan bagi memastikan kelancaran trafik orang ramai diminta mengunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan percuma.Perkhidmatan bas akan beroperasi bermula 9 pagi hingga 5.30 petang dari tiga lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Laman Perdana 1Malaysia dan Masjid Putra.
Orang ramai boleh meninggalkan kenderaan masing-masing di tiga lokasi berkenaan untuk menaiki bas dengan kekerapan selang 15 minit.
Aidilfitri dijangka disambut Khamis ini.
Sementara itu, majlis rumah terbuka Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Pekan akan diadakan pada 17 Ogos (Sabtu) bermula 10 pagi hingga 2 petang di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. - BERNAMA
Rumah Terbuka Agung Raya Pertama Juga
Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Istana Negara pada hari raya pertama.
Guna pintu 1
Orang ramai yang ingin hadir dinasihatkan menggunakan Pintu 1 (Pintu Gerbang Utama) dengan menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta dan Pintu 3 di Jalan Seri Hartamas di sini.
Pengunjung ke majlis itu juga diingatkan supaya mengenakan pakaian sopan dan bertemakan hari raya ketika hadir pada majlis tersebut. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment