Penemuan 4 buah kerangka motosikal pada petang semalam, Sabtu, secara tiba2 sangat misteri. Dari mana datangnya kerangka2 ini, siapa yang meletakkannya dekat situ serta tujuannya tidak dapat difahami. 2 buah didapati diletakkan dihadapan stor pinggan mangkuk, manakala 2 lagi kerangka dihadapan stor bawah tangga. Kedua-dua stor ini adalah kepunyaan surau.
Kami berpendapat ini adalah kerja orang dewasa dan bukannya kanak2 nakal. Mungkin ada maksud tersirat yang hendak disampaikan kepada pihak ajk surau, Wallahualam. walaupun begitu, kami sedang mengumpul maklumat tentang siapa yang meletakkannnya disitu kerana terdapat beberapa saksi yang melihat seseorang membawa kerangka motosikal pada petang semalam.
01 January 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment