08 January 2012

HANYA LOGO HALAL INI DIIKTIRAF MULAI 1.1.2012

LOGO HALAL YANG DIIKTIRAF DAN NO RUJUKAN PADA LABEL PEMBUNGKUSAN

oleh Sahabat Halal Jakim pada pada 5hb Januari 2012 pukul 4.54 ptg

JAKIM/(S)/(22.00)/492/1 200-05/2006

Penggunaan Logo, Nombor Standard Dan Nombor Rujukan Pada Pembungkusan Produk

Sukacita dimaklumkan bagi melaksanakan arahan penggunaan logo, nombor standard dan nombor rujukan pada label pembungkusan produk oleh pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, JAKIM telah mengambil beberapa langkah berikut:

  1. mengemaskini rekod nombor rujukan syarikat/kilang.
  2. nombor tersebut adalah nombor kekal yang tidak akan berubah walaupun syarikat/kilang mengemukakan permohonan yang berbeza.
  3. nombor tersebut dijana secara automatik dan telah digunakan oleh syarikat/kilang
  4. Nombor yang bergaris ialah nombor rujukan yang perlu dipaparkan pada pembungkusan produk.
    • JAKIM/(S)/(22.00)/492/1 200-05/2006
  5. syarikat/kilang yang menghadapi masalah untuk melaksanakan arahan tersebut boleh mengemukakan permohonan lanjutan secara bertulis kepada Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM.

07 January 2012

Nasihat Dr Aziz Sahat - PENTING SANGAT !

Beberapa nasihat yang berguna untuk anak-anak kita yang sedang belajar untuk menguatkan minda dan mental mereka supaya mudah mengingati pelajaran. Nasihat ini diberikan semasa Dr Aziz (Pengurus Besar Akademi Minda Bestari - Pakar Motivasi) membuat ceramah motivasi di Surau Alhijrah pada 26 disember lepas. Ikut kata pakar yang dah banyak buat kajian, InsyaAllah kan mendatangkan kebaikkan kepada kita semua.

Nasihat:


MAKANAN YANG TIDAK SESUAI UNTUK ANAK2 / ELAKKAN TERUS

1. KFC - AYAMNYA DIGORENG PADA SUHU YANG SANGAT TINGGI DAN TELAH MENGUBAH HORMON DAGING ITU SENDIRI.

2. COCA COLA ATAU SEBARANG MINUMAN BERGAS, MENGANDINGI KAFEIN YANG TAK SESUAI UNTUK KANAK2.

3, MAKANAN JAJAN ATAU RINGAN SEPERTI KEROPOK / GULA2 DLL. TIADA KHASIAT LANGSUNG.



MAKANAN YANG SANGAT BAGUS

1. SAYUR-SAYURAN SEPERTI BAYAM, TAUGE, PEGAGA (BUAT JUS) ,TEMPE , AIR KACANG SOYA. KANAK2 MEMANG TAK SUKA SAYUR. CUBA PELBAGAIKAN JENIS MASAKAN, MUNGKIN DENGAN MENCAMPUR TIRAM ATAU MAYONIS.

2. IKAN TONGKOL - DIGORENG HINGGA KELUAR MINYAK PADA KULITNYA. MINYAKNYA MEMPUNYAI OMEGA YANG SANGAT BAIK.

3. KISMIS (YANG BASAH) - AMALKAN SEDIKIT2 SETIAP HARI KERANA KESANNYA AGAK LAMBAT TAPI MUJARAB.

4. TELUR TERUTAMA TELUR YANG ADA KHASIAT OMEGA ADALAH SALAH SATU MAKANAN LENGKAP UNTUK ANAK2. MEMPUNYAI HAMPIR SEMUA VITAMIN YANG PENTING DAN DIPERLUKAN KANAK2. PASTIKAN BILA MENGGORENG TIDAK TERLALU MASAK (LEBIH BAIK SEPARUH MASAK)

5. BUAH MENGKUDU SANGAT BERKHASIAT. AMBIL BUAH YANG HAMPIR MASAK, BUAT JUS DAN DISIMPAN DALAM PETI SEJUK. DIMINUM SETIAP HARI SEDIKIT DEMI SEDIKIT.


