18 May 2013

Perancis Halalkan Kahwin Sejenis - Tanda Akhir Zaman



PARIS: Perancis menjadi negara ke-14 untuk menghalalkan perkahwinan sama jantina apabila Presiden Francois Hollande meluluskannya dalam undang-undang negara itu selepas perdebatan politik berbulan-bulan mengenainya.

Hollande bertindak sehari selepas Majlis Perlembagaan menyingkirkan cabaran undang-undang oleh pembangkang sayap kanan, yang telah menjadi halangan terakhir untuk meluluskan rang undang-undang itu.

Undang-undang itu juga membenarkan pengambilan anak angkat oleh pasangan sama jantina.

Walaubagaimanapun, undang-ungang tersebut menerima tentangan hebat dari segelintir pembangkang yang bertekad untuk meneruskan pembantahan mereka.

“Perkahwinan untuk semua" merupakan manifesto kempen pilihan raya presidennya tahun lalu.

Semasa perdebatan untuk meluluskan undang-undang tersebut, beliau berkata ini adalah masa untuk menghormati undang-undang dan Republic.

Dan beliau memberi amaran bahawa beliau akan bertolak ansur dengan sebarang tentangan.

"Saya akan memastikan bahawa undang-undang ini dipakai di seluruh wilayah, sepenuhnya, dan saya tidak akan menerima apa-apa gangguan untuk perkahwinan seperti ini," katanya.

Menteri Keadilan Perancis Christiane Taubira berkata perkahwinan sama jenis yang pertama dijangka diadakan seawal bulan Jun.

Perkahwinan di Perancis mesti mengambil tempat di dalam dewan masyarakat dan kebanyakannya mengambil masa kira-kira empat minggu untuk memproses permohonan perkahwinan.

Isu perkahwinan sejenis telah menimbulkan perdebatan hebat dan beratus-ratus bantahan yang kadang-kadang menjadi ganas.

Kumpulan ‘The International Day Against Homophobia’ yang membantah undang-undang itu akan mengadakan himpunan bantahan pada 26 Mei di Paris.

Pada Jumaat, Ketua Parti UMP Jean-Francois Cope memberitahu televisyen TF1 “Ia adalah satu keputusan yang saya kesal, tetapi saya hormatinya".

Walaubagaimanapun, pada hari yang sama, antara 200 hingga 300 penunjuk perasaan berkumpul di Paris untuk membantah undang-undang itu.  

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/perancis-membenarkan-perkahwinan-sama-jantina-14415?cp

16 May 2013

Selamat Hari Guru

Sajak Osman Awang tentang Guru
 
Terimakasih kepada semua yang bergelar guru / cikgu sempena Hari Guru yang disambut saban tahun pada 16 Mei . Tanpa guru, siapakah kita pada hari ini? Jasa guru tiada taranya, umpama lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain. Cabaran sekeliling kepada seorang guru semakin hebat, dalam mendidik anak bangsa, pada hari ini ianya berbeza,  berbanding dahulu. Tiada ucapan kepada seorang guru yang telah banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara, melainkan,
 
terimakasih Cikgu .......
 
 
berburu dipadang datar
dapat rusa berbelang kaki
berguru kepalang ajar
bagai bunga kembang tak jadi
 
 
Mengajar mendidik memang kerjanya
Tidak mengenal erti selesa
pengorbanan guru tiada nilainya 
mengangkat martabat  anak bangsa
 
 

14 May 2013

Gereja Permainkan Kalimah Allah ? Sampai Bila Umat Islam Boleh Bersabar?


Klip video yang mengelirukan umat Islam terutama kepada yang mempunyai asas agama yang cetek. Dibimbangi boleh mempengaruhi minda anak-anak muda kita.
 
Poster yang menggunakan nama Allah sewenang2nya. Enakmen Agama Islam Malaysia telahpun menggazetkan bahawa terdapat beberapa perkataan yang digunakan orang Islam dalam ibadat dilarang dari digunakan orang bukan Islam termasuk kalimah Allah. Harap pihak berkuasa agama dapat mengambil tindakkan segera sebelum umat Islam sendiri bertindak !
 
  
Peguam Muslim gesa tindakan pada Kristian
 
 


Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap sebuah gereja Evengalis kerana didakwa menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan gereja.

