27 August 2013

Cubaan Culik Wanita di Bangsar

Kaum wanita terutamanya diminta berhati2 kerana penjenayah kembali mengganas untuk menculik wanita yang berjalan berseorangan. Pastikan anda berjalan dengan rakan untuk meminimakan risiko seperti yang berlaku kepada mangsa ini. Cubaan diculik di siang hari di tepi trafic light di Bangsar didepan orang ramai!


Tina menunjukkan kecederaan yang dialaminya ketika bergelut dengan seorang lelaki yang menyerangnya di Bangsar.

PETALING JAYA: Berjalan di sepanjang jalan utama di Bangsar pada waktu siang hari, adalah perkara terakhir yang dijangka Tina (nama ditukar) adalah ditarik dari arah belakang dengan pisau yang dihunus pada lehernya.

Penasihat undang-undang berusia 28 tahun yang trauma itu berkata, dia menghampiri persimpangan lampu isyarat Jalan Maarof lampu berhampiran dengan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila dia diserang pada pukul 6 petang Jumaat lalu.

"Saya dapat merasakan pisau walaupun saya tidak dapat melihatnya di bawah kolar saya. Saya bergelut dengannya menggunakan kedua-dua tangan dan menjerit kepadanya," katanya, sambil menambah bahawa penyerang itu yang kelihatan warga asing, menggunakan kereta Toyota Vios warna kelabu.

Kesnya, yang digambarkan sebagai satu cubaan menculik, telah disiarkan di laman Facebook "Malaysian Crime Awareness Campaign" (Kempen Kesedaran Jenayah Malaysia) dan dikongsi 531 kali pada pukul 6 petang Selasa.

Beliau berkata, penyerang itu tidak cuba untuk meragut telefon bimbit atau beg tangan dan dia bersama rakannya telah membuat pusingan-U secara haram dan memecut ke arah pusat bandar selepas cubaan culik gagal.

Tina yang masih berasa terkejut berkata, tiada siapa yang benar-benar cuba untuk membantunya walaupun beberapa kereta berhenti ketika lampu merah.

Satu pasangan dalam kereta Toyota Alphard hitam akhirnya datang membantu dan membawanya ke Hospital Pantai Kuala Lumpur, serta memanggil polis untuk merekodkan kenyataannya di sana.
Mereka memberitahu bahawa mereka telah membuat pusingan-U selepas mengesan kejadian itu dari seberang jalan.

"Apabila saya bertanya kepada polis untuk memeriksa rakaman CCTV mengenai kereta itu, saya telah dimaklumkan CCTV berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ia tidak bekrfungsi," katanya, sambil menambah bahawa kes itu kini sedang disiasat oleh seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah.

Pengasas Malaysian Crime Awareness Campaign, Mark yang hanya mahu dikenali dengan nama pertamanya, berkata terdapat lebih daripada 40,000 pengikut di laman sosial itu.

Ahli perniagaan yang berusia 39 tahun itu berkata, pasukannya akan mengesahkan kejadian jenayah yang didengar mereka, termasuk memeriksa laporan polis dan bercakap dengan sumber cerita berkenaan, sebelum berkongsi pada halaman Facebook itu.


KES no 2 - Kanak2 Cuba Di Culik
- berlaku baru2 ini



TERKEJUT...Rajan dan ibunya, Seena ketika ditemui wartawan

KUALA LUMPUR: Satu lagi kejadian cubaan menculik berlaku di sekitar ibu kota kelmarin, menjadikannya kes culik keenam sepanjang tahun ini dengan dua daripada mangsa dilarikan kumpulan penculik termasuk kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar.
 
Dalam kebanyakan kes, kumpulan penculik menggunakan van dan empat daripada enam kes itu membabitkan van putih.

Dalam kejadian terbaru jam 3.30 petang kelmarin, seorang remaja lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Rajan, 14, lolos daripada cubaan menculiknya apabila dia nekad menggigit tangan seorang daripada enam lelaki yang ketika itu menekup mulutnya.
 
Kejadian berlaku ketika Rajan yang pulang dari sekolah baru turun dari bas awam di perhentian bas di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam, di sini, dan berjalan untuk ke rumahnya kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.
 
“Sebaik turun daripada bas, saya berjalan ke rumah menggunakan lorong bahagian belakang blok bangunan kedai berdekatan rumah sebelum ternampak seorang lelaki berambut panjang berdiri berdekatan perhentian bas.
 
“Tidak lama kemudian, lelaki itu mengekori saya sebelum sebuah van putih yang diletakkan 200 meter dari perhentian bas bergerak menghampiri saya.
 
“Tiba-tiba lelaki berambut panjang itu menerpa ke arah saya dan menekup mulut dari arah belakang. Dia kemudian memegang tali beg sekolah dan menarik saya ke arah van putih,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

 

No comments:

Post a Comment