NASIHAT LAIN

1. PASTIKAN ANAK KITA BERSARAPAN WALAUPUN DENGAN 2 KEPING ROTI. MEMBIARKAN ANAK TIDAK MAKAN PAGI SEBELUM KESEKOLAH AKAN MENYEBABKAN MEREKA MUDAH LESU DAN MENGANTUK.

2. PASTIKAN TIADA POKOK BUNGA PLASTIK DI TEMPAT MEREKA BELAJAR. IA MEMERANGKAP HABUK MENYEBABKAN ANAK2 MUDAH BERSIN.

3. LETAKKAN ATAU TANAM POKOK BUNGA HIDUP DIRUMAH, MEMBEKALKAN OKSIGEN BERTERUSAN KEPADA PENGHUNI RUMAH YANG SANGAT PENTING UNTUK KANAK2.

4. SOLAT ADALAH RUTIN HARIAN YANG MEMBANTU ANAK2 KEKAL SEGAR SEMASA BELAJAR. SEMASA ANAK2 RUKUK SEMASA SOLAT , TUNDUKKAN SEDIKIT KEPALA, BELAKANG BADAN PADA PARAS YANG SAMA, ALIRAN DARAH AKAN TURUN KEKEPALA, BAIK UNTUK KESIHATAN.

SELAMAT MENCUBA.

04 January 2012

Penubuhan Badan Komuniti Blok C - Turun beramai2

Semua penduduk Blok C dijemput hadir ke mesyuarat penubuhan Badan Komuniti Blok C yang akan diadakan seperti berikut::-

Tarikh: 7 Januari 2012
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 malam
Tempat: Warung Pak Usop (depan Blok C)

Agenda:

1. Pemilihan AJK Blok C
2. Perbincangan Masalah keselamatan hartabenda
3. Gejala sosial - lepak /maksiat dll
4. Lain-lain hal

Semua dijemput hadir. Jamuan ringan akan disediakan. Nyatakan pendirian anda serta kemukakan sebarang cadangan kearah menjadikan Badan ini suatu badan yang akan membela nasib penduduk2 Blok C.

Surat jemputan telahpun diedarkan kepada semua rumah. Sila hadirkan diri walaupun anda tidak menerima surat tersebut untuk kebaikkan kita bersama.

03 January 2012

FORUM PERDANA MAAL HIJRAH - foto2

Berlangsung pada 25 Disember 2011 yang lepas, hampir 500 penduduk hadir dalam majis tersebut. Dengan barisan penceramah yang hebat seperti Ustazah Zawiah Salleh serta Ustaz Marzuki, penduduk tidak berganjak mendengar ceramah yang penuh dengan pengajaran serta mmbawa banyak manafat kepada pendengar. Rugi pada yang tidak hadir. Majlis tamat pada jam 11.15 malam dan bermula pada jam 9.30 malam selepas jamuan makan. Terimakasih kepada semua petugas. Terima kasih kepada DBKL yang menyumbang jamuan makan serta peralatan logistik spt kemah, kerusi serta pentas.



Jamuan sebelum ceramah bermula


Aliudin dan Kahar


Azman dan seorang tetamu


Tetamu yang hadir


Datuk Ibrahim Thamby Chik - merasmikan forum bagi pihak Datuk Raja Nong Chik


Hadirin wanita


Dari kiri, Hj kairom, Imam Jani, Ustaz Marzuki, Ustazah Zawiah, serta Datuk Ibrahim dan isteri


Forum sedang berlangsung


Imam Jani, Ustaz Marzuki dan Ustazah Zawiah


Hadirin lelaki

01 January 2012

Kursus Pengurusan Jenazah

Kursus ini akan diadakan oleh Masjid Khadijah seperti berikut:-

Tarikh: 29 Januari 2012
Ahad
8 pag hingga 4 petang
Sijil dan jamuan disediakan
Bayaran: hanya RM10

Kami membuka penyertaan kepada mana-mana jemaah surau untuk mengikuti kursus ini . Bayaran RM10 akan ditanggung oleh pihak surau. Sila daftarkan nama anda dengan segera.