Presidennya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, penggunaan kalimah Allah di
poster dengan logo National Evangelical Christian Fellowship (NECF) yang disiarkan di Internet itu bersifat jenayah dan melanggar Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

NONE"Adalah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana pihak yang secara sengaja dan berterusan menggunakan kalimah Allah dan beberapa kalimah lain yang berakar-umbi dari agama Islam dalam konteks agama bukan Islam bagi sebarang tujuan," katanya.

Risalah itu antaranya menyebut: "Panggilan kepada semua gereja dan orang Kristian untuk merangkul, mengasihi dan memberkati negara ini dengan hadirat dan kuasa Allah."

Dalam kenyataannya, Zainul Rijal juga berkata, larangan itu masih terpakai dan berkuatkuasa walaupun permohonan penggunaan kalimah itu sudah dibawa ke mahkamah oleh Gereja Titular Roman Bishop Catholic.

Ini kerana, tambahnya, terdapat perintah penggantungan terhadap keputusan awal Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2011 berhubung kebenaran menggunakan nama Allah di dalam penerbitan berbahasa Melayu The Herald.

Sementara itu, PPMM juga menggesa NGO dan umat Islam serta jabatan agama Islam negeri-negeri tampil membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dimulakan.

Panas Luar Biasa Bahaya Pada Kanak2

 
 

Kurangkan aktiviti luar rumah, cuaca panas, elak strok matahari - Pakar


KUALA LUMPUR 14 Mei - Orang ramai terutama kanak-kanak dinasihat mengurangkan aktiviti di luar rumah semasa cuaca panas sekarang bagi mengelakkan terkena sunstroke atau strok matahari yang menyebabkan seseorang pengsan.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Perubatan Malaysia, Dr. H. Krishna Kumar berkata, keadaan itu berlaku antaranya disebabkan panas matahari yang menyerap cairan daripada badan mengakibatkan mereka mengalami dehidrasi.

"Walaupun minum banyak air tetap tidak digalakkan melakukan aktiviti di luar rumah kerana air lebih cepat terserap melalui peluh yang dihasilkan.
"Lebih teruk jika terjadi kepada kanak-kanak kerana sistem pertahanan tubuh mereka tidak sekuat golongan dewasa," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dr. Krishna menasihatkan, kanak-kanak yang berjalan kaki ke sekolah menggunakan payung bagi mengelakkan mereka berasa lemah akibat cuaca panas yang seterusnya akan mengganggu pembelajaran.

Pakar perubatan Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. David Quek Kwang Leng menyarankan, penghidap penyakit berbahaya seperti diabetes, jantung dan buah pinggang berunding dengan pakar masing-masing bagi mengetahui cara penjagaan diri semasa cuaca panas.

"Mereka yang normal dan menghidap penyakit serius mempunyai kondisi badan yang berbeza. Maka penjagaan diri mereka juga harus lebih mendalam," katanya.

Beliau berkata, jika kebiasaannya masyarakat perlu minum seliter air setiap hari, ketika cuaca panas orang ramai disaran minum antara satu setengah dan dua liter termasuk pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak.

Katanya, selain kerap mandi untuk menyejukkan badan, penggunaan krim pelindung cahaya matahari juga dapat membantu melindungi kulit daripada terbakar. - BERNAMA

12 May 2013

Cendol Bakar Kg Assam Jawa - Fenomena Cendol !

Cendol Bakar Kg Assam Jawa, Kuala Selangor mungkin salah satu cendol yang terlaris di pasaran. Dengan pelanggan yang ramai berbaris bersabar menunggu cendol yang dipesan disediakan mungkin dapat menggambarkan cendol yang di jual disini menjadi pilihan ramai. Ia mudah dikunjungi kerana terletak di laluan antara lebuhraya LATAR sebelum sampai ke Kg Assam Jawa.

Konsep pandu lalu juga mendapat sambutan, banyak kereta berbaris menunggu giliran hingga menyebabkan kesesakkan jalanraya. Rasa cendol ini agak berbeza dari cendol2 lain yang pernah di rasa kerana gula merahnya di bakar !

Kenapa nama Cendol bakar ? Menurut pengusahanya, ini kerana gula merah dibakar terlebih dahulu. Nama Bakar juga sempena nama datuknya, Abu Bakar !

Disamping itu terdapat berbagai jenis cendol yang boleh dipesan. harganya dari RM2 semangkuk sehingga RM3.50 maksimum. Bukan cendol sahaja yang ada, berbagai lagi jenis makanan boleh dipesan dari beberapa gerai lain.

Keunikan Cendol bakar disini ialah jika anda tidak puas dengan 1 mangkuk, anda boleh mendapat cendol tambahan percuma ! hanya bawa mangkuk yang kosong ke bahagian dapur, dan mereka akan menambah semangkuk lagi cendol untuk anda.