Kuliah Maghrib Malam Ini

Semua muslimin dan muslimat dijemput untuk mengikuti 2 ceramah/kuliah seperti berikut:-

1. Kuliah Mingguan di Surau Al Hijrah PPR Pantai Ria
malam ini lepas maghrib
Penceramah: Ustaz Helmey Yahya
Tajuk: Kitab Imam AlGhazali

2. Ceramah Sempena Tahun Baru 2012
di Masjid ArRahman, Jalan Pantai Bharu, UM
malam ini lepas maghrib
Penceramah: Ustaz Shazly Abdullah
Tajuk: Azam Baru Tahun Baru

Kerangka Motosikal Misteri

Penemuan 4 buah kerangka motosikal pada petang semalam, Sabtu, secara tiba2 sangat misteri. Dari mana datangnya kerangka2 ini, siapa yang meletakkannya dekat situ serta tujuannya tidak dapat difahami. 2 buah didapati diletakkan dihadapan stor pinggan mangkuk, manakala 2 lagi kerangka dihadapan stor bawah tangga. Kedua-dua stor ini adalah kepunyaan surau.

Kami berpendapat ini adalah kerja orang dewasa dan bukannya kanak2 nakal. Mungkin ada maksud tersirat yang hendak disampaikan kepada pihak ajk surau, Wallahualam. walaupun begitu, kami sedang mengumpul maklumat tentang siapa yang meletakkannnya disitu kerana terdapat beberapa saksi yang melihat seseorang membawa kerangka motosikal pada petang semalam.



Kerangka motosikal didepan stor pinggan mangkuk





2 kerangka motorsikal depan stor dibahagian tangga


Majlis Anugerah Cemerlang Masjid Khadijiah

Hari ini, masjid Khadijiah memberikan penghargaan kepada pelajar sekitar Pantai Dalam yang mendapat keputusan yang baik dalam UPSR dan PMR. Setiap pelajar yang mendapat sekurang2nya 1A pun tetap diberikan sumbangan hadiah termasuk set alat tulis.
Jumlah keseluruhan hadiah melebihi RM8,000.















Anugerah Cemerlang dari Pas Lembah Pantai



Peserta cemerlang PMR terima hadiah dari Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan.


Berlangsung di Markaz Pas Kg Pasir, Pas Lembah Pantai mengadakan majlis anugerah cemerlang pada hari Sabtu, 31 Disember 2011. Hampir 30 pelajar menerima anugerah ini.





Antara penerima anugerah cemerlang PMR, UPSR dan UPSRA




Semua penerima anugerah cemerlang bergambar ramai bersama ustaz Adlin Salleh, YDP Pas Lembah Pantai dan ustaz Fazrul, Pakar Motivasi

Surau Hampir 80% Siap

Kontraktor sedang memasang bumbung surau mulai semalam, 31 Disember 2011. Lihat gambar2 berkaitan.






31 December 2011

Bantulah Saudara Kita Yang Terlantar Sakit!

MELIHAT PUN SAKIT, APATAH LAGI ORANG YANG MENANGGUNGNYA


Sdr Anuar Idris yang terlantar koma sejak bulan Oktober 2011



Susu khas dimasukkan melalui tiub khas

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saudara Anuar bin Idris,berumur 48 tahun, Rumah no D-14-5, PPR Pantai Ria, telah jatuh sakit dan kini dalam keadaan koma sejak 29 Oktober lepas. Doktor sahkan beliau mengidap penyakit "HIPERTENSI DAN BRAIN STEM BLEED" yang kronik.

Menurut keluarganya, Anuar jatuh sakit sejak jatuh dibilik air rumahnya. Beliau masih perlu menanggung 2 orang lagi anaknya yang masih bersekolah, iaitu ditingkatan
4 dan darjah 4. Seorang anak perempuannya telah berkahwin tetapi pendapatan suaminya kecil.

Buat masa ini, beliau perlu ke Hospital KL 2 kali seminggu untuk menukar Ryles Tube serta menukar "Catheter".

Beliau tidak boleh bercakap, membuka mata atau makan/minum kerana belum sedar dari koma. Makanannya hanyalah dari air susu khas yang dimasukkan melalui saluran tiub.

Jika anda ingin membantu meringankan beban keluarganya, sila masukkan sumbangan anda ke akaun MBB no 164388819321 atas nama anaknya, Farah Izzati bt Anuar. fARAH BOLEH DIHUBUNGI MELALUI TELEFON NO 017 6356230

Bantulah sementara kita masih sihat. Kurangkan penderitaan keluarga sdr Anuar untuk kos perubatan serta susu khas yang mahal harganya.