Rasalah ! Belum cuba belum tahu

Beratur untuk memesan cendol pilihan

Cit pesanan cendol

Dangau atap daun nipah, tempat menikmati cendol bakar, tidak terasa panas walapun sinar matahari terik memancar. Idea  kreatif oleh pengusahanya !

Keratan akhbar BH tentang perniagaan Cendol Bakar

Ruang menikmati cendol

jenis2 cendol yang tersedia

Cendol VIP

Semangkuk cendol VIP  berharga RM2 sahaja

Seorang pelanggan sedang menikmati cendol bakar

Cendol Bakar Kuala Selangor

Ruang pandu lalu

Kereta berbaris panjang

Boleh juga duduk di bawah pokok

09 May 2013

Kuliah Minggu Ini di Surau Al Hijrah

Kuliah maghrib
Jumaat
10 Mei 2013
Ustaz Baharuddin - dari Perak
Kelas Akidah
 
----------------------------------------

Kuliah Subuh
Ahad
12 Mei 2013
Ustaz Noh Ismail

--------------------------------------
 
Kelas Fekah untuk Muslimah
Ahad
12 Mei 2013
Jam 2.00 petang
Ustazah Zawiah Hassan
Penceramah TV
 
Semua dijemput hadir

Mini Terminal Sejahtera Dibuka Di PPR Pantai Ria

Mini Terminal Sejahtera telah dibuka di bawah Blok C, PPR Pantai Ria. Ia menyediakan ruang yang kondusif dan selesa untuk pelajar-pelajar belajar serta mengulangkaji pelajaran tanpa gangguan.

 Ia berhawadingin dan boleh mengisi hampir 60 orang pada satusatu masa. Ia diawasi dan diselia oleh petugas yang dilantik oleh DBKL. Kita sangat menghargai usaha DBKL mengujudkan bilik belajar seperti ini khas untuk kemudahan anak-anak di Pantai Ria.

 Jadi kita berharap anak-anak kita akan menggunakan kemudahan ini dengan baik. Ia dibuka setiap hari dari jam 2.00 petang hingga 11.00 malam dan terbuka kepada semua pelajar.


Mini Terminal Sejahtera

Ruang yang luas dan selesa

Meja untuk ulangkaji pelajaran yang ringkas

Berhawa dingin
 

Kem Cuti Sekolah Akan Datang





KEM IBADAH REMAJA - MASJID NEGARA
 
postermap

08 May 2013

Pelan Takaful Khairat Keluarga dilanjutkan Sehingga 15 Mei 2013

Pelan Takaful Khairat Keluarga dilanjutkan sehingga 15 Mei  2013 tarikh tutupnya,

Sumbangan setiap keluarga hanya RM35.00 setahun
dimana RM25.00 adalah sumbangan takaful manakala RM10.00 untuk yuran pendaftaran dan
pengurusan (dibayar sekali sahaja)

Manafaat Khairat (setiap kematian)

Manafaat Ahli = RM2,500.00
Manafaat Pasangan = RM1,500.00
Manafaat Anak = RM500.00

Bagi anda yang berminat, silalah hantar borang dengan segera kepada pihak kami. Borang boleh didapati di surau Al Hijrah atau wakil2 setiap blok.

05 May 2013

Pengundian di Sek Rendah Agama Al Kawarizmi, Lembah Pantai

Suasana pagi tadi semasa proses pengundian sedang berjalan di Sek Ren Agama Al Kawarizmi (SRA Sri Pantai), Pantai Dalam untuk kawasan Parlimen Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perebutan 3 penjuru antara Dato' Raja Nong Chik (BN), Pn Nurul Izzah (PKR)  serta Rusli Baba (Bebas). Menurut SPR, hampir 70% keluar mengundi sehingga jam 5 petang.

Ramai telah mula beratur sejak jam 7.30 pagi untuk memastikan mereka menunaikan kewajipan memilih pemimpin mereka diperingkat Parlimen. Cuaca baik pada waktu pagi memudahkan pengundi hadir. Cuma jalan kekawasan sekolah ini menjadi sesak yang agak teruk.

Sabar menunggu giliran (8.30 pagi)


Saluran 4 - mempunyai hampir 600 pengundi
 
Beratur mengikut saluran masing2
a
Semakan daftar pemilih serta no saluran / no giliran dalam buku daftar undi

Kaunter semakan SPR - hampir 20 kaunter dibuka

Seorang pengundi berpakaian kebangsaan, bersampin dan bertengkolok menemani ibunya membuang undi - menarik perhatian pengundi2 lain

Beratur sehingga ke jalan utama

Dipintu masuk utama sekolah
 
Jari telunjuk yang telah ber "inai" warna biru
 
Jalan yang sesak

Kesesakkan hingga sampai ke persimpangan NPE

04 May 2013

Mengundi Itu Wajib! Tunaikan Kewajipan Anda

 

Fiqh Pilihanraya Dan Kewajipan Mengundi
Oleh Dr Zulkifli Hasan - Abim

Secara umumnya, masih ramai yang mengambil mudah tentang kewajipan mengundi. Mungkin keadaan di Malaysia yang majoritinya Muslim antara faktor perkara ini diambil mudah. Berbanding di Malaysia, kuasa undi Muslim di Negara majoriti orang bukan Islam adalah sangat signifikan seperti di Eropah dan Amerika. Hinggakan ramai ulama termasuk Rashid Ghanoushi yang mewajibkan umat Islam untuk mengundi walaupun calon yang dipilih itu bukan Islam. Dalam situasi ini, umat Islam adalah diperlukan untuk mengundi calon yang kurang mafsadahnya sama ada kepada Muslim mahupun kepada Islam itu sendiri.

Bagi membicarakan aspek ini, mengundi harus dilihat sebagai sesuatu yang lebih daripada tanggungjawab sebagai warganegara. Kewajipan mengundi wakil rakyat mahupun ahli parlimen perlu dianggap sebagai ibadah dan ianya sangat dekat dengan konsep kesaksian.


Dalam aspek ini, Yusuf al Qaradawi menekankan bahawa mengundi itu merupakan salah satu bentuk penyaksian yang tidak boleh ditolak apabila sampai masanya. Malahan tidak mengundi boleh dianggap sebagai menyembunyikan penyaksian yang bertentangan dengan tuntutan Islam.

Amat menarik untuk meneliti pandangan Siddiq Fadhil dalam analisanya mengenai konsep kesaksian dalam konteks pilihanraya ini. Beliau berpandangan bahawa kesaksian melalui peti undi ini merujuk kepada “pernyataan sikap dan penilaian yang jujur terhadap kelayakan seseorang calon dan partinya, berdasarkan kriteria asas: qawiyyun amin (kuat dan dapat dipercaya) dan hafizun `alim (berintegriti moral dan berkompetensi intelektual)”. Dalam aspek ini, beliau juga menekankan kelayakan bukan sahaja merujuk kepada calon yang ingin dipilih tetapi juga pengundi-pengundinya yang harus memenuhi syarat kesaksian iaitu saksi yang adil (keadilan).

Secara ringkasnya, dapatlah difahami bahawa fiqh intikhabat ini menuntut umat Islam untuk menyatakan penyaksian mereka kepada calon-calon pilihanraya yang layak melalui tanggungjawab untuk membuang undi. Islam melihat mengundi bukan hanya tanggungjawab sebagai warganegara tetapi ia merupakan ibadah dan kewajipan yang mesti dilaksanakan bersesuaian dengan konsep kesaksian dalam Islam.


Kegagalan untuk menyatakan penyaksian ini melalui undi boleh dianggap sebagai salah satu bentuk penyembunyian kesaksian yang dilarang dalam Islam.

Bayangkan sekiranya umat Islam cuai untuk melaksanakan kewajipan ini dan akhirnya calon yang dipilih membawa mafsadah kepada agama dan Muslim itu sendiri, pada waktu itulah kita akan memahami betapa pentingnya kesaksian ini dizahirkan melalui undi.


03 May 2013

Selangor Cuti Umum - Isnin 6 Mei 2013 !

SHAH ALAM 03 MEI 2013:



Isnin 6 Mei 2013 telah diumumkan sebagai hari pelepasan am di Selangor bagi memudahkan rakyat Selangor mengundi pada Ahad, 5 Mei.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid berharap hari tersebut digunakan sebaik mungkin untuk pulang mengundi di tempat masing-masing dan tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bekerja.

“Kita mendoakan para pengundi dan rakyat Selangor pulang dengan selamat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Undi anda semua akan menentukan nasib generasi akan datang. Undilah dengan bijak,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan di sini.

Petikan dari Pejabat Menteri Besar Selangor

Ingatlah ! Setiap Muslim Bersaudara



Ramai yang terkena demam, iaitu demam pilihanraya. Demam ini akan pulih dengan sendirinya pada 5 Mei nanti.