Daftar Tunai Haji Guna Wang KWSP


Bermula 3 Januari ini, semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beragama Islam yang mempunyai simpanan minimum RM1,300 di dalam Akaun 1 boleh membuat pendaftaran menunaikan haji dengan Lembaga Tabung Haji.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, pendaftaran itu boleh dilakukan di semua kaunter Tabung Haji, cawangan Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan penyata terkini KWSP masing-masing.

“Mereka yang layak mesti warganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang belum mencapai usia 55 tahun dan mempunyai akaun simpanan Tabung Haji. Ahli yang tidak mempunyai akaun, mereka boleh membukanya dengan deposit minimum RM2,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mana-mana ahli yang telah mendaftaran haji di bawah prosedur Tabung Haji boleh menukar pendaftaran tersebut kepada Pendaftaran Haji Ahli KWSP.

“Penukaran itu tidak melibatkan tarikh giliran haji yang telah diberikan dan tidak melibatkan sebarang urusan berkaitan tarikh kerana ia akan ditentukan oleh Tabung Haji,” tegasnya.

Maklumat lanjut boleh layari www.kwsp.gov.my atau www.tabunghaji.gov.my dan menghubungi talian 03-89226000 serta 03-62071919.

29 December 2011

Majlis Anugerah Cemerlang

Senarai pelajar cemerlang PPR Pantai Ria

UPSR

NUR UMIRAH BT MAT YUSNI D-15-5 5A
MUHAMMAD FARIS NAJWAN BIN
MUHAMAD RABUAN C-5-10 5A

UPSRA
-NURUL ASYIKIN BT HARIYANTO C-13-1 9A
NUR UMIRAH BT MAT YUSNI D-15-5 9A
-NURUL SHAHIRAH BT AZIZAN D-6-11 9A

- PMR
-FATIN NABILAH BT OSMAN B-12-14 8A
-NURUL NABILAH JAMIL C-5-2 8A
NADIA ASYIKIN MUHAMAD RABUAN C-5-10 8A
--


Seramai 7 pelajar cemerlang telah menerima hadiah masing2 dalam majlis anugerah pada malam ini. Setiap seorang pelajar UPSR dan UPSRA menerima RM100 dan pelajar PMR terima RM150.00. Sempena itu juga diadakan ceramah motivasi oleh prof Dr Nazari Ismail dari Fakulti Perniagaan, Universiti Malaya.























27 December 2011

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SERTA CERAMAH MOTIVASI

KHAMIS, 29 DISEMBER 2011 MULAI JAM 7.15 MALAM

ATURCARA
7.15 MLM SOLAT MAGHRIB
7.40 MLM CERAMAH MOTIVASI
PROF DR NAZRI - PENSYARAH UNIV MALAYA
PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG
SOLAT ISYAK
BERSURAI

HADIAH ISTIMEWA AKAN DIBERI KEPADA 7 ORANG PELAJAR PPR PANTAI RIA YANG MENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM UPSR 5A, UPSRA 9A DAN PMR 8A. HADIRLAH KESURAU UNTUK MELIHAT SENDIRI SIAPAKAH PELAJAR CEMERLANG TERSEBUT. SEMOGA MEREKA AKAN MENJADI CONTOH KEPADA PELAJAR LAIN.

SEMUA IBUBAPA SERTA PELAJAR DIJEMPUT HADIR KE SURAU.

23 December 2011

Hadiah Istimewa Untuk Pelajar Cemerlang UPSR, UPSRA dan PMR


Contoh Keputusan Cemerlang PMR


Kami sedang mengesan pelajar2 UPSR dan PMR 2011 yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang lepas. Kami akan memberi sumbangan istimewa kepada anda.

Syarat2:

1. UPSR - 5A sahaja
2. UPSRA - 9A sahaja
2. PMR - semua A sahaja
3. Penduduk PPR Pantai Ria sahaja

Sila hantar salinan keputusan UPSR dan PMR beserta Kad Hijau DBKL (sebagai pengesahan penduduk PPR Pantai Ria) kepada mana2 AJK surau dengan segera,

Tarikh tutup: 26 Disember 2011.

Tarikh pemberian sumbangan ini akan dimaklumkan kemudian.