Sementara kita berdebar menunggu 6 Mei bilamana keputusan pilihanraya yang ke 13 akan diketahui, apakah tanggungjawab kita sebagai umat Islam ?.

Pilihanraya yang muncul setiap 4 atau 5 tahun ini tidak sepatutnya menjadikan umat Islam berpecah. Bahkan ia sepatutnya menguatkan ikatan persaudaran sesama insan jika kita berpegang teguh dengan perintah  Allah SWT.

Perbezaan pendapat atau fahaman politik adalah sesuatu yang lumrah bagi setiap orang dari kita. Apa yang kita harapkan ialah ianya tidak membawa kepada perpecahan sesama muslim.

Erti persaudaraan sebenar tidak mampu dihalang oleh perbezaan politik. Itulah hakikat keimanan sebenar.

Keimanan sejati hanya akan wujud dengan adanya tali persaudaraan yang sebenar dan persaudaraan murni tidak akan bermakna jika seseorang muslim tidak pernah mahu ikut merasai kesedihan dan penderitaan saudaranya.


Bantulah Saudaramu

Rasa cinta dan belas kasihan di antara mereka ini membuahkan sikap saling bantu-membantu, tolong-menolong dan bergotong-royong dalam apa juapun tugas-tugas dan kewajipan yang dibebankan ke atas mereka, apatah lagi dalam keadaan susah dan penderitaan yang menimpa saudara-saudara mereka.
Jama'atul muslimin hakikatnya adalah wihdatul ummah. Ia merupakan batu asas bagi tegaknya bangunan khulafah. Jama'ah yang dengannya umat Islam bersatu tenaga untuk melaksanakan syariat Allah, merupakan realiti sejarah yang pernah dibuktikan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya. Maka ia tidak akan menzalimi dan membiarkannya (menderita)." (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari)

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَSebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat
(Surah Al-Hujraat 49: Ayat ke 10)

02 May 2013

PRU13: Dakwat Kekal Kena Goncang 30 Saat Setiap 2 Jam

 
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan bahawa kesan dakwat kekal yang dicalit di jari pengundi tidak akan hilang sehingga tempoh lima hingga tujuh hari.

Setiausahanya Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata dakwat itu sudah diuji, diluluskan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Dalam kes pengundi awal yang membuat laporan polis dan menyebar gambar kesan dakwat itu hilang dari jarinya, beliau berkata ia disebabkan petugas SPR tidak mengikuti peraturan yang dinyatakan di botol dakwat itu yang memerlukan ia digoncang 30 saat sebelum digunakan.

Menurutnya, jika digunakan mengikut peraturan yang ditetapkan di botol dakwat itu, kesannya pasti tidak akan hilang sepenuhnya walaupun ia cuba ditanggalkan dengan pelbagai cara seperti menggunakan cuka, pencuci, minyak atau apa jua.

"...jika dilihat betul-betul kepada kes yang disebar di laman sosial itu, kesan dakwat memang tidak tanggal sepenuhnya, masih kelihatan di celah-celah kuku, tak boleh tanggal sepenuhnya," katanya dalam sidang media di Pusat Media SPR di Putrajaya hari ini.

Kamaruddin turut menunjukkan demonstrasi penggunaan dakwat itu di samping mengedar senarai peraturan yang perlu diikuti kerani atau petugas SPR di pusat mengundi nanti.
Botol dakwat kekal sebenar


Antaranya ialah botol dakwat perlu digoncang setiap dua jam, selama 30 saat sebelum dibuka penutupnya, dan jari pengundi yang hendak dicalit perlu bersih serta kering dan ia perlu dicalit di keseluruhan ruas pertama hingga ke kuku dan bahagian bawah jari.

Dalam demonstrasi itu, usaha seorang petugas media yang cuba menghilangkan kesan dakwat yang digunakan pada hari pengundian awal, tidak berhasil meskipun beliau telah menggunakan beberapa bahan pencuci.

Kamaruddin berkata cubaan sesetengah pihak untuk menanggalkan sepenuhnya kesan dakwat itu secepat mungkin dengan menggunakan pelbagai cara, mungkin mempunyai motif tertentu atau mungkin juga mereka menyimpan niat tidak baik terhadap SPR.

Mengenai pengundi awal, beliau berkata pada Selasa lepas ia sebanyak 83.3 peratus iaitu 200,979 orang daripada 272,387 pengundi.

- Bernama